Wednesday, December 15, 2010

Perhatian yang lebih untuk anak2 kita...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berita Harian melaporkan bahawa kerajaan bercadang untuk menambah bilangan guru dan guru pembantu di sekolah2.


Saya masih ingat lagi ketika di alam persekolahan dulu, memang dalam setiap kelas tu ramai sangat pelajar. Kalau difikirkan balik, memang sukar untuk setiap guru nak menumpukan perhatian terhadap setiap pelajar, walaupun niat di hati beliau mmg nak berbuat demikian. Bila perhatian tu kurang, risiko untuk pelajar keciciran adalah tinggi.
(Gambar: smkpalongtimur.edu.my)


Saya amat bersetuju dengan langkah kerajaan ini. AlhamdulilLah, kita bersyukur mempunyai kerajaan yang amat prihatin, walaupun ini bermakna kerajaan terpaksa menambah bilangan kakitangan awam (maknanya kena bayar gaji, elaun dll), ia juga bermakna lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dan yang lebih penting, anak2 kita dapat perhatian yang lebih.

Dengan kurangnya 'ratio' antara guru dan pelajar, dimana dijangka setiap guru hanya perlu menumpukan perhatian kepada 25 orang murid sahaja berbanding 40 sekarang. Saya amat yakin anak2 kita akan mendapat faedah yang amat besar dan mutu pendidikan akan meningkat.


Setiap ibubapa inginkan yang terbaik buat anak2 mereka. Ada ke ibubapa yang nak anak mereka tak pandai? Kalau ada memang pelik bin ajaib la...Langkah penambahbaikan oleh kerajaan ini kita perlu sokong.

Lebih penting lagi ialah peranan kita sebagai ibubapa untuk memastikan anak2 kita melakukan kerja rumah yang diberi, memahami setiap subjek yang diajar, memastikan rezeki yang dimakan oleh anak2 kita adalah dari sumber yang halal disamping berdoa kepada Allah swt.


Marilah kita merenung sejenak mutiara kata Imam Syafie

"Sesiapa hendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga hendaklah ia mencari ilmu. Barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya juga, hendaklah ia mencari ilmu"

WalLahu a'lam
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dua guru 1 kelas
Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/12/13 (http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Duaguru1kelas/Article)

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.

Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

No comments:

Post a Comment