Saturday, January 23, 2016

Anterior Cruciate Ligament (ACL) Putus? Boleh ke Sembuh hanya dengan menyapu produk sahaja?

INI ADALAH POST YANG SAYA SHARE DI AKAUN DAN PAGE FACEBOOK SAYA SEMALAM BAGI MENJELASKAN APA YANG BERLAKU KEPADA LIGAMENT ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT (ACL) YANG PUTUS DAN PERKARA YANG BERKAITAN 
************************************************************************************************************************

•NO MORE ACL!
•NO MORE OPERATE!
•ACL? BUAT TAK TAU JER!
•JIMAT DUIT, JIMAT MASA & AKHIRNYA BOLEH MAIN BOLA SEMULA

Begitulah gahnya bunyi iklan produk di Facebook. Disertai dengan testimoni beberapa pengguna.
Pada mulanya saya tidak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini walaupun diminta oleh beberapa rakan doktor kerana tidak mahu dituduh sebagai mengganggu periuk nasi atau bisnes orang, dan mungkin juga sebagai seorang yang berdengki dengan perniagaan orang lain.

Namun, apabila penyebaran maklumat yang salah mengenai ACL tear semakin berleluasa hingga ke tahap mengambil kesempatan di atas masalah kesihatan orang lain, saya rasa berdosa saya sebagai Doktor Pakar Ortopedik yang merawat pesakit ACL di hospital saya, jika saya tidak menyampaikan maklumat yang benar. Saya WAJIB memberi maklumat kepada masyarakat mengenai masalah ACL yang putus.

ACL adalah satu satu daripada ligamen yang menstabilkan lutut kita. ACL boleh putus ketika berlakunya pergerakan berpusing mengejut (sudden pivoting movement) pada kaki yang terpacak di tanah (implanted foot) semasa kita bermain. Ia amat kerap berlaku semasa permainan futsal, bolasepak, netball dan badminton. Paling tipikal ialah pergerakan mengejut ini disertai dengan bunyi "Pop", lutut terus membengkak dengan cepatnya dan pesakit tidak mampu meneruskan permainan.

Anatomi lutut manusia dan ligamen ACL yang putus (Gambar kecil)

Jika ACL kita putus, tulang betis (tibia) kita akan terasa longgar dan mudah bergerak ke arah hadapan ketika berjalan. Kita juga akan mengalami kesukaran untuk menuruni tangga.

Disebabkan anatomi lutut kita, ACL yang putus tidak akan mampu untuk sembuh dan bertaut kembali. Ini adalah kerana cecair pelincir lutut (synovial fluid) menghalang pembentukan hematoma (darah beku) yang merupakan keperluan utama dalam proses penyembuhan mana-mana tisu badan manusia. Bila hematoma tak boleh terbentuk, ACL yang putus tak mungkin boleh bersambung dengan sendirinya.

Kesakitan ini akan hilang dalam masa 1-2 minggu, bengkak pula akan hilang dalam 4-6 minggu apabila anda berehat dan tuam ais pada lutut anda. Tidak kiralah anda sapu minyak angin, minyak gamat, minyak Yu Yee, minyak cap kapak, ubat sapu hospital, senseh ATAU anda tak sapu apa-apa pun, bengkak dan sakit lutut ni tetap akan hilang dan anda tetap boleh bermain bolasepak kembali. Bengkak lutut surut bukan sebab pakai produk yang diiklankan ni.

Masalahnya, lutut yang putus ACL ni terasa tidak stabil dan longgar ketika berjalan, apatah lagi ketika bersukan. Lama-kelamaan, lutut yang longgar ini akan menyebabkan kerosakan pada pelapik sendi (meniskus) dan permukaan sendi (chondral) anda akibat geseran yang berterusan pada permukaan sendi lutut yang tidak sekata.

Jika anda pernah cedera dan lutut anda longgar, datang lah jumpa doktor di hospital bagi memastikan diagnosis. Tidak semua pesakit ACL tear perlukan pembedahan. ACL yang putus separa (kurang 50%) boleh dirawat dengan fisioterapi terutamanya bagi pesakit yang low sport demand, bekerja di pejabat dan hidup dengan sedentary lifestyle. Namun, bagi pesakit yang putus sepenuhnya ACL atau lebih 50% dan aktif bersukan, kami akan menyarankan pembedahan ACL Reconstruction bagi menstabilkan kembali sendi lutut, serta mengelakkan komplikasi kerosakan meniskus, permukaan sendi serta Osteoarthritis.

Apabila saya melihat kandungan ubat sapu tersebut, ia memang boleh melegakan kesakitan. Namun, jika ada ubat sapu yang mendakwa ia mampu menyembuhkan ACL yang putus, itu adalah satu dakwaan yang amat TIDAK bertanggungjawab. Pada saya, ia lebih kepada bisnes untuk menjual produk ini. Kalau betul pun nak jual produk, tolong nyatakan yang benar sahaja dan janganlah mengambil kesempatan atas masalah kesihatan orang lain.

