Monday, March 21, 2011

Teka-teki 1

Assalamualaikum,


Pagi tadi anak saya yang kedua, Nabila, 5 tahun sibuk bertanya itu dan ini.
Kat tangan kanan dia ada sebatang pensil, dan di tangan kirinya ada sehelai kertas....


Nabila: "Papa, tengok Na tulis ni"...(dia membahasakan dirinya Na)
Aku: "Na tulis apa ni?"
Nabila: "Ni nombor Enam belas"
Aku: "Kenapa nombor enam Na terbalik?" (Nombor 6 ditulis macam huruf d)
Nabila: "Mana ada Papa, betul la ni"....dia terus lari ke meja makan


* Nabila ni memang dari kecik lagi amat tetap pendiriannya...tak mudah nak digertak, melainkan kita bagi hujah yang bernas dan masuk dek akal dia tu, barulah dia terima....*

Selang 5 minit...

Nabila: "Papa, dua belas tambah tiga belas berapa?"
Aku: "Dua puluh Lima"...aku jawab perlahan
Nabila: "Berapa Papa?" Na tanya sekali lagi, tak dengar agaknya.
Aku: "Dua puluh Lima"
Nabila: "Ok...."



Selang 2 minit...

Nabila: "Papa, tengok ni...Dua puluh Lima"
Aku: "Ni bukan Dua puluh Lima Na..."
Nabila: "Iye la Papa, ni Dua puluh Lima...tadi Papa kata Dua puluh Lima...." *sambil buat muka masam*

Aku (dalam hati): Bertuah punya anak....

*cuba teka apa yang Nabila tulis*
(scroll cursor....jawapan ada kat bawah....)


























205

Betul tak Dua puluh Lima???
Kuikuikui....

*Smile*

2 comments:

  1. kuang.. kuang.. kuang.. pandai anak mama!

    Mama Shahnaz

    ReplyDelete