Sunday, February 17, 2013

Peristiwa Kematian di Gunung Tahan

Assalamualaikum semua,

Saya ingin berkongsi perbualanku dengan Dr. Zakiran, pegawai perubatan ku yang sama2 oncall hari ni (Sabtu - 16/2/2013).

Kematian tidak mengenal usia. Dua tiga hari ni kita semua dikejutkan dengan kematian seorang pemuda ketika ekspedisi mendaki Gunung Tahan. Aku dimaklumkan bahawa kejadian berlaku pada 13 Februari iaitu pada hari Rabu yang lepas. Kumpulan tersebut dikatakan telah hampir tiba puncak Gunung Tahan apabila kejadian berlaku.


Arwah adalah seorang pemuda yang berusia 35 tahun. Beliau amat aktif bersukan dan amat gemar melakukan aktiviti lasak. Beliau sudah bekeluarga dan aku difahamkan beliau mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Ketika mendaki pada hari tersebut, arwah tiba-tiba sahaja mengadu sukar bernafas kepada rakannya. Secara tiba-tiba, arwah telah collapse dan terus meninggal dunia.


Manusia memang mudah membuat kesimpulan. Mulut mudah sahaja berbicara. Ketika jenazah arwah lewat tiba, ada suara2 sumbang yang mula mengata. Aku dimaklumkan bahawa usaha membawa jenazah pulang mengalami kelewatan disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta keadaan mukabumi di situ. Jenazah Allahyarham akhirnya berjaya di bawa ke Hospital Lipis oleh Helikopter Bomba hari ini (sabtu) untuk proses bedahsiasat.


Aku bertemu Dr. Zakiran kira-kira jam 2 petang di dewan bedah Hospital Lipis. Beliau ingin membantu aku melakukan 2 pembedahan kecemasan. Beliau ada bersama ketika proses bedahsiasat dilakukan ke atas arwah.


"Macamana Zek?" Aku bertanya ringkas.


"Ada clot di LCA la bos. Nampak macam kes MI ni." Beliau menjelaskan kepadaku. Aku hanya mengangguk. Terdapat darah beku di salah satu salur darah yang membekalkan darah ke jantung arwah (LCA-Left Coronary Artery). Ini menyebabkan kekurangan bekalan oksigen dan kematian tisu jantung (MI-Myocardial Infarction).


Aku difahamkan arwah merupakan seorang perokok. Merokok merupakan salah satu penyebab utama sakit jantung di dunia. Namun masih ramai yang merokok.


"Macamana keadaan arwah Zek?" Aku ingin sekali mengetahui. Aku difahamkan oleh sepupu ku, yang kenal rapat dengan arwah, bahawa arwah adalah seorang yang amat baik ketika hayatnya.


"Bos, muka dia tersenyum bos. Mukanya jernih dan tenang. Dia senyum bos. Kulit dia masih segar. Tak macam orang yang dah meninggal 3 hari. Biasanya kalau dah 3 hari meninggal ni, kulit dah mottled. Kulit arwah masih segar". Bersungguh-sungguh benar Dr. Zakiran menerangkan kepadaku.


"SubhanaLlah, masyaAllah". Aku kagum. Hebatnya arwah.


Arwah meninggal pada usia yang begitu muda. Meninggal dengan mudah dan Allah perlihatkan kepada kita semua di atas dunia lagi betapa jernih dan tenang wajahnya serta kesegaran jenazahnya. Husnul-khaatimah InsyaAllah. Allah Maha Besar dan Berkuasa melakukan apa sahaja.


Mari kita baiki diri kita. Jangan lah kita mudah mengata dan membuat kesimpulan yang tidak baik apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.


Aku ingin sekali berkongsi kisah ini agar ia menjadi inspirasi kepada kita semua.

28 comments:

  1. BeliaU pencinta alam,dikebumi bwh pokok..masa hayat,beliau amat berharap agar org muda slalu pegi masjid

    ReplyDelete
  2. pesanan arwah juga bersedekahlah walau sedikit jika berjumpa dgn rumah Allah... bersyukur sgt krn pernah menjadi anak didik arwah...

    ReplyDelete
  3. Apb bertemu, arwah sering menyelitkan nasihat...

    ReplyDelete
  4. Subhanallah...alhamdulillah..allahhuakhbar...janji Allah itu pasti..walau tidak mengenali arwah dengan dekat..tapi saya mengikuti perkembangannya..alhamdulillah sempat melawat isteri arwah pada hari jumaat 15 feb 2013...banyak d ceritakan isteri arwah tentang kebaikan arwah..semoga arwah d tempatkan d kalangan org2 beriman... semasa pengebumian arwah, suasana amat lain sekali..allah maha mengetahui..bumi turut menangisi semasa pengebumian arwah..

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya arwah adalah umat yg soleh & sesiapa yg mengenali pasti senang dgn arwah...moga arwah ditempatkn bersama golongan yg sentiasa diberkatiNya. ameen.

    ReplyDelete
  6. Setuju....umpama alam menangis..burung2 bertentangan di sekitar sebuah pokok di kubur..hujan rahmat renyai seketika...

    ReplyDelete
  7. Orang baik selalu pergi 'lebih awal' dan kita merasa sangat kehilangannya..... Innalillahi....

