Kita semua telah mendengar pembentangan bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri kewangan petang tadi.
Perkara2 yang berkenaan dengan kakitangan awam, secara kesimpulannya:
- Bonus separuh gaji atau minimum RM500 pada bulan disember 2011
- Kenaikan gaji tahunan sebanyak RM80-RM320 (mengikut gred gaji)
- Lanjutan umur persaraan ke 60 tahun (daripada 58 tahun sekarang)
- Wujud lebih banyak tangga gaji, oleh itu gaji maksimum yang lebih tinggi
- Menambahbaik struktur gaji penjawat awam dengan kenaikan antara 7-13 %
Secara spesifik untuk sektor kesihatan pula:
- Elaun flexi duty RM600 (untuk houseman sahaja)
- Kenaikan oncall claim sebanyak RM30-RM80 untuk pegawai perubatan
- Naiktaraf Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya
- Pembinaan Hospital Wanita dan Kanak2
- Penambahan 50 Klinik 1Malaysia, dan 81 Klinik Kesihatan
Kalau nak baca bajet 2012 yang lengkap boleh baca disini
Saya memang amat bersyukur dengan bajet kali ini, alhamdulilLah. Cuma saya rasa kecewa dengan sesetengah rakyat Malaysia yang tak tahu bersyukur. Tak pernah nak berterima kasih dengan apa yang diberi.
Memang lumrah manusia, tidak pernah puas dengan apa yang ada dan apa yang diberi. Sekiranya diberi satu sungai yang mengalir emas sekali pun, manusia akan berkata "kalau lah aku ada 2 sungai emas ni..."
Allah berfirman yang mafhumnya, "kalau kamu bersyukur, maka akan Ku tambahkan lagi, tetapi sekiranya kamu kufur (tidak bersyukur), sesungguhnya azab Ku amat lah pedih"
Agaknya, sebab itu lah sekarang ni ramai orang yang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Hidup susah, duit tak pernah cukup, fikiran serabut, hati tak tenang....mereka tidak bersyukur.
Tak payah la nak berdengki dengan orang lain, dengki dengan golongan guru yang dapat kenaikan gaji, dengan pesara2, tak bersyukur dengan subsidi yang diberi, dengan segala kemudahan yang disediakan, keamanan negara dan lain2.
Cuba lah berlapang dada.... bersyukur dan berterima kasih. Rasanya, dengan bersikap begitu hidup kita lebih tenang, bahagia, murah rezeki dan dirahmatiNya, insyaAllah.
This is what I think.
this is what i think too :) dkt fb ada kwn mrh2 sbb xpuas hati..rasa nak hide je sume..hehe...
ReplyDeletelumrah manusia abg din. x puas ati, mst la merungut. malaysia kan demokrasi. hoho.
ReplyDeletealhamdulillah...terima kasih....saya sangat2 bersetuju dengan coretan Dr. di atas...harap sangat lebih ramai manusia yang berpandangan sebegini..:)
ReplyDeletenice abg kuss
ReplyDelete1Malaysia - rakyat didahulukan... kut... hehehe
ReplyDelete