Assalamualaikum,
Saya baru sahaja menonton rancangan secara langsung anugerah skrin 2010 di TV3. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Saya cuma nak komen sedikit berkenaan selebriti2 wanita yang hadir. Ada yang bertudung ada yang tidak. Ada yang bertudung tapi baju sendat, ketat gelemat kata orang Terengganu. Ada yang bajunya kain tak cukup, sampai paras paha saje. Ada yang pakai tudung tapi nampak lurah dadanya dan macam2 fesyen lagi...
Saya rasa kasihan kepada mereka, terutamanya kat 2 orang artis wanita yang naik ke pentas sebentar tadi (saya tak mahu sebut nama mereka disini). Bukan main seksi lagi, terdedah pangkal dada, baju ketat tak cukup kain. Sebelum turun ke pentas, salah seorang artis tersebut memeluk dan mengucup ibunya (yang elok bertudung). Macamana lah agaknya perasaan seorang ibu bila melihat keadaan anaknya yg sedemikian yer? Takkan la tak terasa apa2 kut? Tak sedih ke? Tuan punya diri tu tak takut ke azab Allah? Hmmmm....kesian betul.
Firman Allah swt:-
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
( سورة النور , An-Nur, Ayat 31)
Anda mungkin kata, "apa saya peduli?? Mereka kan artis. Suka hati diaorang la", dan "artis memang macam tu, tak payah cakap pun takpe" dan mungkin juga "lantak diaorang la, diaorang punya badan, kau peduli apa??", "sibuk jaga tepi kain orang" dan lain2 lagi kan?
Isu aurat ni memang sensitif kepada perempuan, lebih2 lagi zaman sekarang ni yang mana iman masing2 senipis kulit bawang. Zaman sains dan teknologi, 'westernised women' la katakan. Bila tegur sikit, melenting (yang menegur pun kena lah berhemah yer...). Ada yang kata mereka ikut fesyen la, ini hak wanita la (Women Right!!!), ini hak individu la, bla,bla,bla
Kalau kita sayangkan saudara seIslam kita, dan sayangkan agama kita, wajib kita menegur mereka dengan cara yang berhemah (kalau tak pandai tegur, baik jangan tegur, sebab nanti yang ditegur tu lagi menjauhkan diri dari kita). Kita kena jaga tepi kain saudara seagama kita sebenarnya...
Kalau kita tidak mampu membetulkan orang lain, apa kata kita sama2 bermula dengan menjaga diri dan keluarga masing2 dahulu. Mulakan dengan diri sendiri, isteri, ibu, anak2 dan ahli keluarga yang lain. Saya yakin, kalau kita jaga keluarga masing2 pun dah cukup untuk melahirkan masyarakat yang beriman dan bertaqwa, insyaAllah.
uish lajunye abg din update blog.ya bukak tgk2 je ade 3 entri ya blom baju. ngee.
ReplyDeleteartis malaysia gitu la, nk jadi org putih blake. ya tau doh abg din ckp sape. saripah amani owp? haha. xleh kate mende doh budak tu. kalotgk die blakon lg saket hati tgk die punye soSIAL. baik xyah care je la dunia artis ni. tambah dose je