Monday, December 13, 2010

SPRM dan Dr. Khir Toyo

Assalamualaikum,

Kita semua sedia maklum mengenai pendakwaan ke atas Datuk Seri Mohamad Khir Toyo selepas beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 6/12/2010. Tahniah diucapkan kepada SPRM kerana berani bertindak ke atas seorang yang berprofil tinggi seperti beliau. Kita harap usaha2 sebegini berterusan dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.


Gambar: Rumah Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang tersergam indah (http://idealismalaysia.blogspot.com)


SPRM perlu tegas, pantas dan tuntas dalam menahan, menyiasat dan seterusnya mendakwa mereka2 yang disyaki terlibat dengan sebarang bentuk rasuah. Sesiapa yang terlibat, samada orang awam, pegawai kerajaan, penyokong Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) perlu dilayan sama adil dan tidak memilih bulu. Ini akan dapat memulihkan integriti negara dan secara tidak langsung menaikkan nama negara di persada dunia.



Kita berharap semua pihak menyokong usaha SPRM ini. Jangan lah bila Dr. Khir didakwa, sesetengah pihak menuduh bahawa ada sandiwara, bila penyokong PR ditahan, SPRM dituduh tidak adil pula. Bila SPRM tahan pekerja bawahan dikatanya SPRM hanya berani dengan 'bilis', ikat jerung terlepas....Bila tindakan SPRM nak jadi betul? kadang2 saya menjadi betul2 bosan dengan mentaliti sebegini... diharap penyokong PR lebih bersikap terbuka dan professional. jangan terlalu bersangka buruk...Sikap sebegini tidak layak utk orang2 yang kononnya nak mengambilalih Putrajaya dalam PRU13 (selagi tak berubah sikap, saya rasa tak payah la nak berangan-angan....)


Ada pelbagai teori disebalik penahanan beliau (boleh baca di sini). Soal samada beliau bersalah atau tidak kita serahkan pada mahkamah yang menentukan. Kebenaran pasti muncul. WalLahu 'a'lam.

Saya juga ingin berpesan kepada saudara muslimin dan muslimat sekalian bahawa amalan rasuah ini adalah haram disisi agama Islam (macam la tak tau yer...). Mari lah kita sama2 menjauhi perbuatan terkutuk ini. Kelak kita akan dipersoalkan olehNya.

Hadith juga ada menyatakan bahawa 'RasululLah saw melarang seseorang yang memberi atau menerima rasuah [Riwayat Ahmad dan Abu Dawood]. Baca lagi di sini.


Cukup setakat ini...This is what I think.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Khir Toyo ditahan SPRM, akan didakwa kes rasuah
2010/12/06

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira 9 pagi tadi.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, berkata Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk “Istana Khir” iaitu rumah ala Bali miliknya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan penjawat jawatan Menteri Besar yang termuda. - BERNAMA

1 comment:

  1. 3.5 million je... I think I can afford it, if I don't pay my electricity,water,telephone, internet, municipal bill etc... and if I get a car with free petrol, I can afford even more...

    ReplyDelete