Wednesday, June 5, 2013

Sakit Tumit atau Plantar Fasciitis


Assalamualaikum,

Pernah tak anda mengalami sakit pada bahagian tumit kaki?

Antara penyebab utama sakit dibahagian tumit ialah keadaan yang dikenali sebagai 'Plantar Fasciitis'.

Ia disebabkan radang pada bahagian lekatan asal tisu (tissue origin) 'Plantar fascii' yg terletak pada tumit kaki.

Ia paling teruk pada waktu awal pagi ketika mula2 hendak bangun berjalan. Sakit akan berkurangan pada tengahari dan petang.

Lokasi sakit ini boleh di 'pin-point' dengan khusus. Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.

Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:

1. Berat badan berlebihan (overweight) atau obese
2. Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
3. Banyak berjalan atau berdiri lama

Ia boleh dirawat dengan cara berikut:-

1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
2. Mengurangkan berat badan
3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
4. Fisioterapi - ultrasound / heat / cold

Sekiranya tidak berkesan atau sakit terlalu kuat, suntikan campuran ubat anti-radang (Steroid) dan ubat bius setempat (Lignocaine) boleh diberi pada tumit anda (plantar fascii origin). Ini akan memberi kelegaan segera. Namun, suntikan ini hanya boleh diberi maksima, 3 kali setahun.

Sekiranya anda bertanya kepada saya, saya akan cadangkan pemilihan kasut / selipar yang sesuai sebagai pilihan utama. Ia mungkin akan melibatkan kos yang sedikit mahal bagi membeli kasut ini, namun kesannya amat memuaskan.

Kita tidak sepatutnya merasa berat hati bagi mengeluarkan belanja lebih bagi mendapatkan barang yang terbaik bagi diri kita. Betul kan?

Feel free to 'SHARE" and 'LIKE' sekiranya ia bermanfaat buat anda dan kenalan anda


Gambar: Kasut Scholl adalah antara contoh kasut yang amat sesuai bagi anda sekiranya anda mengalami "Plantar fasciitis' kerana lapisan dalamnya yang lembut, selesa dan disertai dengan bentuk dalaman kasut yang mengikut struktur kaki anda.


 
 
Disclaimer: Saya tidak dapat apa2 bayaran oleh syarikat ini yer. Sekadar memberi contoh sahaja

38 comments:

  1. Saya adalah bekas pesakit Plantar Fasciitis. Saya mendapat rawatan fisio dan ubat penahan sakit tapi tidak berkesan. Akhirnya saya mendapat rawatan steriod hasilnya dah 4 tahun berlalu, saya tidak lagi mengalami plantar fasciitis. Saya ada juga mencadangkan kepada rakan2 saya yang mengalami sakit yang sama, dan mereka juga bebas dari sakit tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.. maaf bertanya.. mcm mana rawatan steriod dilakukan? Dan adakah mempunyai kesan sampingan apabila menggambilnya.. Mohon pencerahan.. Terima kasih...

      Delete
    2. Waalaikumussalam wbt,

      Saudara Hamka, rawatan steroid biasanya diberi melalui suntikan ke bahagian yang mengalami keradangan pada plantar fascia. Maksimum suntikan tidak melebihi 4 kali setahun kerana suntikan yang terlalu kerap boleh melemahkan tisu fascia tersebut. Apa2 pun elok encik berjumpa doktor ortopedik bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Sy mengalami sakit tumit ini sejak awl tahun. Sy igtkan disebabkan masalah berat badan sy yg berlebih (hampir 86kg) jd sy mula berdiet dgn harapan sakit tumit ini berkurangan rupanya tidak wlpin berat sy sdh turun hingga 63kg skrg.. doc hanya beri sy ubat thn sakit "CELEBREX 200mg - celecoxib capsules.

    Jika masalah ini berlarutan apa yg perlu sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh berjumpa dengan doktor ortopedik bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Saya rasa puan perlu diberi suntikan pada bahagian yang sakit tersebut.

