Saturday, December 1, 2012

Certified Medical Impairment Assessor (CMIA) Course

Assalamualaikum wbt,

Syukur alhamdulilLah selesai berkursus di Pulang Pinang. Letih juga drive ke Pulau Pinang dari Kuala Lipis. Hajat dihati nak lalu ikut route Kuala Lipis-Cameron Highland-Tapah-Penang, tapi disebabkan Mr M tak pernah drive ikut laluan tu, takut perjalanan yang panjang jadi semakin panjang. So Mr M lalu ikut laluan Kuala Lipis-Bentong-Kuala Lumpur-Ipoh-Penang. Sampai aje kat Penang, baru sedar yg Mr M dah drive hampir 500km selama 7 jam (termasuk masa berhenti makan dan solat), Jauhnya! Ada sahabat yang kata "naik aje kapal terbang!" tapi persoalannya, kalau Mr M nak naik kapal terbang pun, nak kena drive 3 jam utk ke airport dari Kuala Lipis ni, samada ke Kuantan atau ke Sepang. Pastu baru dapat naik flight hehehe

 
Kursus Certified Medical Impairment Assessor (CMIA) kali ni diadakan di Traders Hotel, sebelah Komtar dan Prangin Mall. Mudah aje nak cari. Cari Komtar, jumpa lah Traders Hotel. Selesa dan convenient. Makan pun sedap. Rasa2 naik berat badan Mr M ni, makan buffet 3 kali sehari. banyak variety makanan, masakan tempatan ada, Western ada, sushi pun ada. Puding, kek, aiskrim yummy! Nasib baik kursus ni 4 hari jer...kesian kat wife dan anak2...kalau diaorang ada mesti seronok : (



Durian tak dibenarkan masuk ke hotel...kesian raja buah ni...

Kursus CMIA ni cuma diadakan 2 kali (Max 3 kali) setahun. Kursus ni dianjurkan oleh PERKESO/SOCSO untuk doktor2 yang terlibat dalam pemeriksaan pesakit bagi urusan medical benefit, pembayaran pencen ilat atau wang pampasan disebabkan kecederaan ditempat kerja.


Macam2 perkara baru yg Mr M belajar masa kursus hari tu. Kursus Isnin hingga Rabu, 8am to 5pm. Bagaimana nak kira peratusan (percentage) kecederaaan sekiranya putus anggota badan (amputation) - putus jari, tangan terpotong, sendi keras (ankylosis), sakit belakang (back pain with or without neurological deficit), kepatahan (fractures) dan macam2 lagi. Termasuk disiplin2 lain seperti sakit jantung (heart disease), paru2 (respiratory disorders), buah pinggang (renal disease), Urology, Gynae, Skin dan banyak lagi. Semua di 'cramp'kan dalam masa 3 hari. Rasa tepu otak disogokkan dengan maklumat2 baru.


Tak sangka juga Mr M dapat jumpa dengan beberapa sahabat masa berkursus ni. Tak tahu pun diaorang pun akan attend. Pakar Ortopedik ada 14 orang semuanya dari keseluruhan lebih 70 peserta (74 orang kalau tak silap). Ada pakar dari disiplin Pembedahan, Mata, Perubatan dan ENT. Lebih 90 peratus adalah daripada hospital awam.

Bergambar dengan Mr (Dr) Fairudz, Pakar Ortopedik dan Penyarah UiTM, Hospital Sungai Buloh, Selangor. Sempat jalan2 di Prangin Mall lepas hari pertama kursus.
Mr (Dr) Sazali, sahabat seperjuangan semasa sama2 mengambil peperiksaan akhir kepakaran tahun lepas. Sekarang bertugas di HTAA, Kuantan.

Hari Khamis kami kena jalani peperiksaan MCQ 100 soalan. 2 jam setengah, markah lulus 60%. Rupa2nya sebelum ni ada juga yang gagal. Boleh tahan jugak soalan2 exam tu. Result keluar dalam masa 6 minggu. Harap2nya lulus lah, aamiin.

Men in Black...dah selesai exam. Bersiap nak balik.

Baik. Nak kena stop dulu. Mr M nak kena menyapu dan mop lantai rumah la pulak ni...wassalam.

29 comments:

  1. Salam tn,
    Boleh tau cara daftar untuk kursus CMIA?

    ReplyDelete
  2. Salam tn,
    Boleh tau cara daftar untuk kursus CMIA?

    ReplyDelete