Friday, December 17, 2010

Solat Subuh

11 Muharam 1432H

Assalamulaikum,

Forum perdana semalam memperkatakan berkenaan ummat Islam,Yahudi, Palestine, Maal Hijrah dan juga pasal 'musang berbulu ayam'... Musang berbulu ayam ni ialah orang yang berlakon baik kat depan kita tapi sebenarnya mempunyai hati yang busuk dan berniat untuk menghancurkan kita.

Panel forum semalam adalah Ustazah salbiah (seorang pendakwah bebas) dan Dato Noh Gadot (bekas Mufti Johor). Pengerusi majlisnya ialah Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yg memang petah dan kelakar...

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah kata2 ustaz Ridhuan Tee bahawa, seorang pendeta Yahuda berkata:-

"Ummat Islam tidak akan dapat mengalahkan kita selagi bilangan jemaah solat subuh mereka tidak seramai bilangan mereka semasa menunaikan solat jumaat atau solat hari raya"

Menarik bukan? Orang Yahudi lagi mengerti rahsia kekuatan kita sebagai umat Islam. Mereka sudah mengkaji agama kita, al-Qu'ran dan Hadith RasulAlLah saw. Sebab itu mereka menguasai dunia dan mengalahkan kita walaupun bilangan mereka sedikit. Mereka kenal kita, seperti kata2 Sun Tzu: "Know your enemy" dalam bukunya The Art of War.


Masjid Kristal, Kuala Terengganu, MALAYSIA
Gambar diambil dari wall-of-pulloh.blogspot.com


Sekarang ni, kat mana2 tempat di dunia (mungkin tolak Masjidil Haram dan Masjid Nabawi), rata2 jemaah yang solat subuh berjemaat memang cipuutt aje, satu saf pun tak penuh. Paling kuat, Tok Imam, Tok Bilal dan 3-4 orang lelaki tua yang dah bongkok 3 dan lebih separuh abad... orang2 muda, kat rumah, tidur kroh, kroh...(tak boleh buka mata sbb baru tidur lepas tengok match bole sepak kat BPL, Bundesliga, La Liga dll....) Pastu, bangun esok pagi, berapi2 berarak dengan sepanduk kutuk Israel dan Amerika...hmmm ntah apa2! Bosan!

Sabda Nabi Muhammad saw:

"If people only knew what blessings are in the fajr and isha prayers, they would come to them, even if they had to crawl." (Bukhari and Muslim)

"To perform the dawn prayer, [fajr], in congregation is like keeping vigil throughout the night." (Muslim). Read more



Sudah lah. Jangan banyak cakap. Mari sama2 kita muhasabah diri kita. Nak mengubah keluarga, negara dan kesatuan ummah bermula dengan mengubah diri kita sendiri dulu... Mari sama2 kita solat Subuh berjemaah di masjid...insyaAllah.

2 comments:

  1. betol betol abg din. subuh la plg ssh nk bgn. tp alhamdulillah adik abg din x liat nk bgn. yg penting kesedaran ade dlm hati. setakat org paksa, tak ke mana. tp gitula org islam zaman skrg. bkn kate nk cari kt masjid, kt umah pon belom tentu bgn. nauzubillah.

    ReplyDelete