Jika benar ACL boleh bersambung kembali dan lutut anda kembali stabil seperti sebelum sebelum kecederaan, harap dapat datang jumpa saya kerana saya pun ingin rujuk ramai pesakit kepada anda. Tak perlu lah saya buat pembedahan lagi. Saya pun nak daftar jadi ejen jual produk ni!!

Dr Mahyudin Mohamed
Pakar Ortopedik HOSHAS Temerloh
22/01/2016

‪#‎Please‬ Feel Free to SHARE and spread the info. TQ

35 comments:

  1. asslm dr.mcmana nak buat appt jumpa dr di honhas utk rawatan lutut my father yg sakit bila kaki dibengkok kan.solat pun dah duduk atas kerusi.tq dr kamarulzaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Tuan, Boleh minta surat rujukan dari mana2 klinik kesihatan/klinik swasta untuk ke Jabatan Ortopedik. Nanti nurse akan bagi temujanji.Terima kasih

      Delete
  2. asslm dr.mcmana nak buat appt jumpa dr di honhas utk rawatan lutut my father yg sakit bila kaki dibengkok kan.solat pun dah duduk atas kerusi.tq dr kamarulzaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Boleh minta rujukan daripada mana2 klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta untuk jumpa Pakar di Klinik Ortopedik HOSHAS

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ahmad fahmi bin mat zainAugust 17, 2016 at 3:58 PM

    Assalamualaikum doctor.. sy terjatuh ketika membuat lompatan ketika bermain bola... dan lutut kanan sy bengkak dalam 2 minggu dan skrang sudah hilang.. ni dah memasuki 3 bulan sejak lutut bengkak... sy dapati movement sy ada yang terhad... sy nak bertanyakan brapakah kos di hospital swasta skarang ya??? Dan hospital awam brapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.

      untuk ACL reconstruction kos berbeza beza mengikut jenis pembedahan dan alat yang digunakan.

      Secara umum, kos di hospital awam antara RM6-8 ribu dan di swasta RM20-30 ribu (anggaran).

      Terima kasih

      Delete
    2. Dr... sy pergi ke klinik untuk cek lutut sy.. dan dr tu cek lutut sy dengan sy berbaring dan dia buat test kat lutut sy.. dia cakap dia test ligamen semua.. dan dia cakap sy punya minuscus ada effect.. yang lain okei dia cakap.. sy pon okei lah dah dr cakap camtu.. tetapi sy masih tidak berpuas hati jugak.. kalau nak jumpa pakar sy kena buat cam mana ya?

      Delete
  5. Salam doktor. Saya baru lps operate pcl. Dh hmpir 3 bulan tapi masih belum boleh jijak kaki ditanah,lutut bru bgkok 90 dgree. Dr yg merawat saya cakap fisio boleh buat lps 2 bulan operation. Boleh doktor jelaskan tak?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum doktor seminggu lps lutut saya berbunyi ketika main bola,lps kjdian tu saya tk blh nk lipat kaki saya utk solat. Adakah ni ACL doktor?hmm brpe kos klau operation ye?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum doktor seminggu lps lutut saya berbunyi ketika main bola,lps kjdian tu saya tk blh nk lipat kaki saya utk solat. Adakah ni ACL doktor?hmm brpe kos klau operation ye?

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum doktor saya dah 2 bulan buat operation n saya nk tanya ada x possibility yg acl ni bole putus balik selepas operation

    ReplyDelete
  10. Salam,brape kos untuk operate acl n meniscus?kalau x operate ad kesan x?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Dr..lutut saya mengalami masalah akibat pelanggaran semasa berfutsal dan menyebabkan berlaku nya pegerakkan pada tempurung lutut saya.semenjak dari itu, setiap kali saya berfutsal saya selalu mengalami kecederaan di tempat yg sama walaupun tiada pelanggaran berlaku(biasa nya apabila melakukan pusingan). Jika saya melipat kaki saya, satu benjolan akan timbul pada bahagian lutut saya dimana seperti benjolan itu dipenuhi dengan cecair/lendir. Apakah masalah yg dihadapi oleh lutut saya dan apakah rawatan yg terbaik untuk saya mnghilangkan masalah ini? Trrima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wat oprate...pkai kaki robot...jd terminator boh...

      Delete
    2. Hmmmm kenapa pakai kaki robot 🤔🤔

      Delete
  12. Salam dr. Bln 9/2018 saya menjalani PCL recon, lateral and medial meniscus repair.. Undergo fisio 4 bulan. Kaki dah boleh lipat 100% tapi saya masih x boleh duduk bersila lama2 and masih solat secara duduk atas kerusi sebab sakit yabg teramat sangat bila duduk tahiyat or antara 2 sujud. And then buat 2nd mri, pcl fully heal cumanya medial meniscus masih x heal. So kenapa yaa saya tak boleh nk duduk lipat kaki?

    ReplyDelete