Tuesday, December 21, 2010

Nasib Melayu di Bumi Melayu

Assalamualaikum,
Kepada orang2 beragama Islam di Malaysia ni yang menyokong Pakatan Rakyat, saya menyarankan ada baca buku 'Nasib Melayu di Bumi Melayu' karangan Dr. Mohd Ridhuan Tee (beliau seorang Muslim berbangsa Cina). Cuma RM22.50, boleh beli di Popular atau MPH bookstore. Semoga terbuka minda saudara muslimin dan muslimat sekalian.

Saya bukanlah ahli mana2 parti politik. Setiap Muslim yang beriman pasti mahukan hukum Allah dan negara Islam tertegak di bumi Malaysia (dan seluruh dunia). Bukannya saya tidak menyokong hasrat murni PAS untuk memartabatkan Negara Islam. Hati ini mmg penuh dengan impian supaya hasrat ini terlaksana satu hari nanti di tanah tumpah bertuah ini.

Tapi macamana PAS nak melaksanakan hasrat ini sedangkan DAP mmg terang2 menolak idea penubuhan kerajaan Islam. Sekarang ni pun dah langsung tak dengar PAS bercakap mengenai perkara ini, yg ada ialah PAS kata Pakatan Rakyat (PR) berjuang menegakkan keadilan untuk semua rakyat. Kalau la ditakdirkan PR menang dalam PRU13 nanti, DAP tu nak bg ke PAS laksanakan hukum Allah??? Lebih2 lagi kerusi DAP lebih dari kerusi PAS?

Kalau Lim Kit Siang jadi TPM macamana? Kenapa Anwar tak mahu lantik Tuan Guru Haji Hadi Awang jadi TPM? Kalau DS Anwar Ibrahim (yg jadi Perdana Menteri) meninggal masa memegang jawatan PM, nanti Lim Kit Siang la kut yang jadi Pemangku PM kan? Masa tu baru la umat Melayu Islam yang menyokong PR tau belang DAP yang sebenar...

Jangan dah terhantuk baru tergadah dah ler, bila nasi dah jadi bubur dah takde apa yang boleh dibuat lagi.

Pada pandangan saya, untuk masa sekarang kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk kesinambungan negara, baik dari segi politik, ekonomi dan agama Islam. Memang ada kelemahan yang jelas dari segi sosial, perlaksanaan perancangan, ketirisan dll, akan tetapi saya tidak boleh menggadaikan keselamatan agama dan bangsa saya dengan menyokong PR Kalau PR terdiri dari PKR dan PAS sahaja mungkin saya akan memikirkan kembali keputusan ini.


7 comments:

  1. Sslam bro, cannot disagree anymore with the last comment, apa yang kita ada sekarang adalah pilihan yang terbaik. Of course kelemahan sentiasa ada. If not for the current government, I dont think I will be in my current position as of now. If not for the policy of 'helping & promoting' Bumi's to pursue further study & the award of the scholarship/contract/loan, most of us will probably not able to study in a university let alone oversea institution. I'm sure those who questioned the so-called 'ketuanan Melayu' are those whom has actually benefited from the current government policy when they were young.
    ...So my point to them is stop questioning about it, when you yourself were actually the 'product' of the policy.

    ReplyDelete
  2. Dear anonymous, thanks for vising my blog. The policy of 'helping and promoting Bumiputra' has been questioned by the non-Bumi for obvious reasons.

    For me, the policy is not wrong, as long as the government gives the help/subsidy/loan etc to whom eligible to get it. Also, we must not be unjust towards the non-Bumi. The non-Bumi also getting the scholarship/loan etc.

    For for info you can visit the blog of Dr. Mohd Asri (ex-Perlis Mufti) at http://drmaza.com/home/

    ReplyDelete
  3. sekarang dah kurang baca pasal hal2 pemerintahan negara,tapi post ni sangat jelas n terang, n i agree 100% with this entry.

    Yah pun takkan dapat scholarship kot kalau bukan sbb kerajaan skrg..hmm..

    ReplyDelete
  4. hello bro,

    ya sokong ya sokong. org kita tak tahu bersyukur, tau nk condemn je. kalau dpt entah dpt buat ke tak. biaselah, org kata kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. errr. ada kaitan kan? ada kan? hehehe

    ReplyDelete
  5. a.din, adik setuju.. tapi orang yang sokong PAS tak nampak semua possible consequences tu, susah jugak.


    but adik setuju! apa apa pon, pemimpin BN pon kenala baiki diri jugak jadi better muslim leaders.

    ReplyDelete
  6. Salam.. but we still need the opposition to keep the goverment in check...

    ReplyDelete
  7. yang aku masih tak paham kenapa masih nak duduk sebumbung dgn DAP ni... dah terang2 dia tolak hukum ALLAH.... apa teruk sangat ke org islam dlm BN untuk sama2 diajak berbincang...?

    ReplyDelete