Betapa dangkalnya Presiden MCA memainkan isu calon PAS bagi DUN Tenang di Johor yang bersalaman dengan lelaki dengan berlapik (memakai sarung tangan). Memang sah dia tak tau apa2 pasal bersalaman antara lelaki-perempuan dalam Islam.
Bersalaman memang dituntuk dalam Islam. Di dalam hadis Bukhari ada menyatakan:
Narrated Qatada: I asked Anas, "Was it a custom of the companions of the Prophet to shake hands with one another?" He said, "Yes." (Book #74, Hadith #279)
Tetapi bersalaman tersebut adalah antara sesama lelaki. Adalah HARAM untuk seorang lelaki bersentuhan kulit dengan wanita melainkan dalam situasi yang tertentu yang dibenarkan Islam. So, kali ni nak tegur la sikit pemimpin2 yang kat atas tu, atas dasar saudara seagama. Tegur ni sebab 'concern', sayang.... kalau tak sayang, saya tak tegur, biarkan aje... kubur lain2.
Orang melayu beragama Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam tidak akan bersalaman lelaki-perempuan. Cuma sekrang ni sebab ramai sangat orang Melayu Islam yang pendidikan agamanya begitu cetek sekali sehinggakan tak tau Halal dan Haram. Kalau tau Haram pun kadang2 dihentamnya jugak. Jadinya, bersalaman lelaki -perempuan yang bukan mahram ni dah jadi macam lumrah, nauzubilLah.
Kalau orang-orang politik (terutamanya Melayu UMNO yang pangkat2 menteri tu) tak payah cakap la, terang2 pun bersalam, siaran langsung pun bersalam, takde rasa bersalah langsung. Kadang2 pelik, nak kata tak sembahyang, sembahyang, nak kata tak tau...takkkan la tak tau...dah tua bangka pun masih buat dosa...pasal aurat tak payah cakap la....next entry la.
Jadi, di negara yg berbilang bangsa macam Malaysia ni, macamana kita nak orang bukan Islam faham ajaran agama kita kalau kita sendiri pun tunjuk benda yang tak betul??? Orang2 Islam yang beramal (baik PAS/UMNO/Keadilan) kata tak boleh salam lelaki-perempaun, kalau perlu jugak, kena berlapik (pakai sarung tangan). yang pemimpin2 kat atas ke sana ke mari bersalam lelaki-perempuan. Baru2 ni dalam siaran berita, kelihatan isteri perdana menteri bersalam dengan seorang tok sheikh diplomat dari negara arab....Orang Arab pun sama rupanya...
Orang-orang PAS sibuk kata UMNO gagal mendidik orang2 bukan Islam dalam BN untuk lebih memahami Islam... nak kena heran ke? Saya tak heran.
Ada beberapa soalan perlu ditanya:
1. Salah UMNO ke MCA/MIC tak reti2 pasal Islam?
2. Siapa punya tanggungjawab nak make sure orang bukan Islam faham tentang Islam?
3. Apa PAS/PKR dah buat utk buat DAP faham?
Tanggungjawab untuk mendidik dan memberi kefahaman sebenarnya tanggungjawab setiap individu Muslim. Kita kena betulkan diri sendiri, keluarga, komuniti dan negara, pada masa yang sama menerangkan kepada masyaratkat bukan Islam jugak. Mmg parti politik dan NGO perlu mainkan peranan masing2 jugak. Kalau MCA cakap tak betul tu, UMNO tegur la, jangan la pergi sokong pulak...mengarut betul la pemimpin UMNO ni.
Sekarang dalam TV banyak program tazkirah, memang bagus. Cuma tazkirah ni program untuk orang2 Islam. Berapa banyak program dakwah kepada bukan Islam yang ada? Dalam TV memang takde. kat luar?? Ada, kebanyakkannya oleh NGO. Tak payah la kita sibuk nak menyalahkan orang lain, salahkan diri sendiri dulu. Cuba cermin diri sendiri dulu. hari ni apa aku dah buat satu hari. Kalau mati hari ni, rasa2nya, ke Syurga ke, ke Neraka? Haaa, jawab sendiri.
Mari sama2 kita praktikkan Islam dalam kehidupan seharian kita.
No comments:
Post a Comment