Friday, December 24, 2010

Janji Manis Pakatan Rakyat

Assalamualaikum,

Baru2 ni semasa Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) kali ke-2, PR telah mengumumkan 10 perkara asas yang akan dilaksanakan dalam masa 100 hari sekiranya PR menang pilihanraya umum (PRU) ke 13 nanti. Seorang rakan Facebook saya dari PR meminta saya memberi komen berkenaan perkara ini.

Berikut saya senaraikan perkara yang dijanjikan oleh PR nanti:-

10 Perkara Asas 100 Hari Pakatan Rakyat
  1. Mengheret perasuah negara ke muka pengadilan dan membersihkan negara dari amalan rasuah
  2. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  3. Menstrukturkan pinjaman PTPTN untuk memudahkan pelajar melanjutkan pengajian
  4. Memperkenalkan akta kebebasan maklumat - melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah, dan media
  5. Mengutamakan kebajikan warga emas dengan menaikkan kadar bantuan yang lebih melegakan
  6. Kemudahan WIFI percuma ke seluruh negara
  7. Meningkatkan pendapatan seisi rumah kepada RM 4,000.00
  8. Memperkukuhkan institusi agama selaras Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
  9. Memperbanyakkan dialog-dialog antara agama untuk persefahaman dan mengelakkan ketegangan
  10. Menjadikan PDRM, SPRM dan SPR sebagai badan bebas

Saya menyokong penuh setiap perkara yang dijanjikan ini sebab apa yang dijanjikan ini memang perkara2 yang baik belaka. Perkara yang baik memang kena kita sokong, tak kiralah yang buat benda baik tu pihak BN ke, PR ke atau Kaukus Bebas sekalipun, betul tak?

Cuma, apa yang nak saya perkatakan di sini, mampukah PR melaksanakan semua yang dijanjikan? Sedangkan apa yang dijanjikan di peringkat negeri pun masih banyak yang 'janji tinggal janji' walaupun dah 2 tahun PRU12 berakhir? Contohnya, janji untuk mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10%.

Ni baru peringkat negeri, belum pun memerintah kerajaan pusat. Tapi yer la, macam biasa, Melayu mudah lupa, Cina dan India pun mudah lupa juga. Dah beri undi sebab termakan janji dan mendambakan perubahan2 yang dijanjikan, pastu lupa.

Macamana nak laksanakan 10 perkara asas tadi dalam masa 100 hari (lebih kurang 3 bulan+) di Peringkat Pusat kalau lepas 2 tahun masih terkial2 nak laksanakan janji di peringkat negeri? Bercakap memang senang, janji memang senang, bila dah menang, hampeh. Setakat yang saya tahu, 3 perkara yang saya petik di atas tu masih lagi belum dilaksanakan. Sekarang dah buat janji2 baru pulak. Oh, tolonggg lah...

Saya tak nak komen dari segi implikasi kewangan sebab saya kurang arif dalam bidang tersebut. Lagi pun, hampir semua perkara asas tu memang sedang diusahakan oleh kerajaan BN.

Perkara 1 contohnya, SPRM memang sekarang begitu aktif mendakwa mereka2 yang bersabit dengan rasuah. Penyokong2 PR mungkin kata yg kena dakwa cuma bilis2 saje, yg jerungnya terlepas...baru2 ni bekas Timbalan Penguasa Imigresen pun dah didakwa dan dijatuhkan hukuman. Beberapa tahun lalu, bekas naib Presiden UMNO, Tan Sri Isa Samad pun didakwa. Apa jaminan sekiranya PR menang nanti dan pemimpin2 nye yang pastinya dilantik menjadi menteri, tidak akan terlepas dari SPRM? Cakap memang senang, bila dah berkuasa, sama saja!

Saya menyokong setiap perkara yang baik yang dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kedah dan Kelantan yang menobatkan Islam dan telus dalam pemerintahan sehingga pendapatan negeri Kedah meningkat seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di blognya. Seperti yang saya nyatakan di atas, perkara yang baik untuk agama kita perlu sokong. Tidak jadi masalah di Kedah dan Kelantan di mana pemimpinnya adalah orang Islam dan berjuang untuk Islam. Tetapi, di Pulau Pinang dan Selangor (dan dulunya Perak) keadaan berbeza. Macamana dengan isu penjualan arak di Shah Alam dahulu? Dato Haron Din dipaksa mengalah walaupun pada mulanya beliau memperjuangkan perkara yang hak ini.

Memanglah kerajaan BN tidak sempurna. Tapi kita lihat lah perkara2 yang baik yang telah dan sedang dilaksanakan. Islam berkembang di Malaysia. Dakwah berjalan. Amal ibadah boleh dilaksanakan dengan bebas. Agama2 lain pun boleh dianuti dan diamalkan dengan bebas, tiada paksaan atau tekanan. Program agama berterusan. Siaran agama berterusan. Kenapa kita nak sokong PR yang belum terbukti kemampuannya? Yang mungkin memberi mudharat kepada Islam (saya kata PR yer, bukan PAS, saya tahu PAS berjuang untuk Islam, setidak-tidaknya perlembagaanya menyatakan demikian)?

Sedarlah wahai saudara2 ku, DAP tak akan memberi peluang untuk syiar Islam berkembang. Jangan lah kita diperalatkan oleh mereka. Bila mereka dah berkuasa nanti, Allah sahaja yang tahu apa yang akan terjadi. Adakah PAS akan dibenarkan untuk melaksanaan hukum Allah di Malaysia ni? Bolehkan PAS nak mengharamkan rancangan hiburan di TV - Astro ceria? Mari menari? Melodi? Panggung wayang nak haramkan ke? Boleh ke buat PAS, nanti DAP mengamuk macamana yer? (wayang kulit pun dah dihalalkan kembali di Kelantan, dulu haram sekejap...kihkihkih)? Kenapalah PAS bersekongkol dengan DAP???

1 comment:

  1. itu namanya gula2 pilihanraya.... hehehehe.... bila TERmenang, baru la kira, cukup ke duit nak bagi gula2 ni......

    ReplyDelete