Sunday, July 17, 2011

An Amazing Saturday!

*This entry will be in Malay - ubah selera sekali sekala*


Assalamualaikum,

Tahniah Maisarah! Semalam Kak Long Maisarah menang pertandingan mewarna anjuran Kolej Komuniti Wilayah Timur yang diadakan di Taman Rekreasi Kubang Gajah, Temerloh. Tak sangka, mula2 pergi kat situ cuma nak main basikal aje, tak sangka pulak ada Karnival Kolej Komuniti. Ianya sebenarnya lebih kepada mendedahkan kepada masyarakat mengenai kursus2 yg ditawarkan di kolej2 komuniti kat Malaysia ni.


Karnival 1 Malaysia Kolej Komuniti Wilayah Timur


AlhamdulilLah, Tahniah Maisarah!!

Hasif tunjuk 'victory'!


Dalam perjalanan ke Taman Rekreasi tu, kami melintasi sebuah kuil...tiba2 aku terdengar perbualan antara Nabila dan Maisarah:-

Nabila:     Kak Long (Maisarah), kenapa orang2 tu sembah patung?
Maisarah: Sebab dia orang tak kenal Allah...

Nabila       : Patung tu tuhan ke Kak Long?
Maisarah  : Bukan Na, tuhan kita Allah. Tak boleh panggil tuhan, sebab kalau kita terbalikkan perkataan tuhan, jadi hantu tau Na...(???Apa kena mengena nyer ni?? hehehe)

Maisarah  : Patung tu bukan tuhan, dia tak boleh buat apa2 pun...kalau lalat duduk atas muka dia pun dia tak boleh halau tau Na...
Nabila      : Oooo. Hanya kenapa patung tu tak boleh gerak Papa? (Nabila sekarang ni asyik guna perkataan 'hanya', tapi langsung tak kena pada tempatnyerr *laugh*)

Aku          : Sebab patung tu tak bernyawa Na, benda yang bernyawa saje yang boleh bergerak, macam kita,  macam semut, lalat...
Nabila      : Oooo


Aku bersyukur, AlhamdulilLah. Bagusnyer anak sulung aku ni...dah boleh nak explain dengan adik nyer.

Comotnyer makan aiskrim hehehe

Sampai masuk dalam hidung aiskrim Hasif....erkkk

Enjoying their time-out with Papa and Mama


Kebetulan, petangnya, semasa aku membaca Majalah Solusi isu 29, aku ter 'come-across' artikel berkenaan lalat (muka surat 67):-


Firman Allah swt, surah al-Hajj, ayat 73:
"Wahai umat manusia! Diberikan satu perbandingan, maka dengarlah akannya dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya. Dan jika lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (daripada mendapat hajatnya) dan lemah yang kena minta (daripada menunaikannya).




Aku terkesima. SubhanaAllah. Ayat ini diturunkan bagi membincangkan penyembahan berhala oleh kaum Quraisy di Makkah semasa da'wah RasululLah saw. Kagum aku dengan perjalanan hari ini yang Allah aturkan untuk diri ini...mendengar anak2 bercakap mengenai Lalat dan Berhala di siang hari dan kemudiannya, membaca artikel mengenainya pada petangnya...SubhanaAllah.


Malamnya aku mengajar dan meneliti bacaan Maisarah mengaji Al-Quran (kebetulan malam nisfu Syaaban), menghabiskan bacaan surah Yaasin. AlhamdulilLah, Kak Long dah boleh baca, walaupun ada bacaan yg perlu dibetul kan.


Zaman sekarang ni, bukan sedikit budak2 sekarang yang tidak boleh mengaji...jangankan mengaji, kadang2 nak mengucap pun tak pandai, apatah lagi baca al-surah Al-Fatihah...tapi, kalau suruh nyanyi lagu pop ke, rock ke, dangdut ke... memang lancar...


AlhamdulilLah...aku bersyukur kepada Mu ya Allah...aku bersyukur kerana dikurniakan anak2 yang pandai, boleh mengaji, solat dan taat kepada aku dan ibu mereka. Aku bersyukur kerana dikurniakan isteri yang pandai mendidik anak2 kami yang sedang membesar tanpa kehadiran aku disisi mereka...alhamdulilLah.


Semoga Allah memberi rahmatNya dan memudahkan urusan kita semua, ameen.

4 comments:

  1. hasilatul hana mohamedJuly 17, 2011 at 11:43 PM

    tanaiah a.din dan kak shahnaz dan dapat mendidik anak2 dengan begitu baik sekali... alhamdulillah.. na

    ReplyDelete
  2. Eh, ari ni tulisan Melayu plak. Patutlah rasa lancar je membaca topik ni. Hehehe! =)

    Tahniah Maisarah! Bak kata Dr tu, mmg budak² skrg ni agak sukar nk dididik apatah lg dgn pengaruh tv dan rakan sebaya. Kena amek cakna sokmo, insyaAllah mereka boleh menjadi sehebat Dr berdua.

    ReplyDelete
  3. U never fail to b surprised hearing to the kids' talk.
    Though they appeared so naive but they always bring out the most obvious things that adult always miss...
    We r so blessed to b parents...

    ReplyDelete
  4. hehe, sbb kak shahnaz n abg din rajin layan soalan2 anak2, tu yang maisarah pon pandai exlain2 walaupon still kecik..

    ramai mak ayah yg malas layan soalan anak2, sokmo anak2 kena suruh diam sbb suke tanye byk soalan, hehe.

    anyway, kelakor la na ngan maisarah ni.. na sbb gune perkataan hanya. kak long plok sbb xleh sebut tuhan sbb kalu terbalik jadi hantu, ngeh3.

    ReplyDelete