Wednesday, May 29, 2013

Perlukah membuang besi atau implan setelah kepatahan sembuh?

Assalamualaikum rakan2,

"Doktor, besi ni nanti, bila patah dah baik, nak kena buang ke?"Ini adalah antara soalan yang paling biasa ditanya kpd saya oleh pesakit2.


Jawapannya 'YA' dan 'TIDAK'
Dalam majoriti kes2 di Malaysia ni, besi atau implan TIDAK perlu dibuang. Kajian menunjukkan ia adalah 'bio-compatible' iaitu sesuai dengan badan manusia dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada sistem badan kita.

Kami menasihatkan pesakit agar TIDAK mengeluarkan besi tersebut sekiranya tidak perlu. Proses mengeluarkan besi ini akan mendedahkan anda kembali kepada risiko2 pembedahan, pembiusan dan juga transfusi darah. Seboleh-bolehnya kita mahu mengelakkan risiko2 ini. Betul kan?


'YA' sekiranya:
1) Anda seorang kanak2
Besi perlu dibuang kerana tulang anda atau anak anda masih memanjang, dan tempat tulang tumbuh (growth plate) masih lagi belum tutup sepenuhnya.

Disamping itu, besi yang dipasang boleh diliputi oleh tulang baru yang tumbuh sehingga besi (implan) seolah-olah terkambus dan tidak lagi kelihatan. Ini akan menyukarkan proses pengeluaran implan itu sekiranya ia perlu dilakukan.

2) Terjadi jangkitan kuman pada tulang (Osteomyelitis)

Jangkitan kuman (bacteria) boleh berlaku dalam kes2 kepatahan, terutamannya kepatahan yang mempunyai luka yang berhubungan dengannya (Open fracture). Ia juga berlaku dalam kes2 dimana implan digunakan.

Bacteria membentuk satu lapisan pertahanan yg dikenali sebagai 'Biofilm' pada lapisan atas implan yang menyebabkan ia sukar dihapuskan, walaupun dengan menggunakan antibiotic. Antara cara yang paling berkesan ialah dengan mengeluarkan implan tersebut dan disertai dengan rawatan antibiotik.

Osteomyelitis lebih mudah berlaku sekiranya implan yang digunakan adalah dari jenis 'Stainless Steel" berbanding 'Titanium'.

3) Besi atau implan tersebut menyebabkan masalah kepada pesakit setelah kepatahan sembuh
Walaupun tulang yg patah telah bercantum, implan yang digunakan mungkin menyebabkan masalah kepada pesakit sekiranya ia terlalu prominen (timbul) atau menyebabkan rasa sakit atau mengganggu pergerakan sendi.

Namun, anda perlu dilihat oleh Pakar Ortopedik terlebih dahulu kerana dalam kebanyakkan kes, masalah2 ini bukannya disebabkan oleh implan tersebut, dan sekiranya implan itu dikeluarkan sekalipun, masalah anda masih kekal.



Moga bermanfaat buat semua yer :)






Wassalam...

21 comments:

  1. Assalamualaikum..

    adakah implan tersebut memberi kesan kesakitan kepada pesakit apabila pesakit berjalan di kawasan tidak rata (berbukit, berlubang dan sebagainya).. adakah kesakitan tersebut sementara atau kekal sekiranya implan tidak dibuang? bagaimana pula sekiranya pesakit tersebut aktif dengan sukan-sukan tertentu dan beliau pernah patah di tengah paha dan mempunyai impan?

    sekian. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. DARIPADA : NUR RAUDHAH, SP, KEDAH

    Salam Doc..Suami saya pernah patah tangan kanan 12 thun lepas & pergelangan tangannya ada besi. Tapi sejak 2thn lpas dia mengadu kebas2 dan kadang2 rasa sakit.Dah byk tahun suami saya mkan nasi guna sudu sebab jari2 tk dpt genggam nasi.Tangan kanan tu pun dh tk boleh agkat benda2 berat. So, perlukah besi tu dikeluarkan? Dan mengapa tgn dia kebas2 ? TQ Doc...

    ReplyDelete
  3. Saya mengalami bengkak pada tulang lengan tangan yg patah,sy takut sekiranya besi yg berada dlm tangan sy ni patah lagi sebab pada thun 2007 sy menjalani pembedahan kerana tulang patah..setelah 6 bulan selepas itu,tangan sy terasa sakit & mula membengkak kerana besi yg berada di dalam tangan sy ni patah..kene la buat penbedahan kali ke dua untuk penukaran besi yg baru..sekarang ni pun tangan sy mula membengkak lgi.sy khuatiri besi yg ada dalam tangan ni patah lagi...nak pegi hospital takut..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  4. assalamu'alaikum wbt Tuan

    saya telah disahkan dijangkiti virus MRSA sebulan selepas pembedahan memasukkan implan besi di kaki saya. selepas dikuarantin selama hampir 1 bulan, kawan luka agak baik kerana saya diberikan ubat antibiotic air (saya tak ingat namanya) drip 3 botol sehari.

    masalah ini. akan berulang selapas kawasan luka tu baik. lepas 1 bulan atau lebih dia mula balik luka, dan kos rawatan tak habis2 untuk saya.

    dan untuk pengetahuan bersama. saya tak boleh berdiri terlalu lama, minimum 30 minit sahaja. itu pun akan menyebabkan kaki bengkak dan stiff.(kaku)

    saya telah berjumpa dengan DOktor Pakar (bagi pihak insuran). dia menyatakan kes saya akan berlarutan kerana limpa tidak dapat berfungsi dengan baik. Beliau beritahu ada kemungkinan kalau tak dirawat menggunakan special garment (macam stoking) untuk merawat kaki saya dari masalah bengkak.

    hal yang demikian juga menyebabkan saya rasa kurang keyakinan pada diri sendiri. saya tak boleh membiarkan kaki sentiasa dibawah, hal ini nampak mudah pada pandangan orang. tapi, berat pada saya yang menanggungnya,

    saya juga tak punya kewangan yang banyak untuk menampung kos rawatan ini. saya sedang berharap bantuan hilang upaya kekal dari perkeso dan Pihak Insuran.

    soalan saya, adakah saya perlu meneruskan hidup dengan besi didalam kaki atau membuang besi tersebut.

    terima kasih Tuan Tanah kerana beri ruang saya meluahkan isi hati.

    yang benar
    m.taufiq
    +60126391558

    ReplyDelete