Saturday, December 22, 2012

"If you Drink and Drive, You're a bloody Idiot"

Assalamualaikum,

Semalam emosi aku terganggu.

Aku mulakan round pagi di wad 6B Hospital Kuala Lipis jam 9 pagi selesai sesi tazkirah pagi. Bersama2 ku 3 orang pegawai perubatan - Dr. Hazimi, Dr. Keng dan Dr. Hasni. Pegawai perubatan ku yang paling senior, Dr. Zakiran tiba sedikit lewat kerana post-call.

"Mr. Mahyuddin, semalam ada accident teruk" Dr. Keng bersuara. Beliau memang suka bercerita kalau ada cerita2 MVA (motor vehicle accident) yang tiba di Bahagian Kecemasan malam sebelumnya. Aku angkat kepala. "Apa yang teruknya?" 

"Semalam ada lelaki mabuk langgar sebuah kereta. Sorang mati kat dalam kereta, suami si mati tu kena hantar ke HOSHAS (Hospital Temerloh), 2 orang lagi masuk wad kita". Panjang Dr. Keng cerita.

"Lelaki mabuk tu?" Aku bertanya.

"Yang mabuk tu cuma fracture clavicle aje..." Tambah Dr. Keng.

Tiba2 Dr. Zakiran muncul. "Mcmana oncall semalam Zek?"

"Teruk bos, 2 BID (Brought-In-Dead) dari 2 accident. Ada kes MI (Myocardial Infarction) lagi.

"Rezeki halal tu Zek" Kami sama2 gelak.

Sampai di cubicle kedua, kelihatan seorang Mat Salleh sedang terbaring di katil.

"Dia ni la yang langgar tu bos, mabuk semalam. Mat Salleh dari Arizona, Amerika. Dia baru aje masuk Islam, kawin dengan orang Malaysia". Panjang Zek cerita.

"Laa...Muslim ke? Pastu, minum arak??" Aku hanya geleng kepala. Rakan ku, Mr. Jamal, pergi melihat Mat Salleh tu dan membuat pemeriksaan dan melihat xray. Yang patah cuma tulang selangkanya aje.

"Dia bawak kereta apa semalam?" Aku berpaling kpd Zek.

"Dia bawak Fortuner, langgar Proton Saga". Aduh, aku terbayang Proton Saga yang terpenyek di bawah Fortuner. Macam badak penyek tikus la gayanya..."2 passenger depan terperonyok, kemek habis kereta tu..."

Aku tawar hati nak pandang Mat Salleh tu. Langsung aku tak pergi tengok dia. Takpe la, rakan ku Mr. Jamal pun dah tengok. Bengang sebenarnya. Masa aku belajar di New Zealand tahun 1996-2001 dulu, selalu ada iklan dalam tv - "If you drink and drive, you're a bloody idiot" katanya. Iklan ni memang gambarkan betul pasal accident yang berlaku disebabkan pemandu2 mabuk. Iklan ni direct aje cakap yg memandu dalam keadaan mabuk ni, memang perangai orang bodoh...(maaf terpaksa guna perkataan ni kat sini - memang itu hakikatnya)

Kat New Zealand, banyak jugak kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu mabuk ni. Biasanya Friday Nite la. Friday nite ni ramai budak2 muda stay-up pergi Nite Club, seronok2, minum2. Sampai pukul 2-3 pagi. Ramai la yg mabuk2 kat jalanraya. Jalanan penuh dengan bau arak.

Aku meneruskan round pagi. Mr. Jamal ke OT dulu, ada 5 kes dah menunggu. Aku berjumpa dengan 2 lagi mangsa yang dilanggar Mat Salleh tu.

  • 14 year old girl with a closed fracture mid-shaft left tibia and fibula (patah tulang kering kaki kiri)
  • 2 year old boy with An ipsilateral fracture left radius and ulna, distal end left radius and supracondylar humerus. All closed and undisplaced. (patah tulang tangan dan lengan)

Budak 2 tahun ni adalah anak kepada si mati. Mak sedaranya (adik si mati) menunggu di sisi budak ni semasa aku memeriksanya. Kesian betul. Belum pun tahu erti apa2, dah yatim budak ni.

"Berapa umur arwah?" Aku bertanya

"Baru 29 tahun doktor. Ini anak sulung arwah". Aku hanya mampu menggelengkan kepala. "Kami konvoi 3 kereta, baru balik dari kenduri. Kereta arwah tu kat tengah. Tiba2 sampai kat Kerambit, ada satu kereta ni masuk lane kami, terus bertembung dengan kereta arwah. Saya dengar lelaki tu mabuk. Suami arwah kena hantar ke Temerloh". Panjang cerita adik si arwah kat aku.

"Apa cerita suami arwah Zek?" Aku memandang Dr. Zakiran.

"Teruk bos. ICB (Intracranial bleeding), intra-abdominal injury, pelvic open-book fracture and bilateral femur fracture".

"Sampai Hoshas teruk intubate bos. Wife saya yang hantar patient tu ke Hoshas semalam". Dr. Keng menambah.

Ajal tidak mengenal usia. Arwah meninggal dalam usia yang amat muda. Aku masuk ke ot (operation theatre) dalam keadaan emosi yang terganggu. Terganggu dengan perasaan marah terhadap Mat Salleh yang memandu dlm keadaan mabuk.

Terperangkap dalam ethical issues - sebagai seorang doktor yang harus merawat pesakit dan sebagai seorang manusia biasa yang punya perasaan marah apabila ini semua berlaku. Ethical issus yang terpaksa dihadapi orang seorang doktor saban hari. Kalau diikutkan perasaan amarah, tidak hingin aku mengadap muka Mat Salleh tu. Sama juga ketika merawat penjenayah - perompak, pembunuh dan perogol.

Aku pernah melakukan operation bagi menjahit urat kaki yang putus dan memasang besi pada tulang kaki perompak yang patah akibat terjatuh semasa lari dari polis. Ingin saje aku silang2 kan urat kaki perompak tu atau aku potong tulang kaki tu supaya pendek. Biar tempang perompak ni. Biar dia tak mampu lagi berlari atau nak merompak lagi.

Namun, sebagai seorang doktor, betapa jahatnya seorang pesakit itu, perompak ke, perogol ke, penagih dadah ke, dia tetap seorang pesakit. Dia harus dirawat dgn sebaiknya. Seperfect yang boleh. Kena selalu senyum dan manis muka bila berbicara.

Mulia sungguh bukan? 


8 comments:

  1. Tahniah Dr.... Bukan mudah kerja Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Misa, terima kasih. Sebenarnya byk lagi cerita2 sebegini. Kalau ada sedara-mara misa yang bertugas sebagai doktor, mesti byk cerita2 yg boleh dia kongsikan. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada kita semua, aamiin.

      Delete
  2. assalamulaikum tuan..
    untuk makluman pihak tuan.,suami arwah yang berada di hospital temerloh telah kembali ke rahmatullah pada 10 januari 2013 jam lebih kurang 10 malam...
    jenazah dikebumikan tanah perkuburan Batu 18Hulu Langat,Selangor.
    arwah adalah sahabat yg disenangi rakan-rakan..
    terima kasih diatas keprihatinan doktor merawat anak mangsa dan kisah arwah...

    ReplyDelete
  3. mangsa kemalangan di Kerambit (suami) merupakan seorang yang aktif dalam sukan bola sepak dan futsal. arwah terkenal dengan sifat kesungguhan, ketegasan dan ketegasan di dalam padang. arwah juga disegani dan dihormati ketika bermain.

    saya yang baru 2 tahun lebih menjadi pengurus pasukan futsal yang diwakili arwah berasa amat kehilangan ketika ini. namun apakah daya....

    untuk tahun 2013 ini kami telah merancang untuk meningkatkan dan mengembangkan pengetahuan kami dalam sukan futsal dengan menyertai kursus asas kejurulatihan. tapi kita hanya manusia biasa yang mampu merancang, Allah jua menentukan segalanya.

    banyak yang ingin disampaikan di sini, namum biarlah saya simpan di hati. mungkin belum masanya lagi.

    semoga Allah memberi kekuatan dan semangat kepada kami untuk meneruskan aktiviti kami. semoga Allah juga menempatkan arwah dan isteri di golongan hamba-hambaNya yang mulia.

    damailah kau di sana, sahabatku.....

    ReplyDelete
  4. bertugas dalam bahagian perubatan mmg banyak cabarannya. Semoga kita bekrja dgn sebaiknya :)

    ReplyDelete
  5. The DE particles act to puncture the exoskeletons of most insects,
    mites, fleas, ticks, etcetera, causing them to die by dehydration.
    Due to the popularity of organic gardening, organic potting soil
    and compost are available at most garden centers. Wood can be
    used as long as it's not treated with chemicals.

    Also visit my blog magneto

    ReplyDelete
  6. Apply 2 to 3 inches of mulch over the plants root system once all foliage is removed and discarded.
    Cypress mulch has organic compounds that are allelopathic.
    Sure, you had your occasional exception that stupidly
    borrowed from the local loan shark, but most learned to live on less.


    Also visit my web blog - mulching

    ReplyDelete
  7. Samuel Huntington's Clash of Civilizations, wherein the Judeo-Christian West vs. The newspaper printing machines available online these days are superior in performance. Professional newspaper reporter must be acquainted with all aspects of human activities. 'There is no middle way for Americans,' they write. Once you start packing with regular newspaper, 2 primary disadvantages become quickly apparent.

    Here is my website; egyptian newspapers

    ReplyDelete