Assalamualaikum,
Saya mengenali seorang saudara seIslam bernama
Dhiya'ul Islam. Kami hanya berkenalan di alam maya, di Facebook, entah bila dan siapa-yg-add-siapa pun saya tak pasti. Namun yang pasti, status2 yang beliau tulis amat menusuk qalbu, menyedarkan diri dan merapatkan diri agar kembali ke jalan yang diredhai. Aku tidak mengenali beliau, berapa umurnya, bagaimana rupanya, mcmana suaranya, tapi hati ini merasa dekat dengan beliau, merasa kasih kepada beliau...SubhanaAllah
Beliau memberi kebenaran kepada saya untuk berkongsi status2 dan post2 beliau yang tertentu agar menjadi renungan bersama. Beliau hanya inginkan keredhaan Allah swt. Saya mmg amat kagum, masyaAllah. Semoga Allah swt memberi beliau ganjaran di dunia dan akhirat, semoga Allah memberi rahmah Nya kepada kita semua, menunjukkan jalan yang lurus dan memasukkan kita semua ke dalam Jannah, ameen.
Semoga kita sama2 dapat mengambil pengajaran.
Perkongsian 1 - 18/10/2011
HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI :
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti
"...Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari
hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal
kita pada hari yang kedua..."
HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS :
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
"...Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah
pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam
menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk
meninggalkan dunia yang fana ini..."
HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah
"...Terpulang pada kita untuk mencari keredhaan atau kemurkaan Allah
Ta'ala, kerana kita sudah dibekalkan dengan iman didalam hati, islam
pada jiwa dan akal sebagai manusia yang sempurna. Tiada alasan untuk
menuju kemurkaanNya melainkan dibalasi dengan seksa api neraka..."
HIDUP KITA YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
1. Kekal didalam neraka
2. Kekal didalam syurga
"....Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya
diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula
ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia keseluruhan..
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh
fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SYAHADAH. Namun bukan semudah dengan ucapan, namun
ia perlu dibuktikan disepanjang kehidupan dalam mencari bekalan untuk
memiliki syurga Tuhan...."
Oleh itu, tidakkah kita semestinya
bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita....
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita
berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita
kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk
kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai. Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment