Monday, January 17, 2011

Arak di Selangor - Apa cerita PAS dan DAP ni?

Salam,

Apa cerita la si Ronnie Liu, Exco kerajaan Selangor dari DAP yang mengeluarkan arahan supaya membatalkan larangan orang Islam berkerja di premis yang menyajikan minuman keras. Dah takde kerja lain ke selain masuk campur dalam urusan yang berkaitan dengan orang Islam? Orang tak kacau agama dia, dia pergi kacau urusan agama orang. Baca sini


Saya nak ucap TAHNIAH kepada PAS Selangor yang konsisten dan bertegas dalam hal ni.Datuk Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Hasbullah Ridzwan (Ketua Dewan Pemuda PAS) dalam memastikan tiada orang Islam yang bekerja di premis menjual arak.


2 tahun yang lepas si Ronni Liu ni mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan kembali arak yang dirampas. Bergaduh la sekejap PAS dengan DAP, pastu PAS terpaksa mengalah, Datuk Hasan Ali ditekan disebabkan beliau yang amat tegas berpegang dengan prinsip Islam.


Kita tak mahu orang Islam kena berurusan dengan perkara berkaitan arak. Bukan ke arak ni HARAM? Orang Islam yang paling jahil pun tahu, kalau ahli2 PAS (yang saya yakin memang semestinya memperjuangkan Islam) tak yah cakap la, pasti tahu perkara ni. Dah terang lagi bersuluh. Nak berkawan lagi dengan DAP.


Dah la kilang arak Carlsberg masih tegak berdiri. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS yang melawat kilang Carlsberg pada bulan Ogos 2010 mendapati sebahagian pekerja di kilang tersebut beragama Islam. Beliau berbincang dengan pengurusan kilang sekiranya boleh memindahkan (BUKAN menutup yer...) kilang tersebut supaya Terminal Bas Shah Alam baru boleh dibina di situ. Katanya, kerajaan negeri boleh menyediakan tapak yang lebih besar di kawasan Pelabuhan Klang. Aik? Dari nak tutup kilang, jadi nak pindah ke tapak yang lebih besar pulak? Silap mata tahap dewa ni, kalau nak bukti, boleh baca harakah online yang memetik blog YB Khalid kat sini.



Gambar dari Harakah online


Apa hadis nabi Muhammad SAW bersabda:
Narrated Abdullah ibn Umar: The Prophet (peace_be_upon_him) said: Allah has cursed wine, its drinker, its server, its seller, its buyer, its presser, the one for whom it is pressed, the one who conveys it, and the one to whom it is conveyed. 

Nak kena translate ke?


Konon2 nya berjaya mendakwahkan DAP la, sebab pemimpin dan pemidato bukan Islam mereka boleh sebut beberapa patah/ayat al-Quran...kat depan dia sebut la ayat Quran tu sbb nak mengelirukan ahli2 PAS/PKR yang kononnya diaorg ni tertarik dengan Islam.... kat belakang, macam2 usaha yang mereka buat. Apa makna arahan Ronnie Liu ni? kalau tak tahu, mai saya nak bagitau.Maknanya, dia nak kata, "orang Islam boleh kerja kat premis yang ada arak ni".


Dah-dah la tu berkawan dengan DAP ni. Keluar la dari Pakatan Rakyat tu. Tak ke mana pun. Nasib baik la Tuan Guru Haji Hadi masih teguh mempertahankan matlamat penubuhan PAS untuk menubuhkan kerajaan Islam bila DAP mintak PAS kaji balik perkara tersebut baru2 ni. Kalau soal arak ni pun PAS ditekan sebegini rupa, dan si Ronnie Liu begitu berani bertindak ikut suka hati dia, apa jadi kalau benar nanti (Nauzubillah min zalik) Pakatan Rakyat menang PRU13 dan Lim Kit Siang jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM)? Boleh bayang apa yang mampu dilakukan terhadap kepentingan agama Islam?? Nak harapkan Anwar untuk mempertahankan Islam???


Baik la kita bekerjasama sesama Islam (semua orang Melayu beragama Islam bukan? Baca sini utk definisi Melayu). Bekerjasama tak bermaksud kena ada dalam 1 parti, ia bermaksud bersatu dalam memperjuangkan hak berkaitan kepentingan Islam - baik politik, ekonomi, pendidikan mahupun sosial. Kalau DAP-MCA-Gerakan boleh duduk semeja semasa membincangkan kepentingan hal ehwal perniagaan kaum Cina, kenapa tidak kaum Melayu yang beragama Islam ni?

1 comment:

  1. betul2, obviously DAP will not help PAS dalam memperjuangkan Islam, why people cannot see that matter.

    ReplyDelete