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, saya mengenali arwah dari zaman kanak-kanak...dia memang seorang yang sangat baik dan mendengar kata...walaupun adik beradiknya semua lelaki tapi jarang sekali dengar mereka bergaduh...percakapan arwah sangat lembut, jarang beliau bercakap tentang yang merapu2...muka arwah sangat tenang seperti sedang tidur sahaja, bibir pun masih merah...tentu ada sesuatu yang tuhan nak tunjukkan pada kita yang masih hidup ini...elok sahaja jenazah ditanam, hujan pun turun renyai2...

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar...kami hanya sempat mengiringi jenazah al marhum ke kubur. Subhanallah masyaAllah...ramai sungguh org. Sampaikan penduduk yg tinggal berhampiran kubur tertanya-tanya siapakah yg dikebumikan ni. Semoga roh al marhum dicucuri rahmat. Amin Ya Rabb

    ReplyDelete
  10. Subhanallah.. Ramai memperkatakan arwah seorang yang sgt baik.. Walaupun tidak pernah bertemu beliau, tp dlm hati ini sgt terasa pemergiannya.. semoga Allah menganugerahkan tempat yg sempurna bersama org beriman disana..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Kisah ini lebih kurang sama dengan kisah rrwah abang ipar saya juga meninggal pada usia 40 tahun. Sihat dan pergi mencandat sotong di tepi pantai. Cuma arwah seorang perokok... Alfatihah...

    ReplyDelete
  12. subhanallah..semoga beliau ditempatkan dikalanagn para solihin....aminnn...

    ReplyDelete
  13. Rasa rugi tak sempat mengenali arwah semasa hidupnya.

    ReplyDelete
  14. Kematian yg dicemburui...subhalallah...

    ReplyDelete
  15. betul, arwah mmg seorang yg Sgt baik. sedih sbb x dpt iringi arwah KE kubur atas urusan kerja. Harap kita semua berusaha keras utk mencari redha Allah

    ReplyDelete
  16. salam. arwah adalah sepupu saya. mengenali sejak kecil, kenal benar dengan perangainya. arwah seorang abang sepupu yang tersangat.. sangat baik. bukan niat memuji arwah kerana dia sepupu saya, tetapi itu hakikat kebenarannya.

    semasa kecil, arwah tidak pernah menyusahkan ibunya. arwah juga bekerja semasa cuti sekolah untuk mencari wang saku tambahan. semasa di universiti, arwah membuat bisnes printing t-shirt dengan jenama KZ design dan keuntungan perniagaan itu arwah berikan kepada ibunya. keluarga arwah agak susah hidup di kuala lumpur, tetapi arwah sentiasa berusaha untuk memberikan kesenangan kepada keluarganya. berkat rukun hidup keluarga dan kerja keras arwah dan 3 adik-beradiknya yang lain, arwah mampu membina rumah batu dua tingkat untuk ibu bapanya. arwah juga seorang yang rajin bersedekah, tidak lokek dan tidak kedekut ilmu. walaupun arwah tidak banyak bercakap dengan saya kerana menjaga adab dan batas, tetapi setiap kali berkata-kata, hanya yang baik dan nasihat sahaja.

    dan sekarang, di dunia lagi Allah s.w.t telah menunjukkan balasan kepada anak soleh sepertinya.

    moga Allah s.w.t merahmatinya. al-fatihah.

    ReplyDelete
  17. Al Fatihah kepada sahabat ku Allahyarham Amir Kamaruzaman Bin Abd Wahab. Saya berada bersama jenazah 3 hari 2 malam dalam usaha bersama-sama guide, PERHILITAN dan rakan pendaki yang lain membawa keluar jenazah dari tempat beliau meninggal dunia. Beliau tersangat baik bagi saya, saya dah banyak kali naik gunung bersama beliau. Allah lebih sayang beliau. Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan hamba2Nya yang soleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bro aziz kerana bersama jenazah sepanjang waktu di g. tahan.. saya sahabat arwah since kat mrsm, sama2 di kolej dan UM.. kami ucapkan terima pada bro kerana menjaga jenazah.. byk yg boleh kita belajar dr kematian arwah.. semoga kita dpt nikmat yg sama seperti arwah.. insyaallah..

      - haznul

      Delete
  18. Seoga Allah menempatkan beliau dikalngan org yg soleh. Insya Allah.

    ReplyDelete
  19. Alfatihah daripada seluruh keluarga MRSM Muar batch senior 93/94 dan batch 94/95. Seorang junior yang pendiam dan baik hati ketika bersama setahun di Dorm AUO MRSM Muar tahun 1994.

    ReplyDelete
  20. Semoga arwah dicucuri rahmatNya.ameen

    ReplyDelete
  21. Semoga arwah dicucuri rahmatNya.ameen

    ReplyDelete
  22. sebaknya hati saya bila membaca penulisan doctor walaupon sy tak mengenali arwah secara peribadi. takziah dari kami sekeluarga, al-fatihah!

    ReplyDelete
  23. Salam...sy tersentuh..wlaupaun tidak mengenali beliau...allah maha adil ..semoga rohnya d cucuri rahmat...

    ReplyDelete
  24. satu kisah yg memotivasikan diri untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam

    ReplyDelete
  25. Mengenali arwah sejak dr UM dan tinggal satu taman dgn sy.semasa hayat arwah seorang yg rajin bersolat berjemaah disurau.. itu kelebihan beliau yg perlu dijadikan ikutan semua..wallahualam..

    ReplyDelete
  26. Beliau seorg yg menjaga solat, menjaga kebajikan sesama manusia...semoga kak ayu tabah menghadapi dugaan ni...

    ReplyDelete