Sunday, December 16, 2012

Wedding of the year - Perkahwinan Dr. Nazatul Zahirah dan Dr. Erhan Rahimi

 Salam mama, abah & kkanda2 sume. trm ksh bjuta2 kali yg xthingga ats sgl krjsama, penat lelah, sumbangan duit/peluh/masa/tenaga/doa/air mata spnjg mjls kmi baru2 ni. hanya ALLAH yg layak mblas sgl jasa kalian. kmi jg m0h0n maaf ats sgl salah & silap, kkurangan & klebihan kmi dlm kata2, tindak laku & sgl aspek. m0h0n d0a & tunjuk ajar yg swajarnya utk org baru spt kmi. may Allah bless us 4ever, herein & hereafter.love u all! - erhan & zahirah

Ini sms yg aku terima pada 12/12/12 pada jam 19:38.


Assalamualaikum wbt,

Aku rasa bersyukur sebenarnya apabila adik bongsu isteriku, Nazatul Zahirah (Nama manja=Ijah) menghantar sms ni kepada Mak, Abah dan semua kekeanda2 beliau. Bukan mengharapkan sgt ucapan terima kasih tu, apatah lagi balasan hadiah atau wang ringgit, cuma hakikat yang kita perlu terima, manusia amat suka dihargai, walaupun hanya dgn ucapan terima kasih. Penghargaan ini akan memberikan lebih motivasi utk manusia tersebut bg membuat lebih byk kebaikan kpd orang yg memberikan penghargaan tersebut.
 

Entry ni, Abg Din dedicatekan khusus buat Ijah dan Erhan.


Selamat Pengantin Baru - Dr. Erhan Rahimi dan Dr. Nazatul Zahirah

Persiapan 

Kalau nak bercakap pasal persiapan perkahwinan, semua orang akan terbayang betapa banyaknya perkara yang perlu di 'settle' kan. Belum mula kerja pun badan dah rasa letih. Dari menyiapkan goody-bag, kemas2 rumah, persiapan pelamin, bilik pengantin, memasak, khemah kenduri, menyiapkan pengantin, hantaran, kad jemputan dan macam2 lagi.

Tak terbayang betapa sukarnya merancang perkahwinan serentak 3 orang adik2 ku tahun lepas di Terengganu.

AlhamdulilLah semua adik-beradik isteriku dapat pulang membantu. Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. Bilik bedah Hospital Lipis yang rosak pada minggu tu, membolehkan cuti isteriku diluluskan. Kalau tidak, memang 'masuk angin keluar asap la'. Walaupun isteriku ada cuti yg berbaki, tak semestinya cuti tu dapat diambil. Itu la hakikat yg perlu diterima apabila bertugas sebagai 'sole-anaesthetist' di hospital terpencil ni, huhuhu...

Isteriku, Nazatul Shahnaz, mula bercuti pada Isnin, 5 hari sebelum akad nikah. Beliau adalah anak yg sulung dan memainkan peranan yg amat penting dalam setiap event keluarga, terutamanya dalam organizing dan memberi buah fikiran. Nazatul Nur Zihan (nama manja=Intan), anak ke-2 pula tiba pada Rabu malam dari Sungai Besar. Beliau skrg sedang mengandungkan anak ke-4, sedang memboyot. Dengan perut yg besar tu pun beliau masih lincah dan ringan tulang semasa kenduri. Anak ke-3, Dr. Mohd Zahir Amin (nama manja=Amin) pula berulang setiap hari dari Cheras ke Seremban bagi membantu. Isteri beliau, Dr Nurul Sazmi pula cuma dapat mula bercuti mulai hari Jumaat, iaitu hari pernikahan itu sendiri!

Itulah dia, 3 daripada 4 adik-beradik isteriku bertugas sebagai doktor perubatan, kahwin pun dengan doktor jugak. Akibatnya, sibuk memanjang, cuti memang tidak mudah nak dapat. Aku pun hanya mula bercuti pada hari Jumaat (hari pernikahan). Petang khamis, habis aje punch card, terus balik rumah untuk mandi, kemas2 beg bertolak ke Seremban. Jam 11 malam aku sampai di rumah mertua ku.


Rumah Opah 'hanyar-banar' mcm tongkang pecah. Percaya atau tidak, goody-bag yg sebanyak 1400 beg tu, 70% nya disiapkan oleh anak2 ku yg 3 org tu berserta 2 org anak jiran sebelah rumah.. dengan penuh sabar selama 4 hari...

Kerjasama dan gurau-senda merapatkan ukhuwwah antara ahli keluarga

Zikry dan Hasif - sekejap baik, sekejap gaduh

Aisy akan join the rumble tak lama lagi

The boyz - poning kepalo opah eh

Pelamin dalam proses pembikinan


Khatam Al-Quran

Majlis khatam Al-Quran diadakan pada pagi Jumaat 7/12/12 oleh Kumpulan Usrah dan Dhuha Ustazah Salbiah (KUDUS). Ibu mertuaku merupakan ahli kumpulan usrah ni. Aku bersyukur sangat2 kerana ia banyak memberi pengisian rohani serta menerapkan sunnah RasululLah SAW dalam kehidupan harian keluarga besar kami.

Aku menjadi bidan terjun untuk ganti Mak baca juzuk ke-15 pagi tu. AlhamdulilLah sempat jugak habis. Selesai solat dhuha dan khatam Al-Quran, Ustazah Salbiah memberi sedikit tazkirah serta menyampaikan hadiah perkahwinan dari KUDUS buat Ijah dan Erhan. Hadiahnya ialah sebuah Al-Quran besar yg dilengkapi dengan 'stand' nya. Senang untuk dibaca sambil bersolat nanti. Terima kasih KUDUS!
  

KUDUS sedang mengadakan majlis khatam Al-Quran

Ustazah Salbiah (tudung putih) mengetuai KUDUS

Makcik Maria, ibu mertua Amin, (tudung hitam) banyak membantu persiapan majlis


Majlis Akad Nikah

Majlis akad nikah ni memang meninggalkan seribu kenangan kepadaku.

Rombongan pengantin lelaki tiba tepat jam 9:00 malam diikuti dengan ketibaan Tok Kadi dan pegawai2 masjid. Setelah keadaan reda dan semua orang mengambil tempat duduk, pengantin perempuan turun ke ruang utama bagi sama2 menyaksikan upacara tersebut.


Melhan (Adik Erhan) khuyuk dengan kamera pink nya
Tepak sireh dan wang mas kahwin

Bacaan khutbah nikah

Erhan mendengar dengan teliti khutbah yg disampaikan...pengantin2 lama pun kena dengar jgk betul2 khutbah ni, konpem dah lupa...

Upacara dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh pegawai masjid. Semua orang mendengar dengan teliti, termasuk pengantin2 yang dah lama ni. Kemudian, Tok Kadi mintak Abah dan Erhan buat rehearsal akad dulu. Dalam keriuhan tetamu yg hadir, aku rasa sebutan abah seperti sedikit pelik. Rasa macam tak percaya apa yg telingaku dengar. Tapi aku buat tak endah je. Silap dengar kut. Erhan pula lancar menjawab, laksana peluru dimuntahkan.

"Okay, sekarang kita buat betul2", Tok Kadi mengarahkan.



Kejutan

Suasana sepi. Semua orang menumpukan perhatian kepada bapa mertuaku dan Erhan.

Bapa mertua ku memandang pengantin lelaki. Suaranya aku dengar dengan teliti...

"Aku nikahkan dikau, Erhan Rahimi bin Abdul Rahman, dengan anak ku Nazatul Shahnaz binti..."

Eh, apa Abah cakap ni?!....darah ku tersirap...

"Abah, salah tu. Yang itu saya punya tu. Saya bangkang!" Aku melaungkan suara secara tiba2. Suasana hening seketika, kemudian diikuti dengan derai ketawa..hahahaha!

"Tenang, tenang...Tok kadi bersuara. Bapa pengantin kena tarik nafas ni...." Sekali lagi hadirin ketawa. Suasana kembali tenang, abah hanya tersenyum.

Aku faham, hakikatnya, sebagai anak yang sulung, memang nama isteriku lah yang paling dahulu disebut, sudah 36 tahun dah. Cuma aku rasa, salah satu sebab perkara ni berlaku ialah kerana nama semua adik-beradik perempuan isteriku dimulai dengan Nazatul...Oh, apakan daya...kan dah tersasul.



Erhan menumpukan sepenuh perhatian semasa akad

Aku menumpukan sepenuh perhatian juga. Nasib baik...

Gelak besar nampak...apa ceritanya ni?



 
Ijah tersenyum lega selesai akad nikah
Dengan sekali lafaz, Ijah selamat bergelar isteri yang sah kepada Erhan. Terungkai sudah pertunangan mereka selama 4 tahun. Selamat diijabkabulkan, selamat bergelar suami isteri, Selamat Pengantin Baru!


"Inilah wang mas kahwin untuk sayang dari abang"

Ijah di samping sahabat2 rapatnya - Dr. Ain, Dr. Nazihah dan Dr. Adila. Dr Ain dan Dr Adila merupakan bekas pelajarku semasa mereka belajar di HUKM dahulu.

Erhan memakaikan gelang

"Ijah akan sentiasa taat kpd Abang"

Ciuman pertama di dahi isteri tercinta

Aik, sekali tengok macam P.Ramlee la pulak Si Erhan ni...

Kenduri Perkahwinan

Kenduri perkahwinan diadakan pada Sabtu 8/12/12 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban. Tempat yg sama aku dan keluarga tinggal semasa perkahwinanku pada 1998 dulu. Cuma sekarang tempatnya dah 100% berubah. Lebih ceria, bersih, dan dilengkapi dengan surau yg selesa, Ballroom yg luas, tandas yg bersih, parking yang banyak serta dilengkapi dengan kemudahan padang bola dan futsal.

Aku boleh rekomen tempat ni kepada sesiapa yang nak buat majlis kenduri. Rating: 9.0

Makanan disediakan secara katering. AlhamdulilLah sedap. Kakitangan katering juga efisien dan professional. Cepat aja meja dibersihkan. Makanan pun memang lazat!


Makan dulu sebelum jemputan mula datang

Ballroom yang luas dan selesa. Penataaan cahaya yang baik dan susunan meja yg kreatif.

Meja santapan pengantin

Pelamin yang dihias indah

Kawan rapat kami, Dr. Rosmala, pun datang bersama Dr. Azlan dan anak2

My wife dengan flower gerlzz - Zara (Anak Amin, kanan sekali), Nabila (tengah) dan Maisarah

Perarakan masuk pengantin, didahui oleh flower gerlz yang kiut

Perarakan masuk pengantin diiringi oleh bacaan selawat ke atas RasululuLah SAW oleh Amin, diselang-seli dengan paluan kompang. 3 'flower girls' - Anak2 ku Maisarah dan Nabila, serta anak Amin, Zara mendahului kedua mempelai masuk ke dewan.


My wife and I membaca biografi kedua mempelai

Majlis Makan Beradap

Dah tukar baju dah...Upacara memotong kek perkahwinan

Suap Han, jangan tak suap...

Kedua ibubapaku turut hadir memeriahkan majlis


Budak2 la yang paling seronok. Tak sabar nak naik pelamin yer...giliran kome kena tunggu 15 tahun lagi. Sofea (anak susuan kami, berbaju kuning) pun datang dari Kemaman

Keluarga besar ku di Seremban

Bergambar kenangan dengan kedua mempelai

Yeay!! Berjaya!

"4 beradik yang ceria, semuanya dah berpunya!"

Mak dan Abah tersenyum girang. Semuanya berjalan lancar, alhamdulilLah. Terlaksana sudah tanggungjawab rasmi membesarkan dan mendidik 3 orang anak perempuan. Baton dah diserahkan kepada suami masing2. Namun Mak dan Abah tetap menjadi Tuan Penasihat Tetap kami semua sepanjang hayat. 



Pesanan

Ijah, pesan Abg Din buat Ijah, "Taat lah kepada Erhan dalam apa perkara sekali pun, selagi tidak bertentangan dengan agama Islam. Jadilah isteri, kawan dan teman buat suami. Jadilah pendengar yang setia, pemberi semangat ketika duka. Pastikan perut dan tempat tidur suami dijaga seistimewanya, kerana disitulah antara rahsia kebahagian rumahtangga. Tanggungjawab terhadap suami melebihi tanggungjawab Ijah kepada Mak dan Abah sendiri, namun hak Mak dan Abah tetap perlu dipelihara". Ingat tu...


Mari kita fikirkan...

Aku nak berkongsi secara umum beberapa perkara mengenai majlis perkahwinan.

  1. Amat jelas betapa mudahnya solat fardu diremehkan, secara sengaja atau tidak sengaja semasa majlis dan kenduri perkahwinan. Contohnya tidak kira lah pengantin sendiri, ibubapa pengantin, saudara-mara, mak andam, pekerja katering, dan lain2. Ada yang nak menjaga make-up hingga tidak bersolat kerana tak mahu terpaksa memakai make-up sekali lagi. Betapa nipisnya iman, dan kurangnya ilmu kita. Aku bersyukur kerana Ijah menjaga solat beliau. 
  2. Sesetengah mak andam mungkin akan menekan atau memaksa pengantin perempuan untuk membuka aurat, mendedahkan rambut, leher atau bahagian2 aurat yang lain, atau memakai pakaian yang sendat sekiranya pihak pengantin perempuan atau keluarga tidak bertegas dalam soal ni. "Ala, sekali ni aje, kahwin ni sekali, biar la nampak cantik". "Tutup leher tu nanti tak nampak la rantai!". 
  3. Begitu juga sekiranya nak diambil kira isu 'ikhtilat'. Ikhtilat ni ialah percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, termasuk ipar-duai, sepupu sepapat. Semasa kenduri dan majlis keramaian, perkara inilah yang paling sukar dijaga sekiranya kita tidak berhati-hati. Aurat kelihatan dengan mudah, leher, lengan dan kaki terutamanya. Pandangan mata dan gelak tawa tak terjaga.
  4. Bersalaman antara lelaki dan perempuan antara bukan mahram begitu berleluasa sekali. Terutamanya antara sepupu, mak sedara sabit, pak sedara sabit dll, haram tau. Nak ditegur kat situ, nanti malu pulak, tak tegur dosa. Tersalah cakap nanti melenting pulak ehmmm. Elok kita tambah ilmu masing2. Kalau tak tahu tu, tanya la...

Bagaimana hendak mendapat perkahwinan yang diberkati Allah sekiranya ianya dimulai dengan pelbagai dosa dan perkara yang dimurkainya??


Sama2 kita fikirkan.


2 comments:

  1. Coretan yg sgt menarik hati n perasaan. Tahniah

    ReplyDelete
  2. Tahniah ... flower girls yang paling cantik dan manis yang pernah saya tengok. berkenaan dengan mahram dan bersalaman... dulu saya cuba terangkan pada anak anak buah suami bahawa saya ada wuduk ... kita bukan mahram maka tak boleh bersalaman... ada juga mendapat reaksi yang tidak menyenangkan terutama drp ipar saya.

    ReplyDelete