      Delete
  3. Saya baru disahkan bulan lepas ttg penykit ni. Lebih 3 thun suffer sakit ni.Ya Allah Ya Robbi..sgt2 meyeksakan sbb bila tergesel selimut pun sakit & bisanya smpai ke kepala berdenyut2.Di sbbkan saya selalu tk ckup tidur sbb pyakit ni & ditmbah pula kedua tgn saya mengalami CTS ( Carpal Tunnel Sydrome )maka migrain saya menyerang balik setelah hmpir 15 thun saya tiada migrain.Dulu saya igtkan sakit tumit biasa.Mujur tk pegi mengurut mcm kawan2 cadangkan kalau tak ntah2 cacat kaki saya ni huhu.. Awal September tahun ni, saya dpt rawatan dgn injection sejenis ubat dri poliklinik luar. Alhamdulillah..dh dpt berjlan dgn elok & sakit dh makin kurang. Thanks a lot Doc dgn info ni.. Drp. Nur Raudhah, SP Kedah.

    ReplyDelete
  4. Saya baru disahkan bulan lepas ttg penykit ni. Lebih 3 thun suffer sakit ni.Ya Allah Ya Robbi..sgt2 meyeksakan sbb bila tergesel selimut pun sakit & bisanya smpai ke kepala berdenyut2.Di sbbkan saya selalu tk ckup tidur sbb pyakit ni & ditmbah pula kedua tgn saya mengalami CTS ( Carpal Tunnel Sydrome )maka migrain saya menyerang balik setelah hmpir 15 thun saya tiada migrain.Dulu saya igtkan sakit tumit biasa.Mujur tk pegi mengurut mcm kawan2 cadangkan kalau tak ntah2 cacat kaki saya ni huhu.. Awal September tahun ni, saya dpt rawatan dgn injection sejenis ubat dri poliklinik luar. Alhamdulillah..dh dpt berjlan dgn elok & sakit dh makin kurang. Thanks a lot Doc dgn info ni.. Drp. Nur Raudhah, SP Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Puan. Terima kasih kerana melawat blog saya :)

      Delete
  5. Saya sedang mengalami sakit ni disebabkan latihan berterusan utk trekking ke ABC nepal... risau sebab saya hanya 2 bulan lagi utk trip ni.... tp tumit saya semakin sakit....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dr..sy ingin bertanya adakah suntikan steroid ni sesuai untuk ibu menyusu? Sy mengalamai mslh ini lebih 2 thun...sblm itu sy pernah tercedera (bilateral archilles tendon rupture)....lps pd kecederaan itu sy mendapat plantar fascitis ni..mgkn disebabkan postur sms berdiri or berjalan dh x betul...sy sgt buntu memikirkan mslh ini memandang kan kerja sy sebagai juruxray memerlukan saya berdiri n berjalan dgn banyak...sy prnh dptkn suntikan steroid ni btul2 sblm sy dapat tahu sy mengandung (sebenarnye dh mengandung pn masa tu cuma sy blom perasan lg)...kini ank dh setahun 2 bln tetapi masih menyusu...ttp berbelah bahagi untuk amik lg kerana ada yg kata x bgus untuk ibu menyusu..ape pandangan doctor?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dr..sy ingin bertanya adakah suntikan steroid ni sesuai untuk ibu menyusu? Sy mengalamai mslh ini lebih 2 thun...sblm itu sy pernah tercedera (bilateral archilles tendon rupture)....lps pd kecederaan itu sy mendapat plantar fascitis ni..mgkn disebabkan postur sms berdiri or berjalan dh x betul...sy sgt buntu memikirkan mslh ini memandang kan kerja sy sebagai juruxray memerlukan saya berdiri n berjalan dgn banyak...sy prnh dptkn suntikan steroid ni btul2 sblm sy dapat tahu sy mengandung (sebenarnye dh mengandung pn masa tu cuma sy blom perasan lg)...kini ank dh setahun 2 bln tetapi masih menyusu...ttp berbelah bahagi untuk amik lg kerana ada yg kata x bgus untuk ibu menyusu..ape pandangan doctor?

    ReplyDelete
  8. Macam mana dgn kasut skachers..? Sesuai tak doc..?

    ReplyDelete
  9. Assaalamualaikum Cik Mastura... sya pun sama pesakit kaki, sya dah pakai skachers.. quality bagus dan ringan tp bila berjalan ia rasa lembut dan bertambah sakit pulak kaki sya.. hmm mgkin x sesuai dgn sya.

    ReplyDelete
  10. Berapa kos untuk mengambil injection steroid utk kes sakit tumit ni dr?

    ReplyDelete
  11. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  12. Berhati hati untuk dapatkan injection striod bagi mereka yg are DIBETICS krn strariod boleh melonjakkan bacaan gula SECARA mendadak. Bincang dgn othopodic anda

    ReplyDelete
  13. Åšwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete