Friday, October 28, 2011

Final Exam hanya sebahagian dari cubaan kehidupan!

Assalamualaikum,

Seminggu tak update blog. Terpaksa fokus kepada mengulangkaji pelajaran untuk final exam next week, 1-2 November 2011(Selasa dan Rabu) untuk written paper dan insyaAllah clinical exam pada 14-17 November nanti. InsyaAllah kali ni akan pass. Dah 3 kali aku gagal sebelum ini sejak first attempt pada Mei 2010. Member2 semua dah jadi Orthopaedic surgeon. Seronoknya bila lulus!!

Ini lah yang dikatakan rezeki masing2. Aku selalu dicuba dengan kegagalan dalam peperiksaan sejak di universiti. Kena ambik exam beberapa kali baru pass. Tapi akhirnya akan pass juga, alhamdulilLah. Dan pasti kegagalan ini menjadikan aku lebih tabah dalam menghadapi hari2 mendatang.

Exam minggu depan ni merupakan attempt aku untuk kali ke-4 dalam Conjoint Board of Orthopaedic (CBO) final Part 2 exam. Bila lulus nanti, pada petang 17 November aku akan bergelar Pakar Ortopedik, ameen.

Sesetengah orang begitu mudah sekali pass exam mereka. Sekali ambik dah pass. Senang sangat Allah bagi mereka pass. Walaupun aku tengok mereka tak rajin solat jemaah, tak tutup aurat, bergaul bebas, tak buat amalan sunat (mungkin di belakang aku diaorang buat kut) Allah mudahkan mereka. Sedangkan ada rakan aku yang selalu berjemaah di masjid, buat solat dhuha dan solat sunat yang lain serta baik budi pekertinya, Allah masih tangguhkan kemanisan mengecap kejayaan dalam peperiksaan ini....

Mungkin ini istidraj... Siapa lah kita untuk menilai nikmat dan cubaan ini.

Aku cuma berfikir...cubaan ini hanya sedikit berbanding nikmat yang aku terima. Nikmat hidup, nikmat Islam dan Iman, nikmat pancaindera yang dipinjamkan, nikmat makanan (tadi baru makan satay hehe), minuman, kesihatan, isteri dan anak2, ibubapa dan keluarga, tempat tinggal bla bla bla...tidak terkira Ya Allah...

Jadikan lah aku hamba Mu yang bersyukur Ya Allah!

Usaha, berdoa dan bertawakkal. Aku berdoa agar Allah memberi kejayaan kepadaku kali ini...bukan untuk aku, tapi untuk Ibu aku. Kesian kat Ma, dah lama dia menunggu saat2 kejayaan ini. Aku pernah menangis terkenangkan Ma. Aku ingin sekali melihat wajah gembira Ma...

Semoga Allah kabulkan...ameen, ya rabbal 'alameen.

6 comments:

  1. InsyaAllah Din kita berjaya kali ini..Ini semua cabaran dan dugaan hidup Din...InsyaAllah kita sama2 berjaya, Amin.

    ReplyDelete
  2. "Success is sweet: the sweeter if long delayed and attained through manifold struggles and defeats " (A. Branson Alcott)

    All the best a.din :)

    ReplyDelete
  3. @Yah - Terima kasih. Kejayaan dan Kegagalan kedua-duanya adalah ujian daripada Allah. Kadang2 kita gagal untuk melihat rahsia disebaliknya.

    Yang pasti, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah nya.

    Manusia mmg selalu berkehendakkan kejayaan. Namun bila berjaya, ramai yg tidak bersyukur. Lebih ramai yang kufur nikmat.

    ReplyDelete
  4. good luck abg din, ya tau abg din dah jadi semakin tabah dari hari ke hari. betapa Allah sayang ke abg din, nk dgr abg din doa n merintih merayu mintak lulus exam. all the best bro!!

    ReplyDelete
  5. insyaAllah siapa yg lg byk diuji dan die redha dan tabah menghadapinya, darjatnye lebih tinggi disisi Allah.. all the best a.din, semoga lulus cemerlang kali ni, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. salam syg, i'm so glad to read ur entry this time, indeed it has given u a different view of all that happened in our lives.. i have faith in u, darlin'... He loves u very much, in every step of ur life.. just hold on, let's keep praying.. i'm very confident that u'll succeed this time round, no doubt.. thank u Allah, thank u abg.. i love u with all my soul..

    ReplyDelete