Monday, October 31, 2011

Pesan Ibu

Assalamualaikum,

Esok adalah hari penentuan buat ku dan rakan2 tahun akhir Sarjana Ortopedik. Semoga apa yang kami pelajari diberkati Allah, dan semoga esok kami semua mendapat pertolonganNya.

Sebentar tadi aku mendapat panggilan dari Ibu ku. Setiap perbualan dengan ma memang istimewa. Aku tidak pernah puas berbual dengan Ma. Rasanya setiap anak begitu. Aku sedaya upaya akan cuba untuk berbual dengan Ma sekurang-kurangnya selang sehari. Kalau kita boleh telefon ibu kita hari-hari lagi bagus.

Cuma ibu dan bapa sahaja yang tahu kerinduan terhadap anak masing2. Percayalah. Setiap saat mengingati anak - anak buat apa, makan apa, kerja macamana, ada masalah ke...anak2 biasanya tak ingat sangat dengan ibubapa masing2, terutamanya yang dah dewasa dan dah kahwin...mereka akan fikir pasal anak2 sendiri pulak. So, tolong call ibu anda sekerap mungkin, kalau tak dapat hari2 pun, selang sehari. Seorang ayah sedara saya siap membelikan handphone untuk ibunya (Tokma saya) semata-mata supaya mudah untuk bercakap dengannya, dan ayah sedara saya ni menelefon ibunya 2 kali sehari...besarnya ganjaran beliau disisi ALlah!

Tadi aku berborak lebih kurang setengah jam dengan Ma. Ma bercerita tentang pelbagai perkara - Trip ke Penang, next trip ke Bandung, pastu nak ke Beijing...sukanya Ma dapat gi jalan2. Pastu sambung pulak cerita pasal Ma sekarang selalu tengok rancangan 'Tanyalah Ustaz' - macam2 perkara yang Ma belajar mengenai agama, aku terhibur. Dengar suara Ma macam menjadi keperluan, macam 'booster dose' untuk aku meneruskan hidup.

Ma berpesan agar aku bertenang semasa menjawab soalan, sentiasa ada keyakinan kepada diri dan paling penting percaya bahawa Allah akan membantu diri kita. InsyaAllah, akan aku ingat pesan Ma.

Aku bertekad untuk memberikan yang terbaik kali ni, insyaAllah. Semoga Allah merahmati ibu ku, mengampuni segala dosa, memurahkan rezeki dan memanjangkan umur beliau dan memasukkan beliau ke Jannah, akan aku doakan ibu ku dalam setiap doa ku, ameen.

4 comments:

  1. wuwuwuwu rindu ma.. adik kalau call ma mesti xdok topik, ckp pon less than 20 mintutes..

    anyways, all the best a.din! hanya doa yg mampu adik titipkan, hehe.

    ReplyDelete
  2. @Adik - Hmmm...yg penting kita cakap sokmo dgn Ma. Dengar cerita ada orang tu nok gi Beijing dgn Ma......hehe

    ReplyDelete
  3. hahaa, ye betol cerita yg a.din dgr tu :) alhamdulillah murah rezeki adik bleh gi jalan2.

    ReplyDelete
  4. Semoga urusan Doktor dipermudahkan.
    Bestnya jika ada ibu, sy cuma ada
    memori bersama ibu.

    ReplyDelete