Seorang nenek berkerusi roda masuk ke bilik consultation saya di Hospital Raub. Hari itu merupakan giliran saya untuk melihat pesakit kami di Hospital Raub. Saya dan Mr. Jamal akan bergilir-gilir ke Hospital Raub dan Hospital Bentong setiap 2 minggu untuk Orthopaedic Surgeon Visiting Clinic.
Nenek kelihatan ceria. Kerusi roda nenek ditolak oleh anak dan cucu perempuannya. "Nenek sihat?" Saya memula bicara. "Sihat doktor, kaki pun dah baik". Hanya kaki kanannya yang kelihatan. Kaki kirinya sudah tiada, sudah dipotong. Mereka bertiga tersenyum kepadaku.
Nenek ini mengajar saya satu lagi erti kehidupan. Betapa kejamnya seorang yang bernama anak. Betapa malangnya nasib seorang ibu. Sedangkan syurga di bawah tapak kakinya...dibuangnya syurga kerana wanita yg bernama 'isteri'...
6 minggu sebelumnya...
Hari Pertama
Saya melakukan rondaan pagi di wad seperti biasa. 2 orang pegawai perubatan, seorang sister dan 2 orang nurse dan 4 orang student nurse mengiringi saya pagi tu. Nun dihujung cubicle, kelihatan seorang nenek tua sedang terbaring. Kebetulan, nenek itu adalah pesakit terakhir yang saya perlu lihat di wad pada pagi itu.
"This is a 85 year old lady with diabetes, came with swelling and pus discharge from her left foot. She has high grade fever at home. No history of trauma. Her WBC is 20, platelet and haemoglobin are normal. Blood sugar level is currently not controlled. We have started her on subcut insulin". Lancar Dr Zakiran meringkaskan perihal nenek tersebut kepadaku.
"Assalamualaikum Nek, saya Doktor Mahyuddin, pakar tulang yer. Nenek apa kabar"? Saya senyum kepada nenek. Nenek hanya terbaring. Kurus kering. Wajahnya bersih. Kulitnya putih tapi kering dan penuh dengan kedutan.
"Kaki kiri makcik dah busuk doktor" Dia membahasakan dirinya makcik kepada ku. Dia masih mampu melontar senyuman. Saya meminta glove dari jururawat. Kaki kirinya saya belek. Tumit kiri dah bengkak, merah dan berbau busuk.
Kaki nenek yang berbau busuk, merah dan mengeluarkan nanah |
"Kaki makcik ni ada terpijak apa2 ke makcik?" Saya bertanya lembut.
"Tak kena apa2 pun. Tiba2 aje bengkak doktor". Saya hanya terdiam seketika. Memikirkan mengenai perancangan rawatan untuk nenek ni. Ubat2an dan juga pembedahan. Tumit nenek sudah amat teruk. Busuk dan berbau. Bernanah.
"Xray please"...Dr Zakiran menghulurkan gambar xray kaki nenek kepadaku.
Hmmm..."What can you see Zek?" Saya bertanya ringkas kepada Dr. Zakiran. Seperti biasa, saya suka melihat cara berfikir pegawai2 perubatan, berkongsi pandangan, berbincang dan mengajar ilmu (yang sedikit ni) yang saya ada.
"Dah ada OM changes". Zek menunjukkan tempat jangkitan kuman, atau Osteomyelitis pada tulang tumit (calcaneum) nenek.
"Makcik dah 3 bulan terbaring macam ni doktor" Nenek bersuara.
"Siapa jaga makcik kat rumah? Makcik ada anak?" Saya memang amat suka untuk ambik tahu mengenai social background pesakit2 saya. Social background adalah satu faktor yang amat penting yang selalu dipandang sebelah mata semasa rawatan di hospital. Ianya penting bagi mengetahui family support dan juga penjagaan pesakit selepas keluar dari wad.
"Ada, makcik ada 5 orang anak, 4 jantan, seorang perempuan".
"Baguslah makcik, ramai anak, alhamdulilLah" Saya menjawab spontan.
"Bagus apa, harap yang perempuan yg nombor 4 tu aje sorang. Yang jantan semuanya ikut bini". Nenek berkata perlahan, tapi jelas. Mukanya tiada sebarang ekspresi. Ada air mata bergenang dikelopak matanya.
Saya terdiam. "Astaghfirullah al-'azim". Saya bersuara di dalam hati.
