Thursday, March 31, 2011

I am so happy and grateful!

Assalamualaikum,

AlhamdulilLah....macam ni rupanya rasa gembira apabila anak2 didik lulus dalam peperiksaan mereka. Tak terkira....tak tergambar dengan kata2.

Walaupun aku bukannya seorang pensyarah, tapi aku memang suka mengajar. Tidak berbayar pun, sekadar suka2. Cuma sebelum ni, sekadar mengajar di sebelah pesakit semasa pemeriksaan (round) pagi. Baru2 ni, aku buat kelas tutorial, discussion dan bedside teaching dengan final year medical students (dalam 6-10 orang) yang mintak tolong aku ajar mereka.

Dan, alhamdulilLah, mereka semua lulus dalam peperiksaan akhir mereka, they are now, officially, doctors. Aku tahu, betapa gembiranya perasaan mereka, aku pun pernah melaluinya, 9 tahun lalu. Lebih2 lagi ibubapa mereka, mesti mereka gembira.

Buat Ain (colour merah sbb jadi ketua kumpulan *smile*), Dalila, Aishah, Zalikha, Nazhirah, Aniza dan mmm...mmm...ramai lagi...tak sempat nak hafal sbb ramai sangat....

Tahniah kerana dah bergelar doktor. Bukan semua orang mampu menanggung tanggungjawab yang kita galas ni. Tugas sebenar baru sahaja bermula. Kerja dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab, sebarkan ilmu, dan teruskan hadiri usrah.

I am so happy, proud and honoured to teach all of you, we really had fun time during our discussion of heavy orthopaedic topics and I pray to Allah that all of you will serve our people and nation well, insyaAllah.God bless all of you, ameen.*yeay*

PS Jangan lupa doakan saya dan rakan2 saya lulus dalam exam kami yer, dah dekat dah ni, 18 hari lagi *kecut perut*

Saturday, March 26, 2011

Belalang Oh Belalang!

Assalamualaikum,

Saya baru saje sampai ke rumah daripada Penang. AlhamdulilLah, dah berakhir Survival Course. Very useful, especially mock viva and short cases. I managed to practice 4 cases on my own and answers 4 viva questions. Really, it was an excellent exposure to many clinical cases. It can also be regarded as a process of 'desensitization' and familiarization with many of the experienced senior examiners. And, we'd learned many new things too! *satisfied*

Yeah....just remember.


Saya nak share satu lagi teka-teki yang ditanya oleh anak Dr. Sabarudin kepada kawan baik saya tu:

Soalan: Dalam banyak2 belalang, belalang apa yang boleh melompat lebih tinggi dari bangunan KLCC?


Okey, siapa pandai boleh jawab *smile*

By the way, just in case tak terbaca my last post, jawapan utk teka-teki gajah hari tu ialah 'nampak pelik'. Iya la, kalau gajah terbang memang la pelik kan? Betul tak? *LOL*

Wassalam.

Friday, March 25, 2011

Penang Trip

Assalamualaikum,

I am currently in Penang for the Orthopaedic Survival Course, an annual 1-day course, scheduled for tomorrow in Penang General Hospital.

Along with 5 other orthopaedic doctors - Dr.Sabarudin, Dr. Azrin, Dr.Nino. Dr.Ed and Dr.Shaidi, we departed from PPUKM at 9am this morning with my Toyota Estima. We had a good breakfast at Irshad Restaurant near Bandar Permaisuri.


We stopped at Changkat Jering for Friday prayer (it was my first time there *smile*).

We met an 86 years old uncle, a very healthy, polite, cheerful, and talkative. While eating banana, he shared with wisdom with us.

Ed: "Pakcik nampak sihat yer pakcik"
Tuan haji: "AlhamdulilLah sihat. Anak2 pakcik ada yang dah bertongkat, tapi pakcik masih kuat berjalan dan bawak motor" *smile*
Aku: "pakcik asal sini ke?"
Tuan Haji: "Yer. Asal sini, keluarga besar. 9 anak, 46 cucu, 16 cicit *smile* Nak sihat ni ada rahsianya..."

All of us kept quiet. Waiting for him to continue...

Tuan haji: "Every morning, after subuh prayer, I'll go down to the ground, doing daily chores, cleaning houses and rubbish on the ground, let the sun shines onto me".

