Friday, March 11, 2011

Ingat Ingat Lupa...

Assalamualaikum,

Dah nak muntah rasanya buat revision petang ni...nak break kejap.

Tadi masa balik solat jumaat di surau PPUKM ni, aku terserempak dengan sorang medical student tahun akhir. Berborak sambil jalan2 ke library. Dia kata, masa sekarang ni, surau kat kampus Tun Dr. Ismail tu penuuuhhhh sangat2. Aku tanya kenapa? Dia kata, sebab exam minggu depan. start hari Isnin.Hehehe, patut la....

Aku kata, manusia ni macam tu la, masa susah baru nak nak ingat Allah, nak mintak tolong dari Allah. Bila dah lulus periksa, terus lupa. Balik asal, buat balik dosa, lengang balik surau2 tu. Dia kata, memang pun camtu, biasa la....sedih betul.

Agaknya sebab tu la hidup kita ni kurang berkat, kita cuma ingat Allah time susah saje, time senang kita asyik lupa kepada Nya...

No comments:

Post a Comment