Saya memandang kepada Dr. Zakiran dan Dr. Akmanidar. "Kes makcik ni tak simple. Definitely kita nak kena debride the wound, remove the dead tissue over the heel. But kita akan 'expose' kan calcaneumnya. Calcaneum nak kena currette utk remove osteomyelitic bone. She won't be able to weightbear. Healing over the area is poor. I don't think she can tolerate many surgery in view of her age and medical problems. We need to do single definitive surgery.
"This patient is for below knee amputation (BKA) tomorrow, work her up". Saya membuat keputusan. Kaki nenek terpaksa dipotong pada paras bawah lutut bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak. Tidak mudah untuk membuat keputusan ni.
Saya duduk di tepi katil, berhampiran kepala nenek. "Nek, saya nak cakap sikit boleh?"
Nenek hanya tersenyum memandangku. "Cakap la doktor. Apa dia?"
"Sebenarnya Nek, jangkitan kuman di kaki nenek ni teruk jugak nampaknya. Kuman tu dah merebak, habis semua isi dan tulang tumit dimakannya. Kalau kita tak buang nanah dan isi buruk tu, nanti ada kemungkinan besar kuman tu akan merebak, naik lagi ke paras atas. Saya risau kalau kuman tu masuk ke dalam darah nenek, ia boleh bagi kesan kepada jantung, paru2 dan buah pinggang nenek, boleh membahayakan nyawa nenek". Saya berhenti seketika. Cuba melihat reaksi nenek.
"Macamana kita nak buat ni doktor?" Nenek bertanya kepadaku. Tenang saje. Tiada sebarang kegusaran pada wajah nenek.
"Nek, nenek tenang yer. Pada pandangan saya, kaki nenek ni tak dapat nak kami selamatkan lagi. Kalau dibiarkan kaki macam ni, kuman tu boleh merebak dan nenek boleh meninggal sebenarnya. Kami rasa, kami terpaksa buang kaki yang busuk ni Nek".
"Doktor nak potong kat mana?" Masih tiada sebarang reaksi pada wajah nenek.
"Bawah lutut Nek. Kami semua nak selamatkan nyawa nenek. Nyawa lebih penting dari kaki". Saya diam seketika. Memberi masa kepada pesakit untuk digest apa yang baru diberitahu. Saya tahu, tak mudah untuk menerima berita sebegini. Yer la, orang nak potong kaki kita, siapa yang nak?
Orang2 kita di Malaysia ni sanggup kehilangan nyawa, asalkan jangan dipotong kaki mereka. Sanggup untuk menahan bau busuk dan sakit kaki dimakan ulat, asalkan jangan dibuang jari mereka. Mereka lebih sanggup keluar wad, at own risk (AOR) discharge untuk berjumpa bomoh dan berubat cara kampung, kalau kita mahu buang jari mereka yang dah busuk. Akhirnya mereka akan datang kembali ke hospital. Biasanya amat lewat. Bila mereka datang sekali lagi, jangankan jari, kaki pula yang terpaksa dipotong. Kadang2 pada paras bawah lutut, kadang2 atas lutut kerana kuman sudah merebak.
Namun apa kata sedara2 atau orang kampung mereka?
"Datang hospital aje, potong...datang hospital aje, potong. Takde kerja lain ke?" Inilah mentaliti kebanyakan orang kita. Hakikatnya, mereka datang lewat kerana pergi berubat kampung dulu, kuman dah merebak ke dalam tulang mereka. Sekiranya tidak dibuang, mereka mungkin meninggal. Kami hanya nak menyelamatkan nyawa. Kami ada kerja lain. Kami bukannya suka sangat nak potong kaki makcik2 dan pakcik2 ni.
Kadang mereka datang dengan keadaan yang amat teruk, di mana kuman sudah merebak di dalam darah, atau sepsis. Lebih teruk lagi, kalau septicaemic shock, dimana mortality rate very high. Mereka mungkin meninggal setibanya di hospital.
Namun apa kata sedara2 atau orang kampung mereka?
"Tu lar, datang hospital lagi, kan dah mati. Aku dah cakap dah. Datang hospital mesti meninggal punya"
Hakikatnya, mereka tiba dengan keadaan terlampau lewat. Dengan multi-organ failure, renal shutdown, heart failure dan lain2. Sekiranya kaki dipotong dan diberi antibiotik yang kuat sekalipun, peluang hanya 50-50. Dalam ertikata lain, kemungkinan untuk meninggal amat tinggi.