We nodded

Tuan haji: "I don't like to rest and lie doing nothing like other old peoples. That will make you weak"

Tuan haji: "Follow what the prophet Muhammad saw teaches: Eat only when you're hungry, stop before you're full. Drink from a glass in many sips, and not finishes the whole drink in a go".

We nodded again. We thank the uncle for sharing his wisdom with us.

The conclusion:
1. Do daily exercise
2. Morning exposure to sun is good!  (don't forget vitamin D metabolism) *smile*
3. Eat only when you're hungry, stop before you're full
4. Drink slowly in multiple sips from a glass of water (as if you're drinking a hot drink)

Let's practise!

We arrived in Penang at 4:30pm. The traffic was good except for a delay during our travel crossing the Penang bridge. We can see the Penang second bridge construction project being in progress. We stay in Mingood Hotel, not far from Komtar. I am staying with one of my best friends, Dr.Sabaruddin. The other four stay in two other rooms.

Hope to gain the maximum and optimum benefit from the survival course tomorrow, insyaAllah.

Thursday, March 24, 2011

Gajah terbang...A flying elephant!

Assalamualaikum,

Ada satu hari, anak sulung saya, Maisarah 8 tahun bertanya kat saya:


Kak Long: "Papa, Kak Long ada satu teka-teki".
Aku: "Apa dia Kak Long?"
Kak Long: "Papa, kalau gajah terbang nampak apa?"
Aku: "Errr...nampak belalai dia la..."*laugh*
Kak Long: "Salah"
Aku: "Err....dah tu nampak apa? Takkan hidung kut? Nampak gading dia?" Aku teka lagi
Kak Long: "Bukan la..." *smile*
Aku: "Dah tu nampak apa?"

Cuba teka apa jawapannya....



Gajah terbang nampak apa?













Nak tau? Jawapan kena tunggu next entry la *kihkihkih*
Kasi suspen sikit....

Monday, March 21, 2011

Teka-teki 1

Assalamualaikum,


Pagi tadi anak saya yang kedua, Nabila, 5 tahun sibuk bertanya itu dan ini.
Kat tangan kanan dia ada sebatang pensil, dan di tangan kirinya ada sehelai kertas....


Nabila: "Papa, tengok Na tulis ni"...(dia membahasakan dirinya Na)
Aku: "Na tulis apa ni?"
Nabila: "Ni nombor Enam belas"
Aku: "Kenapa nombor enam Na terbalik?" (Nombor 6 ditulis macam huruf d)
Nabila: "Mana ada Papa, betul la ni"....dia terus lari ke meja makan


* Nabila ni memang dari kecik lagi amat tetap pendiriannya...tak mudah nak digertak, melainkan kita bagi hujah yang bernas dan masuk dek akal dia tu, barulah dia terima....*

Selang 5 minit...

Nabila: "Papa, dua belas tambah tiga belas berapa?"
Aku: "Dua puluh Lima"...aku jawab perlahan
Nabila: "Berapa Papa?" Na tanya sekali lagi, tak dengar agaknya.
Aku: "Dua puluh Lima"
Nabila: "Ok...."



Selang 2 minit...

Nabila: "Papa, tengok ni...Dua puluh Lima"
Aku: "Ni bukan Dua puluh Lima Na..."
Nabila: "Iye la Papa, ni Dua puluh Lima...tadi Papa kata Dua puluh Lima...." *sambil buat muka masam*

Aku (dalam hati): Bertuah punya anak....

*cuba teka apa yang Nabila tulis*
(scroll cursor....jawapan ada kat bawah....)


























205

Betul tak Dua puluh Lima???
Kuikuikui....

*Smile*

Sunday, March 20, 2011

Unknown...

Assalamualaikum,

We had an unplanned outing last nite,
Just my wife and I, dating hehehe *wink*


We were studying in the hospital library when my wife came out with the crazy idea at 11pm,
We did a quick search on the net - Cinema.com: Suria KLCC versus Cheras Leisure Mall
Big Mama....Unknown....Merong Mahawangsa.....I am Number 4....World Invasion: Battle L.A...and a couple of Cantonese movies...."what shall it be dear?"


And we gave 'Unkown' a shot...had an excellent thumbs-up impression about the movie by Erhan (my brother-in-law-to-be)


And then...off we went at 11:20pm
Arrived at KLCC at 11:40pm
Bought the tickets at 11:45pm,
Grapped a bucket of popcorn at 11:53pm,
And took our seats at 11:55pm - right on time!


