Assalamualaikum,
Hari ni saya nak berkongsi mengenai pengalaman ke
Zoo Lipis semalam. Kami sekeluarga dah 6 bulan menetap di Kuala Lipis tetapi cuma semalam kami berkesempatan ke zoo.
Zoo Lipis terletak di atas
Bukit Bius. Kena naik bukit ni melalui Bandar (or
should I call it, Pekan instead?) Kuala Lipis, dalam 1.7km menaiki bukit melalui kehijauan hutan rimba. Kedudukan zoo ni sedikit tersembunyi sebenarnya.
Bayaran masuk murah aje. RM3 ringgit untuk dewasa, dan RM2 ringgit untuk kanak2. Memang murah! Saya
spent RM12 aje untuk kami sekeluarga semalam.
Banyak juga binatang yang ada dalam Zoo Lipis ni. Binatang yang paling besar adalah beruang and buaya. Hmm....nak share gambar2 sebahagian binatang yang sempat saya ambil semalam...mari saksikan aksi mereka!
|
Ni keluarga kura-kura ni... |
|
Kolam kura2 dan tuntung (semalam saya tersebut lontong bila anak tanya...patut lar bunyi macam pelik aje bila jawab semalam hahaha). |
|
Monyet (siamang?) ni amat jinak. Kalau kita tengok dia mesti asyik nak tunjuk aksi yg bermacam-macam. Suka datang dekat dengan pengunjung sangkar dia. Cuma dia keseorangan...kesian la pulak. |
|
Berkasih-sayang la pulak 2 ekor burung ni... |
|
Enggang Rhinoceros |
|
Rusa adalah binatang yang paling banyak kelihatan. Compund rusa pun antara yang paling luas. |
Zoo Lipis ni tidaklah sebesar mana. Para pembaca sekalian cuma perlu dalam 45 minit maksimum untuk habis
tour zoo ni. Cuma, saya cadangkan, elok pakai kasut yang ada
good grip kerana keadaan zoo ni yang terletak di kawasan berbukit dan kita kena menuruni anak2 tangga di cerun2 semasa
tour zoo ni. Sebahagian tangga2 ni pulak ada yang berlumut. Jadi...licin!
Satu lagi, nyamuk banyak sangat2!! Pakai pakaian yang cerah dan elok juga kalau dapat sapu krim
anti-mosquito sebelum masuk ke zoo :)
|
Seronok budak2 ni...boleh bawak masuk air vitagen. Nak bawa kamera pun boleh, no extra-charge dikenakan. |
|
Letih juga tour Zoo Lipis ni. Letih sebab kena naik-turun tangga dan cerun. Good exercise though. Masing2 makan aiskrim yang dijual di kedai cenderahati. |
Okay, harap2 nyer perkongsian saya kali ni dapat membantu pembaca sekalian. Nanti kalau datang Lepeh ni boleh la jalan2 ke Zoo Lipis ni yer.
Selalu gak gi Lipis....tak pernah dengar ada Zoo kat situ....tengok gambar dah cukup lah tu...
ReplyDelete