Tuesday, January 18, 2011

DAP dah mula tunjuk belang sebenar

Assalamualaikum,

Akhirnya ADUN Komtar dari DAP, Ng Wei Aik meminta maaf kepada pengusaha restoran India-Muslim atas apa yang berlaku semasa operasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Tapi beliau masih menafikan yang beliau pernah mengeluarkan ayat "tutup kedai, balik India" kepada pengusaha kedai terbabit semasa terlibat dalam operasi tersebut (baca) yang dituduh oleh Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Katanya, operasi itu dilakukan disebabkan kemalangan kenderaan yang berlaku berhampiran restoran nasi kandar tersebut. Operasi itu katanya bagi menjamin keselamatan awam (baca) iaitu bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku dimasa hadapan.

Pada pandangan saya, isunya di sini bukannya kenapa operasi MPPP tersebut dilakukan. Sekiranya memang ada justifikasi maka tindakan tersebut boleh diambil, yang ini orang tak persoalkan pun. Namun, sekiranya kita melihat klip video yang dimainkan, semasa operasi tersebut, tindakan YB tersebut memang umpama samseng. Tengok aje la raut wajahnya... memang takde rupa YB langsung, kejam dan bengis. Apa perlunya beliau terlibat dalam operasi tersebut pun entah...siap angkat tong gas lagi. Habis hebat la tuh...

Ni baru ada kuasa sebagai ADUN. Kalau ada kuasa sebagai Exco, Ketua Menteri, Menteri Besar...dan nauzubilLah menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri Malaysia macamana agaknya??? Apa yang akan diangkat agaknya?? Boleh bayangkan ke? Ke nak bersangka baik lagi?? PAS/PKR ada berani nak lawan ke?? Tengok aje la kes arak kat Selangor...

Macamana orang Islam boleh mengundi untuk orang2 ni??? Sanggup menaikkan mereka atas dasar kerjasama (PAS-DAP-PKR) semata-mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang tunjangnya orang Islam. Cuba kira kalau PAS-DAP-PKR menang, berapa kerusi Parlimen tu orang Islam dan berapa bukan Islam??? Cuba kira dan bandingkan dengan keadaan sekarang?? Takkan la hal-hal kepentingan agama pun sanggup nak buat ujikaji (dengan menjatuhkan BN). Memang la kita nak naikkan PAS sebab PAS kata dia perjuangkan Islam, nak tubuhkan kerajaan Islam, yang itu saya tak tentang, yang saya tentang ialah kita menaikkan DAP ketampuk kuasa. PAS pulak sanggup bekerjasama dengan DAP untuk mendapatkan kuasa politik (ini memang politik, bukannya agama).

Wahai saudara2 seagamaku, fikir2 kan la masak2 sebelum mengundi nanti. memang kerajaan BN banyak kelemahan (politik, ekonomi, sosial dll) seperti yang di war-war kan dalam akhbar parti Pakatan Rakyat, tapi caranya bukan dengan mengangkat orang2 DAP sebagai menteri. Kalau nasi dah jadi bubur nanti, menangis air mata darah pun tak guna...

No comments:

Post a Comment