Unknown....
What a movie,
Intrigueing really,
We watched late-nite show - screened at 11:55pm,
Talking bout d movie throughout our journey back home...*trying to figureout what a number of scenes really meant)
Safely arrived back home at 2:30am.


My wife said, "this is one of the secret of the happiness of our marriage"

* Studying together
* Eating together
*Walking together, and
* Spending time-out together, at least once a week, without our kids around hehehe *smile*
(Many more actually...)

Wokay, enough of storytelling....time for prayer...
wassalam.

Thursday, March 17, 2011

Exam!

Assalamualaikum,


AlhamduliLah, petang tadi dah selesai melalui mock final exam - Best Answer Question (BAQ), Short case clinical examination dan Viva session.Gelabah jugak la masa buat clinical examination tu. Prof. Hassan took me for the cases. AlhamdulilLah, I passed the exam. Terima kasih kepada MR.Yazid Bajuri (YB) yang organize exam ni, very2 beneficial experience for the candidates. And also, my gratitude to all specialists that took us for the exam. May Allah bless you all.


Tinggal lagi 4 minggu atau 30 hari aje sebelum final Conjoint Board of Orthopaedic (CBO) examination. Written paper akan diadakan di PPUKM pada 18 April dan calon yang lulus akan sit for the clinical part yang akan diadakan di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan pada 15 May 2011. Harapnya kali ni semuanya berjalan lancar dan lulus dengan cemerlang, ameen. Tolong doakan yer.


Okay...sambung belajar balik.


Wassalam.

Saturday, March 12, 2011

Akhir Zaman dan Tanda-tanda Kiamat

Assalamualaikum,

Semalam Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Ricter, katanya yang terburuk sejak lebih seratus tahun lalu. Lepas tu berlaku Tsunami di pesisir pantai Jepun. Beratus-ratus orang maut. Ada kebarangkalian tsunami ini akan melanda negara2 sekitarnya.


Berita pagi tadi pulak menunjukkan gempa bumi yang melanda timur China, habis ranap bangunan. Mudahnya kalau Allah nak menghancurkan manusia dan segala benda yang ada di muka bumi ini dalam sekelip mata.


Minggu lepas, gempa bumi melanda Christchurch, New Zealand, negara yang pernah saya belajar lebih 10 tahun yg lalu. Hampir seratus maut.

3 gempa bumi dalam masa 10 hari....

Ini adalah antara tanda2 akhir zaman dimana berlaku banyak gempa bumi. Itu kiamat besar. Kiamat kecil berlaku apabila kita meninggal dunia.Tak takut ke? Kita masih lalai dalam kehidupan seharian kita di muka bumi ni.  Seolah-olah menongkat langit. Entah esok atau lusa kita akan meninggal, kita tak tahu.

Saya nak berkongsi 10 tanda2 akhir zaman.

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

Dipetik dari website: http://40hadith.blogspot.com

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslim)
 
 
Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".


Marilah sama2 kita bermuhasabah diri setiap hari. Apa benda2 baik dan buruk yang kita dah buat setiap hari. apa persiapan kita utk kematian yang akan tiba pada bila2 masa.


Aku insaf. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada kita semua. Ameen.

Friday, March 11, 2011

Ingat Ingat Lupa...

Assalamualaikum,

Dah nak muntah rasanya buat revision petang ni...nak break kejap.

Tadi masa balik solat jumaat di surau PPUKM ni, aku terserempak dengan sorang medical student tahun akhir. Berborak sambil jalan2 ke library. Dia kata, masa sekarang ni, surau kat kampus Tun Dr. Ismail tu penuuuhhhh sangat2. Aku tanya kenapa? Dia kata, sebab exam minggu depan. start hari Isnin.Hehehe, patut la....

Aku kata, manusia ni macam tu la, masa susah baru nak nak ingat Allah, nak mintak tolong dari Allah. Bila dah lulus periksa, terus lupa. Balik asal, buat balik dosa, lengang balik surau2 tu. Dia kata, memang pun camtu, biasa la....sedih betul.

Agaknya sebab tu la hidup kita ni kurang berkat, kita cuma ingat Allah time susah saje, time senang kita asyik lupa kepada Nya...

Amanat Terakhir Muhammad RasululLah





1. Jiwa dan HARTA setiap orang Muslim adalah sebagai amanah suci. KEMBALIKAN HARTA yang diamanahkan kepada kamu kepada PEMILIKNYA YANG BERHAK.

2. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

3. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

4. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

5. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

6.Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka (isteri) juga mempunyai hak ke atas kamu (suami). Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan
hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

7.Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.

8.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

9.Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

10. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu.

11. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.

Semoga menjadi pedoman dalam kehidupan seharian kita.

Thursday, March 10, 2011

Congrats Malaysia!

Wahh!

Excellent news!

The Malaysia National Soccer team has managed to breeze into the second stage of the 2012 Olympic qualifying round. Malaysia drew with Pakistan yesterday and secured a 2-0 score on aggregate. The second round match will be sometime in June or July this year.

Okay, enough of sport.

I'm gonna face my mock exam next thursday (17 march 2011). It will be a Best Answer Question (BAQ) paper in the moring, followed by a Short case examination and a viva in the afternoon. Hope everything will go well, insyaAllah.

Please pray for me.

Wednesday, March 9, 2011

Soccer match in Lahore, Pakistan

Assalamualaikum,

Patutnya malam ni jam 11 malam, ada siaran langsung perlawanan kedua bolasepak kelayakan Olimpik Malaysia lawan Pakistan. Tapi tadi check, rupa-rupanya tak dapat buat siaran langsung sbb teknikal problem oleh pihak Pakistan. Entah apa teknikal problem pun ntah...mmmm.

Takpe la, dapat extra 1 jam masa belajar malam ni hehehe. Kalau tidak dah terpacak depan TV Astro 801 tengok bola ni...Kelakar, member2 lain tengok EPL dan Spain League, aku tengok team Malaysia lawan, patriotik la tuh hehehe.

Harap2 nya menang la team Malaysia. First match dulu Malaysia menang 2-0. Malaysia baru layak 2 kali ke Olimpik, harapnya kali ni akan catat sejarah lagi. Amin.

Sama2 berdoa yer...See you later...

Wednesday, March 2, 2011

Air mata jantan...

Assalamualaikum,

Petang tadi saya ke Tesco Cheras untuk urut badan ni...lenguh2 sebab dah lama tak service. Macam kereta jugak, kalau dah lama tak service, meragam la dia. Sakit pinggang, mungkin sebab asyik dukung budak Hasif yang prasan ringan tu, aduih....

Boleh tahan jugak budak lelaki cina tu urut, sampai keluar air mata jantan aku ni...errkkk. Sedap dia siku pinggang aku ni hehehe. Lepas disiku, dilututnya pulak, terbeliak bijik mata ni hah....arrkkk. "Kalau sakit tarik nafas yer..." pandai la ko, aku nak bernafas pun tak lepas ni, nak tarik nafas aje, ko siku, nak tarik aje, ko lutut...nasib baik takde penyakit semput.....

Lepas sejam di service, baru lega. Sebagai upah menahan sakit, dia bagi aku minum air teh cina hehehe. Duduk kejap baca Metro kat kedai dia...rehat jap, dah bayar RM55, pastu baru balik rumah. Dah sampai rumah, terus si kecik yg prasan ringan tu mintak dukung..."uwee...uwee"- (maknenya nak dukung la tu, bahasa pelat dia, uwee=dukung, bunyi langsung tak sama). Dah...lepas dukung 2 minit, lenguh balik belakang pinggang ni hah....aduih, terbayang siku budak cina tadi....tak tahan aku. cukup la....makan panadol la pulak...

Okay, cukup la cerita urut ni....nanti bukak cerita lain pulak....

Tuesday, March 1, 2011

A week full of packed schedule

Assalamualaikum,

Today is just the second day of the national Orthopaedic Intensive Course for Master students all over Malaysia. We gather in PPUKM for a week to listen to lectures of orthopaedic conditions, current updates in the management and also discuss how to approach the problems encountered. In the afternoon we have OSCE (stands for: Objective Structured Clinical Examination, i think) and clinical sessions.

Yesterday we had an excellent updates on spine discipline followed by a combination of paediatrics, rehabilitation medicine and foot and akle disciplines today. Tiring but rewarding. I sat in the front row so that I can ask question and also got asked (so that I can practice answering them!). Most importantly, I will not fall asleep hehehe

Anyway, tomorrow's session will be on hand and oncology disciplines. Need to do some reading now.

Bye.