"Potong aje la doktor" Nenek senyum, memecahkan lamunanku. Saya senyum kepadanya, mengusap bahu nenek. "Nenek sabar yer".
Sesetengah pesakit maybe in denial state apabila menerima berita buruk. Breaking bad news adalah skill yang tidak mudah dikuasai.
"Be prompt and efficient, we miss the boat, she may lose her life". Saya berpesan. "Ema, please refer to our anaest colleague yer". Aku meminta Akmanidar merujuk nenek kepada doktor bius.
Hari kedua
Aku tiba awal di wad mengingatkan kes2 pembedahan yang akan dilakukan dalam senarai elective kami.
"Macamana kes nenek yang kita nak buat BKA ni Zek?" Saya bertanya kepada Dr. Zakiran setibanya kami di katil nenek tersebut. Kelihatan seorang wanita separuh abad di sisi nenek.
"All blood investigations are normal, chest xray and ECG pun normal. However, because of her age and bed-bound, we do not know her effort tolerance and heart function. Anaest mintak echocardiogram. Kalau takde echo, nak kena high-risk consent". High risk consent memerlukan tandatangan pesakit dan juga seorang ahli keluarga terdekat. Ia memberi maksud pembedahan ni akan mempunyai risiko yang tinggi dan ada kebarangkalian pesakit boleh meninggal di atas meja pembedahan.
Echocardiogram ialah siasatan untuk melihat fungsi pam jantung. Di Pahang ni, ia hanya dapat dilakukan di HOSHAS, Temerloh atau HTAA, Kuantan sahaja. Kalau nak dibuat echo di HOSHAS, perlu arrange ambulan dan buat urgent apppointment. Akan ada delay lagi untuk pembedahan nenek ni. Saya amat risaukan nyawa nenek.
"Takpe la doktor, buat aje lah operation tu". Wanita di sebelah nenek bersuara. "Saya anak nenek ni, Puan Bedah (bukan nama sebenar)". Nenek pula hanya terbaring. Lebih lemah berbanding semalam. Nenek hanya mampu mengangguk. "Buat lah doktor, dah sakit sangat kaki ni" Nenek bersuara lemah.
"Akak faham risiko pembedahan ni?" Saya bertanya. Puan Bedah mengangguk. "Doktor dah cerita semuanya tadi" Dia melihat kepada Dr. Zek dan Dr. Ema. "Dr Bius pun dah datang cerita jugak pasal risiko bius". Tambahnya lagi.
"Nanti selepas pembedahan siapa yang akan jaga nenek ni?" Saya ingin tahu. Tiba2 Puan Bedah menangis.
"Saya sedih dengan adik-beradik saya doktor. Kami 5 beradik. Saya sorang aje yang perempuan. Semua dah kahwin. Adik-beradik yang lain semua duduk jauh. 3 di Kuala Lumpur, sorang di Johor. Bila saya telefon bagi tau keadaan Mak, semua tak mahu balik doktor!" Puan Bedah sudah teresak-esak.
"Semua ikut cakap bini aje. Semua takut bini. Abang sulung tu kata, "buat aje la apa2 pun, kamu buat la keputusan, aku ngikut aje. Aku tak dapat balik tengok mak, sibuk la. tak dapat cuti".
"Yang kedua pun sama, sibuk tak dapat cuti. Dah lama tak jenguk mak kat Raub. Yang bongsu pulak lagi teruk doktor, bila saya telefon, diangkatnya sekejap, pastu dia kata busy, busy, terus diletaknya telefon. Telefon lagi, langsung dah tak diangkatnya". Puan Bedah mengesat air matanya.
Saya diam. Dalam keadaan sebegini, kadang2 yang terbaik untuk dilakukan ialah diam dan dengar. Itu pun sudah cukup. Mereka hanya mahu berkongsi perasaan mereka. Berkongsi masalah dan beban.
"Derhaka kepada ibu tu namanya. Berdosa besar tu kak, derhaka kepada ibu, susah nak meninggal nanti, tak ingat syurga neraka ke adik-beradik akak tu?"Saya berdengus. Menghelakan nafas panjang dan beristighfar.
"Entah la doktor, semua ikut cakap bini masing2 aje lepas kawin doktor. Langsung tak kisah kan mak lagi".
"Akak, kalau akan setuju untuk tandatangan, kami akan buat pembedahan tu hari ni yer. Penting sangat untuk selamatnya nyawa nenek. Nenek ni pun nampak dah lemah sangat ni".
Selang setengah jam, saya bersama-sama Dr. Zakiran dah pun berada dalam Dewan Bedah 1, Hospital Lipis. Pasukan Bius (Anaesthesia) yang diketuai oleh isteriku, Dr. Shahnaz, sedang bertungkus-lumus memberi bius spinal (separuh badan) kepada nenek. Pada ketika itu, hanya ada seorang pakar bius (isteriku) dan 2 pegawai perubatan bius, Dr. Syuhada dan Dr. Sarah di Jabatan Bius Hospital Kuala Lipis. AlhamdulilLah semuanya berjalan dengan amat lancar.
Dr. Syuhada sedang memberi bius spinal (bius separuh) dibantu oleh PPP (Pembantu Pegawai Perubatan) Ibrahim (kanan) dan PPP Zamberi. |
Apabila kaki nenek sudah kebas, kami pun memulakan pembedahan. Kaki nenek dibalut rapi. Jelas kelihatan betis nenek yang kurus kering, otot2 kecut - muscle atrophy. Hanya tulang yang kelihatan. |
"BismilLahirahmanirrahiim". Saya membaca Al-Fatihah. Setiap pembedahan akan saya mulaikan dengan Al-Fatihah. Terasa ada air mata yang bergenang semasa saya membaca Al-Fatihah. Teringat kisah nenek ni dan anak2 lelakinya. Perasaan sedih, geram dan marah silih berganti.
"Inflate torniquet. Diarthermy ready". Saya memulakan tirisan pisau di kaki nenek. "Kena cepat yer bang". Isteri ku berpesan. Nenek ni tak tahan kalau pembedahan ambik masa lama, atau terlalu banyak pendarahan. Kena surgeon (doktor pakar) yang buat operation ni". Terngiang-ngiang suara isteriku. "InsyaAllah". Aku menjawab sepatah. "Nanti abang yang buat operation tu".
Pembedahan berjalan lancar, siap kurang dari satu jam, skin-to-skin. Very minimal bleeding. Saya dapat rasakan Allah memudahkan pembedahan ni. Tiada sebarang masalah, baik masalah dari pesakit, doktor, staff nurse atau pun peralatan pembedahan. Masa pembedahan macam2 boleh berlaku, ada banyak kisah2 pelik yg berlaku di dalam dewan bedah kalau nak diceritakan.
Bilah pisau yang saya gunakan bagi melakukan pembedahan. Pembedahan ini menggunakan electrical power-saw. |
Below Knee Amputation. Kaki nenek yang telah selesai dipotong. |
Nenek dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut. Usai pembedahan, saya ke ICU melawat nenek. Saya merenung wajah nenek. Tiba2 nenek membuka matanya, memandangku. "Dah siap ke doktor? Tak rasa apa2 pun".
"Dah Nek, semua dah selesai, alhamdulilLah. Semua berjalan lancar. Allah mudahkan semuanya"
"Saya syukur sangat kat doktor!" Nenek tersenyum.
"Nek, syukur kepada Allah, Nek" Gembiranya rasa hati bila nampak nenek ceria.
"Yer, syukur kat Allah, terima kasih kat doktor". Saya hanya tersenyum. "Nenek rehat yer. Nanti kita jumpa kat wad".
Close Monitoring in Intensive Care Unit (ICU) - Unit Rawatan Rapi |
Keesokan harinya, Nenek dipindahkan ke Wad 6B. Ketika saya tiba di katilnya, beliau amat ceria dan gembira.
"Semalam boleh tidur Nek?"
"Boleh doktor, kaki dah tak sakit, boleh la tidur. Makan pun dah ada selera ni" Nenek menunjukkan pinggan sarapan pagi yang licin. Kami sama2 gelak. "Nenek rehat dulu sehari dua yer. Nak kena bagi antibiotik dan cuci luka dulu. Nanti bila semua dah okay, kami transfer nenek ke Hospital Raub yer".
Sehingga nenek pulang ke rumah, kelibat anak2 lelaki nenek langsung tidak kelihatan. Nenek pasrah. Anak2 yang melupakan ibu yang melahirkan mereka. Anak2 yang derhaka kepada ibu mereka. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tapak kaki yang kini tiada lagi. Adakah lagi syurga buat mereka?
P/S Gambar2 ini semuanya disiarkan setelah mendapat kebenaran (consent) pesakit.
Salam Dr,
ReplyDeleteSayu saya membaca kisah nenek tersebut. Kekadang saya sendiri x faham dimana letaknya nilai kasih dan kemanusian pada anak2 sekarang. Alasan sibuk dan susah untuk cuti adalah sangat tidak munasabah. Tidak sedarkah anak2 nenek tersebut bahawa Kehidupan ini hanyalah bersifat sementara dan pinjaman dariNya, dan Ibu & Bapa adalah pinjaman yang sangat bermakna bagi kita sebagai manusia. Semoga anak-anak dan menantu2 nenek tersebut masih diberi ruang untuk bertaubat dan kembali kejalanNya. Ini lah jadiNya sekiranya manusia hidup tanpa amalan. Apapun saya disini mendoakan kesejahteraan nenek tersebut.
Aamiin, semoga dikabulkan Allah. Nenek tu semasa sy jumpa dia last bulan lepas di Raub, AlhamdulilLah sihat. Lukanya pun dah baik. Nanti dah boleh nak dipakaikan kaki palsu, insyaAllah.
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteAllahu Akbar... tak terkata saya membaca cerita nenek ni. Tertusuk jauh bila digambarkan jika sayalah ditempat nenek. Moga-moga saya, suami, seluruh zuriat keturunan saya, jiran tetangga, muslimin dan muslimat semuanya menjadi anak soleh dan solehah.
WaalaikumusSalam. Aamiin, sama2 kita berdoa yer. Saya pun sama2 mengharapkan begitu. Itulah antara doa semasa di Tanah Suci tempohari.
DeleteAssalamualaikum.. seronok saya baca pengalaman Dr. kat sini... arituh buat lawatan sebab lasik jer hihi... Thanks for sharing
ReplyDeleteUntuk nenek tuh, moga dia diberikan kesihatan, dan moga anak2nya dapat kesedaran.. kekadang sebagai peringatan jugak kepada kita semua, sebagai isteri, ada keluarga mertua yang perlu di ambil kira hati mareka, sebagai anak, ada ibu dan adik2 yang perlu kita ingati dan ziarahi. Kekadang kita tak sedar yang apa kita dapat hari ini sebahagiannya adalah dari doa ikhlas ibu bapa dan mertua kita.
sedihnya baca cite ni abg din..ada jugak anak xkisah mak.. :'(
ReplyDeletesmoga kita semua diberi taufiq dan hidayah untuk menjadi anak soleh solehah kpd ibu bapa.. amin.
inilah dia anak di akhir zaman dr....isteri dan kerja diutamakan sedangkan lupa syurga di bawah tapak kaki ibu...sepatutnya sebagai seorang isteri, dialah yang sepatutnye memberi peringatan kepada suami terhadap tanggungjawab suamianya terhadap seorang ibu... apakah kita sudah lupa akan pengorbanan seorang ibu yang bersusah payah menjaga kita dari alam rahim hinggalah kita keluar melihat dunia...ibu yang sanggup bersengkang mata membesarkan kita, ibu yang sanggup berlapar demi mencari sesuap makanan untuk anaknya,ibu yang mejaga dan membesarkan anak bagaikan menatang minyak yang penuh...akhirnya inikah balasan seorang anak terhadap ibu yang sanggup menyabung nyawa melahirkan seorang anak ke dunia...subhanallah..sedarlah wahai insan yang bergelar anak...berbaktilah kepada ibu selagi ibu masih ada...jangan kita minta dengan Allah untuk kembalikan semula ibu setelah tiada semata2 untuk menabur bakti kepadaya....IBU
ReplyDeleteIn this case, it might be better to start an organic vegetable garden
ReplyDeletein a raised bed. So, I propose to you that you might want to
consider doing your own organic gardening right in your own back yard.
Each has his own concoction of soapy water, tobacco juice or
hot pepper solutions to to deter these nasty pests and try those first.
Also visit my web page - ergonomics
Terus menangis melihat gambr kaki yang dh dipotong. Saya seorg ibu..pasti pilu kalau anak2 buat mcm tu kat saya....
ReplyDeleteAssalamualaikum Doc... sedih btl saya baca kisah nenek ini,teringat terus saya pada pengorbanan ibu saya yg menjaga saya dr kecil,berhujan,berpanas demi menjaga saya yg sering sakit... Alhamdulillah saya bersyukur di beri ke sempatan utk membalas jasa ibu saya & semoga aja saya sentiasa sihat & dpt menemaninya hingga tua nnti... semoga aja anak nenek sedar kesalahan mereka & kembali menjaga nenek selagi hayat yg ada...
ReplyDelete