Sunday, July 29, 2012

Nak cari tadika Islam dan KAFA terbaik di Temerloh? Pergilah ke Tadika Al-Fatirah

Assalamualaikum,

Kadang2 kita ni selalu berpindah-randah kerana macam2 sebab. Saya sekeluarga tidak terkecuali. Perpindahan kami ke Kuala Lipis ni sebenarnya ialah perpindahan kami yang ke-10 sejak kami mula bertugas pada 2002.


Seperti biasa, bagi rakan2 sebaya dengan kami yang ada anak2 kecik ni, soalan pertama yang bermain di minda ialah:

  1. Apa sekolah yang terbaik untuk anak2 kami kat sini?
  2. Macamana pula dengan taska atau tadika? Bagus ke tempat tu? Ada input agama ke?
  3. Kat mana kami akan tinggal nanti? Rumah sewa ada ke? Ke dapat kuarters?
  4. Berapa jauh rumah dari sekolah, taska atau tadika tu?
  5. Macamana nak hantar anak2 ke sekolah, taska dan tadika tu? Ada transport ke?
  6. Bagi yang takde maid macam kami ni pulak, soalan tambahannya ialah, macamana kalau kami oncall sama2? Anak2 nak hantar ke mana?

Jadi, untuk memudahkan kawan2 yang nak berpindah ke Temerloh, saya nak berkongsi dengan pengunjung blog yg dikasihi mengenai tadika tempat anak2 kami belajar semasa kami bertugas di Temerloh. Tadika ni namanya Tadika Islam dan KAFA Al-Fatirah.


Tadika ni terletak berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh (sekolah rendah). Jadi ramai pelajar2 sekolah rendah yang pergi ke tadika ni untuk transit dan sambung kelas KAFA (Kelas Agama dan Fardhu 'Ain) pada petang harinya. Habis sekolah aje, lintas jalan, terus sampai ke tadika. Boleh mandi, makan tengahari, solat Zohor, rehat atau buat kerja sekolah kat sini, semuanya provided, tapi kena bayar la *hehehe*


Yang bagusnya, cikgu2 kat sini kebanyakkannya adalah penghafaz Al-Qur'an. Guru besarnya, Cikgu Zuraini adalah lulusan ijazah psikologi yang mempunyai kesedaran dalaman yang amat tinggi bagi menyediakan pusat pembelajaran dan pengisian agama untuk anak2 kita. Anak2 kita akan belajar agama secara khusus - tauhid, ibadah, feqah, tilawah al-qur'an, sirah, akhlak dsb.


Bagi kanak2 tadika (4  hingga 6 tahun), mereka biasanya dihantar pagi oleh ibubapa. Pagi2 lepas sesi main2 sesama sendiri sekejap, mereka akan menghafaz dan mengaji Al-Qur'an dan makan pagi. Lepas tu sambung belajar lagi. Lepas makan tengahari, mereka mandi dan tidur sampai pukul 2:30 ptg. Mereka akan dibangunkan balik dari tidur oleh cikgu2 untuk belajar fardhu 'ain pada petangnya.


Anak2 kita juga dibawa ke padang permainan dan taman pada setiap jumaat pagi untuk beriadah. Bagus kan?


Saya nak kongsikan gambar2 kenangan semasa majlis perpisahan anak2 kami pada 9 Julai 2012 tempohari.


Tadika Islam/KAFA Al-Fatirah yang sangat bagus! Kami rekomen kat semua utk hantar anak2 kat sini

Cikgu Zu sedang bagi briefing pasal jamuan makan yg kami adakan

Kak Long Maisarah mendengar dengan teliti amanat terakhir Cikgu Zu

Nabila pun dengar jugak...

Hasif pun dengar ke? Ke makan ni?

Kek yang besorr utk semua cikgu2 tersayang dan kawan2 semua

Hasif beratur nak ambik makanan...

Kak Long dan Nabila bersama kawan2 baiknya...semoga jumpa lagi yer!

Nabila dah kepanasan...dibukanya tudung la pulak...

Seronoknyerrrr....nak makan!

Pelajar perempuan tengah tunggu giliran. Pelajar lelaki beratur dulu...

Hasif pandai makan sendiri dah...dengan geng2 lelaki

"Papa, Na nak ambik gambar dengan papa la!"

Mama membahagi2kan kek. AlhamdulilLah cukup untuk semua budak2 yang ada. Liciiinnn...

Mihun goreng dengan telur goreng, yummyyy!

Terbaekkkk! (Hasif tiru gaya BoboiBoy)

Makan mihun goreng pun sedap petang2 ni....

Nabila bersama teman baiknya, Umaira

Bergambar dengan Zana, geng main puteri-puteri kata Na

Ni kawan baik Nabila yang lelaki, Zarif namanya

Na dan Hasif bersama Adik Fakriyah, anak Cikgu Zu

Terbaeeekkk! Hasif eksyen depan Adik Fakriyah

Kak Long dengan kawan baiknya, Adibah

Sedih lar nak berpisah dengan kawan2 ni....

Cikgu Zuraini, guru besar yang sangat prihatin dan penyayang. Beliau ibarat ibu anak2 kami.

Guru kesayangan, Cikgu Nova Al-Hafizah yang mengajar Hafazan Al-Quran

Bergambar dengan semua guru2 KAFA Al-Fatirah yg dikasihi

(dari kiri): Hasif, Mama Shahnaz, Cikgu Muna, Cikgu Nova, Cikgu Zuraini (guru besar), Nabila, Cikgu Wati dan Cikgu Yana.
(duduk depan): Kak Long Yasmin Maisarah



Kami memang rekomen kawan2 yang bertugas di Temerloh untuk hantar anak masing2 kat sini. Afterall, pelaburan pendidikan anak2 adalah antara pelaburan terbaik ibubapa untuk kejayaan dunia dan akhirat insyaALlah.

Semoga entry ni bermanfaat kepada semua yer!

Wassalam. Bye! Bye!

25 comments:

  1. setuju... tumpang lalu

    ReplyDelete
  2. Dah berzaman duduk T'loh tak tau pula saya kewujudan tadika ni. Harus saya pergi survey memandangkan Dr. dah rekomen baik punya...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum doktor...boleh x saya dapatlan no fon tadika tu?? nak tanya pihak pengurusan sana..terima x anak saya..sbb anak saya autisme..so kena special needs skit..hehehe..thanx

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete