Friday, December 28, 2012

Tiada lagi Syurga buat Mu

Assalamualaikum,

Seorang nenek berkerusi roda masuk ke bilik consultation saya di Hospital Raub. Hari itu merupakan giliran saya untuk melihat pesakit kami di Hospital Raub. Saya dan Mr. Jamal akan bergilir-gilir ke Hospital Raub dan Hospital Bentong setiap 2 minggu untuk Orthopaedic Surgeon Visiting Clinic.

Nenek kelihatan ceria. Kerusi roda nenek ditolak oleh anak dan cucu perempuannya.  "Nenek sihat?" Saya memula bicara. "Sihat doktor, kaki pun dah baik". Hanya kaki kanannya yang kelihatan. Kaki kirinya sudah tiada, sudah dipotong. Mereka bertiga tersenyum kepadaku.

Nenek ini mengajar saya satu lagi erti kehidupan. Betapa kejamnya seorang yang bernama anak. Betapa malangnya nasib seorang ibu. Sedangkan syurga di bawah tapak kakinya...dibuangnya syurga kerana wanita yg bernama 'isteri'...


6 minggu sebelumnya...


Hari Pertama
Saya melakukan rondaan pagi di wad seperti biasa. 2 orang pegawai perubatan, seorang sister dan 2 orang nurse dan 4 orang student nurse mengiringi saya pagi tu. Nun dihujung cubicle, kelihatan seorang nenek tua sedang terbaring. Kebetulan, nenek itu adalah pesakit terakhir yang saya perlu lihat di wad pada pagi itu.

"This is a 85 year old lady with diabetes, came with swelling and pus discharge from her left foot. She has high grade fever at home. No history of trauma. Her WBC is 20, platelet and haemoglobin are normal. Blood sugar level is currently not controlled. We have started her on subcut insulin". Lancar Dr Zakiran meringkaskan perihal nenek tersebut kepadaku.
 
"Assalamualaikum Nek, saya Doktor Mahyuddin, pakar tulang yer. Nenek apa kabar"? Saya senyum kepada nenek. Nenek hanya terbaring. Kurus kering. Wajahnya bersih. Kulitnya putih tapi kering dan penuh dengan kedutan.

"Kaki kiri makcik dah busuk doktor" Dia membahasakan dirinya makcik kepada ku. Dia masih mampu melontar senyuman. Saya meminta glove dari jururawat. Kaki kirinya saya belek. Tumit kiri dah bengkak, merah dan berbau busuk.

Kaki nenek yang berbau busuk, merah dan mengeluarkan nanah

"Kaki makcik ni ada terpijak apa2 ke makcik?" Saya bertanya lembut.

"Tak kena apa2 pun. Tiba2 aje bengkak doktor". Saya hanya terdiam seketika. Memikirkan mengenai perancangan rawatan untuk nenek ni. Ubat2an dan juga pembedahan. Tumit nenek sudah amat teruk. Busuk dan berbau. Bernanah.  

"Xray please"...Dr Zakiran menghulurkan gambar xray kaki nenek kepadaku.

Hmmm..."What can you see Zek?" Saya bertanya ringkas kepada Dr. Zakiran. Seperti biasa, saya suka melihat cara berfikir pegawai2 perubatan, berkongsi pandangan, berbincang dan mengajar ilmu (yang sedikit ni) yang saya ada.

"Dah ada OM changes". Zek menunjukkan tempat jangkitan kuman, atau Osteomyelitis pada tulang tumit (calcaneum) nenek.

"Makcik dah 3 bulan terbaring macam ni doktor" Nenek bersuara.

"Siapa jaga makcik kat rumah? Makcik ada anak?" Saya memang amat suka untuk ambik tahu mengenai  social background pesakit2 saya. Social background adalah satu faktor yang amat penting yang selalu dipandang sebelah mata semasa rawatan di hospital. Ianya penting bagi mengetahui family support dan juga penjagaan pesakit selepas keluar dari wad.

"Ada, makcik ada 5 orang anak, 4 jantan, seorang perempuan".

"Baguslah makcik, ramai anak, alhamdulilLah" Saya menjawab spontan.

"Bagus apa, harap yang perempuan yg nombor 4 tu aje sorang. Yang jantan semuanya ikut bini". Nenek berkata perlahan, tapi jelas. Mukanya tiada sebarang ekspresi. Ada air mata bergenang dikelopak matanya.

Saya terdiam. "Astaghfirullah al-'azim". Saya bersuara di dalam hati.

Saya memandang kepada Dr. Zakiran dan Dr. Akmanidar. "Kes makcik ni tak simple. Definitely kita nak kena debride the wound, remove the dead tissue over the heel. But kita akan 'expose' kan calcaneumnya. Calcaneum nak kena currette utk remove osteomyelitic bone. She won't be able to weightbear. Healing over the area is poor. I don't think she can tolerate many surgery in view of her age and medical problems. We need to do single definitive surgery.


"This patient is for below knee amputation (BKA) tomorrow, work her up". Saya membuat keputusan. Kaki nenek terpaksa dipotong pada paras bawah lutut bagi mengelakkan jangkitan kuman merebak. Tidak mudah untuk membuat keputusan ni.


Saya duduk di tepi katil, berhampiran kepala nenek. "Nek, saya nak cakap sikit boleh?"

Nenek hanya tersenyum memandangku. "Cakap la doktor. Apa dia?"

"Sebenarnya Nek, jangkitan kuman di kaki nenek ni teruk jugak nampaknya. Kuman tu dah merebak, habis semua isi dan tulang tumit dimakannya. Kalau kita tak buang nanah dan isi buruk tu, nanti ada kemungkinan besar kuman tu akan merebak, naik lagi ke paras atas. Saya risau kalau kuman tu masuk ke dalam darah nenek, ia boleh bagi kesan kepada jantung, paru2 dan buah pinggang nenek, boleh membahayakan nyawa nenek". Saya berhenti seketika. Cuba melihat reaksi nenek.

"Macamana kita nak buat ni doktor?" Nenek bertanya kepadaku. Tenang saje. Tiada sebarang kegusaran pada wajah nenek.

"Nek, nenek tenang yer. Pada pandangan saya, kaki nenek ni tak dapat nak kami selamatkan lagi. Kalau dibiarkan kaki macam ni, kuman tu boleh merebak dan nenek boleh meninggal sebenarnya. Kami rasa, kami terpaksa buang kaki yang busuk ni Nek".

"Doktor nak potong kat mana?" Masih tiada sebarang reaksi pada wajah nenek.

"Bawah lutut Nek. Kami semua nak selamatkan nyawa nenek. Nyawa lebih penting dari kaki". Saya diam seketika. Memberi masa kepada pesakit untuk digest apa yang baru diberitahu. Saya tahu, tak mudah untuk menerima berita sebegini. Yer la, orang nak potong kaki kita, siapa yang nak?

Orang2 kita di Malaysia ni sanggup kehilangan nyawa, asalkan jangan dipotong kaki mereka. Sanggup untuk menahan bau busuk dan sakit kaki dimakan ulat, asalkan jangan dibuang jari mereka. Mereka lebih sanggup keluar wad, at own risk (AOR) discharge untuk berjumpa bomoh dan berubat cara kampung, kalau kita mahu buang jari mereka yang dah busuk. Akhirnya mereka akan datang kembali ke hospital. Biasanya amat lewat. Bila mereka datang sekali lagi, jangankan jari, kaki pula yang terpaksa dipotong. Kadang2 pada paras bawah lutut, kadang2 atas lutut kerana kuman sudah merebak.

Namun apa kata sedara2 atau orang kampung mereka?

"Datang hospital aje, potong...datang hospital aje, potong. Takde kerja lain ke?" Inilah mentaliti kebanyakan orang kita. Hakikatnya, mereka datang lewat kerana pergi berubat kampung dulu, kuman dah merebak ke dalam tulang mereka. Sekiranya tidak dibuang, mereka mungkin meninggal. Kami hanya nak menyelamatkan nyawa. Kami ada kerja lain. Kami bukannya suka sangat nak potong kaki makcik2 dan pakcik2 ni.


Kadang mereka datang dengan keadaan yang amat teruk, di mana kuman sudah merebak di dalam darah, atau sepsis. Lebih teruk lagi, kalau septicaemic shock, dimana mortality rate very high. Mereka mungkin meninggal setibanya di hospital.

Namun apa kata sedara2 atau orang kampung mereka?

"Tu lar, datang hospital lagi, kan dah mati. Aku dah cakap dah. Datang hospital mesti meninggal punya"

Hakikatnya, mereka tiba dengan keadaan terlampau lewat. Dengan multi-organ failure, renal shutdown, heart failure dan lain2. Sekiranya kaki dipotong dan diberi antibiotik yang kuat sekalipun, peluang hanya 50-50. Dalam ertikata lain, kemungkinan untuk meninggal amat tinggi.

"Potong aje la doktor" Nenek senyum, memecahkan lamunanku. Saya senyum kepadanya, mengusap bahu nenek. "Nenek sabar yer".

Sesetengah pesakit maybe in denial state apabila menerima berita buruk. Breaking bad news adalah skill yang tidak mudah dikuasai.

"Be prompt and efficient, we miss the boat, she may lose her life". Saya berpesan. "Ema, please refer to our anaest colleague yer". Aku meminta Akmanidar merujuk nenek kepada doktor bius.


Hari kedua
Aku tiba awal di wad mengingatkan kes2 pembedahan yang akan dilakukan dalam senarai elective kami.

"Macamana kes nenek yang kita nak buat BKA ni Zek?" Saya bertanya kepada Dr. Zakiran setibanya kami di katil nenek tersebut. Kelihatan seorang wanita separuh abad di sisi nenek.

"All blood investigations are normal, chest xray and ECG pun normal. However, because of her age and bed-bound, we do not know her effort tolerance and heart function. Anaest mintak echocardiogram. Kalau takde echo, nak kena high-risk consent". High risk consent memerlukan tandatangan pesakit dan juga seorang ahli keluarga terdekat. Ia memberi maksud pembedahan ni akan mempunyai risiko yang tinggi dan ada kebarangkalian pesakit boleh meninggal di atas meja pembedahan.

Echocardiogram ialah siasatan untuk melihat fungsi pam jantung. Di Pahang ni, ia hanya dapat dilakukan di HOSHAS, Temerloh atau HTAA, Kuantan sahaja. Kalau nak dibuat echo di HOSHAS, perlu arrange ambulan dan buat urgent apppointment. Akan ada delay lagi untuk pembedahan nenek ni. Saya amat risaukan nyawa nenek.

"Takpe la doktor, buat aje lah operation tu". Wanita di sebelah nenek bersuara. "Saya anak nenek ni, Puan Bedah (bukan nama sebenar)". Nenek pula hanya terbaring. Lebih lemah berbanding semalam. Nenek hanya mampu mengangguk. "Buat lah doktor, dah sakit sangat kaki ni" Nenek bersuara lemah.

"Akak faham risiko pembedahan ni?" Saya bertanya. Puan Bedah mengangguk. "Doktor dah cerita semuanya tadi" Dia melihat kepada Dr. Zek dan Dr. Ema. "Dr Bius pun dah datang cerita jugak pasal risiko bius". Tambahnya lagi.

"Nanti selepas pembedahan siapa yang akan jaga nenek ni?" Saya ingin tahu. Tiba2 Puan Bedah menangis.

"Saya sedih dengan adik-beradik saya doktor. Kami 5 beradik. Saya sorang aje yang perempuan. Semua dah kahwin. Adik-beradik yang lain semua duduk jauh. 3 di Kuala Lumpur, sorang di Johor. Bila saya telefon bagi tau keadaan Mak, semua tak mahu balik doktor!" Puan Bedah sudah teresak-esak.

"Semua ikut cakap bini aje. Semua takut bini. Abang sulung tu kata, "buat aje la apa2 pun, kamu buat la keputusan, aku ngikut aje. Aku tak dapat balik tengok mak, sibuk la. tak dapat cuti".

"Yang kedua pun sama, sibuk tak dapat cuti. Dah lama tak jenguk mak kat Raub. Yang bongsu pulak lagi teruk doktor, bila saya telefon, diangkatnya sekejap, pastu dia kata busy, busy, terus diletaknya telefon. Telefon lagi, langsung dah tak diangkatnya". Puan Bedah mengesat air matanya.

Saya diam. Dalam keadaan sebegini, kadang2 yang terbaik untuk dilakukan ialah diam dan dengar. Itu pun sudah cukup. Mereka hanya mahu berkongsi perasaan mereka. Berkongsi masalah dan beban.

"Derhaka kepada ibu tu namanya. Berdosa besar tu kak, derhaka kepada ibu, susah nak meninggal nanti, tak ingat syurga neraka ke adik-beradik akak tu?"Saya berdengus. Menghelakan nafas panjang dan beristighfar.

"Entah la doktor, semua ikut cakap bini masing2 aje lepas kawin doktor. Langsung tak kisah kan mak lagi".

"Akak, kalau akan setuju untuk tandatangan, kami akan buat pembedahan tu hari ni yer. Penting sangat untuk selamatnya nyawa nenek. Nenek ni pun nampak dah lemah sangat ni".

Selang setengah jam, saya bersama-sama Dr. Zakiran dah pun berada dalam Dewan Bedah 1, Hospital Lipis. Pasukan Bius (Anaesthesia) yang diketuai oleh isteriku, Dr. Shahnaz, sedang bertungkus-lumus memberi bius spinal (separuh badan) kepada nenek. Pada ketika itu, hanya ada seorang pakar bius (isteriku) dan 2 pegawai perubatan bius, Dr. Syuhada dan Dr. Sarah di Jabatan Bius Hospital Kuala Lipis. AlhamdulilLah semuanya berjalan dengan amat lancar.


Dr. Syuhada sedang memberi bius spinal (bius separuh) dibantu oleh PPP (Pembantu Pegawai Perubatan) Ibrahim (kanan) dan PPP Zamberi.


Apabila kaki nenek sudah kebas, kami pun memulakan pembedahan. Kaki nenek dibalut rapi. Jelas kelihatan betis nenek yang kurus kering, otot2 kecut - muscle atrophy. Hanya tulang yang kelihatan.

"BismilLahirahmanirrahiim". Saya membaca Al-Fatihah. Setiap pembedahan akan saya mulaikan dengan Al-Fatihah. Terasa ada air mata yang bergenang semasa saya membaca Al-Fatihah. Teringat kisah nenek ni dan anak2 lelakinya. Perasaan sedih, geram dan marah silih berganti.


"Inflate torniquet. Diarthermy ready". Saya memulakan tirisan pisau di kaki nenek. "Kena cepat yer bang". Isteri ku berpesan. Nenek ni tak tahan kalau pembedahan ambik masa lama, atau terlalu banyak pendarahan. Kena surgeon (doktor pakar) yang buat operation ni". Terngiang-ngiang suara isteriku. "InsyaAllah". Aku menjawab sepatah. "Nanti abang yang buat operation tu".


Pembedahan berjalan lancar, siap kurang dari satu jam, skin-to-skin. Very minimal bleeding. Saya dapat rasakan Allah memudahkan pembedahan ni. Tiada sebarang masalah, baik masalah dari pesakit, doktor, staff nurse atau pun peralatan pembedahan. Masa pembedahan macam2 boleh berlaku, ada banyak kisah2 pelik yg berlaku di dalam dewan bedah kalau nak diceritakan.


Bilah pisau yang saya gunakan bagi melakukan pembedahan. Pembedahan ini menggunakan electrical power-saw.



Below Knee Amputation. Kaki nenek yang telah selesai dipotong.

Nenek dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut. Usai pembedahan, saya ke ICU melawat nenek. Saya merenung wajah nenek. Tiba2 nenek membuka matanya, memandangku. "Dah siap ke doktor? Tak rasa apa2 pun".

"Dah Nek, semua dah selesai, alhamdulilLah. Semua berjalan lancar. Allah mudahkan semuanya"

"Saya syukur sangat kat doktor!" Nenek tersenyum.

"Nek, syukur kepada Allah, Nek" Gembiranya rasa hati bila nampak nenek ceria.

"Yer, syukur kat Allah, terima kasih kat doktor". Saya hanya tersenyum. "Nenek rehat yer. Nanti kita jumpa kat wad".

Close Monitoring in Intensive Care Unit (ICU) - Unit Rawatan Rapi


Keesokan harinya, Nenek dipindahkan ke Wad 6B. Ketika saya tiba di katilnya, beliau amat ceria dan gembira.

"Semalam boleh tidur Nek?"

"Boleh doktor, kaki dah tak sakit, boleh la tidur. Makan pun dah ada selera ni" Nenek menunjukkan pinggan sarapan pagi yang licin. Kami sama2 gelak. "Nenek rehat dulu sehari dua yer. Nak kena bagi antibiotik dan cuci luka dulu. Nanti bila semua dah okay, kami transfer nenek ke Hospital Raub yer".


Sehingga nenek pulang ke rumah, kelibat anak2 lelaki nenek langsung tidak kelihatan. Nenek pasrah. Anak2 yang melupakan ibu yang melahirkan mereka. Anak2 yang derhaka kepada ibu mereka. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tapak kaki yang kini tiada lagi. Adakah lagi syurga buat mereka?


P/S Gambar2 ini semuanya disiarkan setelah mendapat kebenaran (consent) pesakit.

Sunday, December 23, 2012

Zoo Lipis

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi mengenai pengalaman ke Zoo Lipis semalam. Kami sekeluarga dah 6 bulan menetap di Kuala Lipis tetapi cuma semalam kami berkesempatan ke zoo.

Zoo Lipis terletak di atas Bukit Bius. Kena naik bukit ni melalui Bandar (or should I call it, Pekan instead?) Kuala Lipis, dalam 1.7km menaiki bukit melalui kehijauan hutan rimba. Kedudukan zoo ni sedikit tersembunyi sebenarnya.

Bayaran masuk murah aje. RM3 ringgit untuk dewasa, dan RM2 ringgit untuk kanak2. Memang murah! Saya spent RM12 aje untuk kami sekeluarga semalam.

Banyak juga binatang yang ada dalam Zoo Lipis ni. Binatang yang paling besar adalah beruang and buaya. Hmm....nak share gambar2 sebahagian binatang yang sempat saya ambil semalam...mari saksikan aksi mereka!



Ni keluarga kura-kura ni...

Kolam kura2 dan tuntung (semalam saya tersebut lontong bila anak tanya...patut lar bunyi macam pelik aje bila jawab semalam hahaha).


Monyet (siamang?) ni amat jinak. Kalau kita tengok dia mesti asyik nak tunjuk aksi yg bermacam-macam. Suka datang dekat dengan pengunjung sangkar dia. Cuma dia keseorangan...kesian la pulak.


Berkasih-sayang la pulak 2 ekor burung ni...

Enggang Rhinoceros
Rusa adalah binatang yang paling banyak kelihatan. Compund rusa pun antara yang paling luas.


Zoo Lipis ni tidaklah sebesar mana. Para pembaca sekalian cuma perlu dalam 45 minit maksimum untuk habis tour zoo ni. Cuma, saya cadangkan, elok pakai kasut yang ada good grip kerana keadaan zoo ni yang terletak di kawasan berbukit dan kita kena menuruni anak2 tangga di cerun2 semasa tour zoo ni. Sebahagian tangga2 ni pulak ada yang berlumut. Jadi...licin!


Satu lagi, nyamuk banyak sangat2!! Pakai pakaian yang cerah dan elok juga kalau dapat sapu krim anti-mosquito sebelum masuk ke zoo :)


Seronok budak2 ni...boleh bawak masuk air vitagen. Nak bawa kamera pun boleh, no extra-charge dikenakan.

Letih juga tour Zoo Lipis ni. Letih sebab kena naik-turun tangga dan cerun. Good exercise though. Masing2 makan aiskrim yang dijual di kedai cenderahati.


Okay, harap2 nyer perkongsian saya kali ni dapat membantu pembaca sekalian. Nanti kalau datang Lepeh ni boleh la jalan2 ke Zoo Lipis ni yer.

Saturday, December 22, 2012

"If you Drink and Drive, You're a bloody Idiot"

Assalamualaikum,

Semalam emosi aku terganggu.

Aku mulakan round pagi di wad 6B Hospital Kuala Lipis jam 9 pagi selesai sesi tazkirah pagi. Bersama2 ku 3 orang pegawai perubatan - Dr. Hazimi, Dr. Keng dan Dr. Hasni. Pegawai perubatan ku yang paling senior, Dr. Zakiran tiba sedikit lewat kerana post-call.

"Mr. Mahyuddin, semalam ada accident teruk" Dr. Keng bersuara. Beliau memang suka bercerita kalau ada cerita2 MVA (motor vehicle accident) yang tiba di Bahagian Kecemasan malam sebelumnya. Aku angkat kepala. "Apa yang teruknya?" 

"Semalam ada lelaki mabuk langgar sebuah kereta. Sorang mati kat dalam kereta, suami si mati tu kena hantar ke HOSHAS (Hospital Temerloh), 2 orang lagi masuk wad kita". Panjang Dr. Keng cerita.

"Lelaki mabuk tu?" Aku bertanya.

"Yang mabuk tu cuma fracture clavicle aje..." Tambah Dr. Keng.

Tiba2 Dr. Zakiran muncul. "Mcmana oncall semalam Zek?"

"Teruk bos, 2 BID (Brought-In-Dead) dari 2 accident. Ada kes MI (Myocardial Infarction) lagi.

"Rezeki halal tu Zek" Kami sama2 gelak.

Sampai di cubicle kedua, kelihatan seorang Mat Salleh sedang terbaring di katil.

"Dia ni la yang langgar tu bos, mabuk semalam. Mat Salleh dari Arizona, Amerika. Dia baru aje masuk Islam, kawin dengan orang Malaysia". Panjang Zek cerita.

"Laa...Muslim ke? Pastu, minum arak??" Aku hanya geleng kepala. Rakan ku, Mr. Jamal, pergi melihat Mat Salleh tu dan membuat pemeriksaan dan melihat xray. Yang patah cuma tulang selangkanya aje.

"Dia bawak kereta apa semalam?" Aku berpaling kpd Zek.

"Dia bawak Fortuner, langgar Proton Saga". Aduh, aku terbayang Proton Saga yang terpenyek di bawah Fortuner. Macam badak penyek tikus la gayanya..."2 passenger depan terperonyok, kemek habis kereta tu..."

Aku tawar hati nak pandang Mat Salleh tu. Langsung aku tak pergi tengok dia. Takpe la, rakan ku Mr. Jamal pun dah tengok. Bengang sebenarnya. Masa aku belajar di New Zealand tahun 1996-2001 dulu, selalu ada iklan dalam tv - "If you drink and drive, you're a bloody idiot" katanya. Iklan ni memang gambarkan betul pasal accident yang berlaku disebabkan pemandu2 mabuk. Iklan ni direct aje cakap yg memandu dalam keadaan mabuk ni, memang perangai orang bodoh...(maaf terpaksa guna perkataan ni kat sini - memang itu hakikatnya)

Kat New Zealand, banyak jugak kemalangan jalan raya disebabkan oleh pemandu mabuk ni. Biasanya Friday Nite la. Friday nite ni ramai budak2 muda stay-up pergi Nite Club, seronok2, minum2. Sampai pukul 2-3 pagi. Ramai la yg mabuk2 kat jalanraya. Jalanan penuh dengan bau arak.

Aku meneruskan round pagi. Mr. Jamal ke OT dulu, ada 5 kes dah menunggu. Aku berjumpa dengan 2 lagi mangsa yang dilanggar Mat Salleh tu.

  • 14 year old girl with a closed fracture mid-shaft left tibia and fibula (patah tulang kering kaki kiri)
  • 2 year old boy with An ipsilateral fracture left radius and ulna, distal end left radius and supracondylar humerus. All closed and undisplaced. (patah tulang tangan dan lengan)

Budak 2 tahun ni adalah anak kepada si mati. Mak sedaranya (adik si mati) menunggu di sisi budak ni semasa aku memeriksanya. Kesian betul. Belum pun tahu erti apa2, dah yatim budak ni.

"Berapa umur arwah?" Aku bertanya

"Baru 29 tahun doktor. Ini anak sulung arwah". Aku hanya mampu menggelengkan kepala. "Kami konvoi 3 kereta, baru balik dari kenduri. Kereta arwah tu kat tengah. Tiba2 sampai kat Kerambit, ada satu kereta ni masuk lane kami, terus bertembung dengan kereta arwah. Saya dengar lelaki tu mabuk. Suami arwah kena hantar ke Temerloh". Panjang cerita adik si arwah kat aku.

"Apa cerita suami arwah Zek?" Aku memandang Dr. Zakiran.

"Teruk bos. ICB (Intracranial bleeding), intra-abdominal injury, pelvic open-book fracture and bilateral femur fracture".

"Sampai Hoshas teruk intubate bos. Wife saya yang hantar patient tu ke Hoshas semalam". Dr. Keng menambah.

Ajal tidak mengenal usia. Arwah meninggal dalam usia yang amat muda. Aku masuk ke ot (operation theatre) dalam keadaan emosi yang terganggu. Terganggu dengan perasaan marah terhadap Mat Salleh yang memandu dlm keadaan mabuk.

Terperangkap dalam ethical issues - sebagai seorang doktor yang harus merawat pesakit dan sebagai seorang manusia biasa yang punya perasaan marah apabila ini semua berlaku. Ethical issus yang terpaksa dihadapi orang seorang doktor saban hari. Kalau diikutkan perasaan amarah, tidak hingin aku mengadap muka Mat Salleh tu. Sama juga ketika merawat penjenayah - perompak, pembunuh dan perogol.

Aku pernah melakukan operation bagi menjahit urat kaki yang putus dan memasang besi pada tulang kaki perompak yang patah akibat terjatuh semasa lari dari polis. Ingin saje aku silang2 kan urat kaki perompak tu atau aku potong tulang kaki tu supaya pendek. Biar tempang perompak ni. Biar dia tak mampu lagi berlari atau nak merompak lagi.

Namun, sebagai seorang doktor, betapa jahatnya seorang pesakit itu, perompak ke, perogol ke, penagih dadah ke, dia tetap seorang pesakit. Dia harus dirawat dgn sebaiknya. Seperfect yang boleh. Kena selalu senyum dan manis muka bila berbicara.

Mulia sungguh bukan? 


Monday, December 17, 2012

Jadual Gaji Kakitangan Awam Tahun 2013

Assalamualaikum,

Manusia memang sukakan nikmat - nikmat harta, wang, kesihatan dan macam2 lagi. Antara hari yang paling kita look-forward-to, ialah hari gaji masuk tiap2 bulan. Betul tak?

Jadi, untuk memudahkan kita merancang kewangan keluarga kita, menambah tabungan dan membuat perbelanjaan berhemah, seperti biasa, saya nak berkongsi jadual pembayaran gaji kakitangan awam bagi tahun 2013 nanti.

Sama2 kita lihat. Jom.



Jadual ni saya cut & paste dari beritasemasa.com, bersumberkan dari website Jabatan Akauntan Negara Malaysia di sini.

Yang penting kita jadi manusia yang bersyukur. Bersyukur dengan segala nikmat yang kita terima. Lagi banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat yg Allah akan beri kpd kita. Bersyukur kepada Allah adalah dengan memperbanyakkan ibadah kepadaNya.

Mari kita lihat Surah Ibrahim, ayat 7:



Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


Semoga bermanfaat buat semua yer. Wassalam.

Sunday, December 16, 2012

Wedding of the year - Perkahwinan Dr. Nazatul Zahirah dan Dr. Erhan Rahimi

 Salam mama, abah & kkanda2 sume. trm ksh bjuta2 kali yg xthingga ats sgl krjsama, penat lelah, sumbangan duit/peluh/masa/tenaga/doa/air mata spnjg mjls kmi baru2 ni. hanya ALLAH yg layak mblas sgl jasa kalian. kmi jg m0h0n maaf ats sgl salah & silap, kkurangan & klebihan kmi dlm kata2, tindak laku & sgl aspek. m0h0n d0a & tunjuk ajar yg swajarnya utk org baru spt kmi. may Allah bless us 4ever, herein & hereafter.love u all! - erhan & zahirah

Ini sms yg aku terima pada 12/12/12 pada jam 19:38.


Assalamualaikum wbt,

Aku rasa bersyukur sebenarnya apabila adik bongsu isteriku, Nazatul Zahirah (Nama manja=Ijah) menghantar sms ni kepada Mak, Abah dan semua kekeanda2 beliau. Bukan mengharapkan sgt ucapan terima kasih tu, apatah lagi balasan hadiah atau wang ringgit, cuma hakikat yang kita perlu terima, manusia amat suka dihargai, walaupun hanya dgn ucapan terima kasih. Penghargaan ini akan memberikan lebih motivasi utk manusia tersebut bg membuat lebih byk kebaikan kpd orang yg memberikan penghargaan tersebut.
 

Entry ni, Abg Din dedicatekan khusus buat Ijah dan Erhan.


Selamat Pengantin Baru - Dr. Erhan Rahimi dan Dr. Nazatul Zahirah

Persiapan 

Kalau nak bercakap pasal persiapan perkahwinan, semua orang akan terbayang betapa banyaknya perkara yang perlu di 'settle' kan. Belum mula kerja pun badan dah rasa letih. Dari menyiapkan goody-bag, kemas2 rumah, persiapan pelamin, bilik pengantin, memasak, khemah kenduri, menyiapkan pengantin, hantaran, kad jemputan dan macam2 lagi.

Tak terbayang betapa sukarnya merancang perkahwinan serentak 3 orang adik2 ku tahun lepas di Terengganu.

AlhamdulilLah semua adik-beradik isteriku dapat pulang membantu. Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya. Bilik bedah Hospital Lipis yang rosak pada minggu tu, membolehkan cuti isteriku diluluskan. Kalau tidak, memang 'masuk angin keluar asap la'. Walaupun isteriku ada cuti yg berbaki, tak semestinya cuti tu dapat diambil. Itu la hakikat yg perlu diterima apabila bertugas sebagai 'sole-anaesthetist' di hospital terpencil ni, huhuhu...

Isteriku, Nazatul Shahnaz, mula bercuti pada Isnin, 5 hari sebelum akad nikah. Beliau adalah anak yg sulung dan memainkan peranan yg amat penting dalam setiap event keluarga, terutamanya dalam organizing dan memberi buah fikiran. Nazatul Nur Zihan (nama manja=Intan), anak ke-2 pula tiba pada Rabu malam dari Sungai Besar. Beliau skrg sedang mengandungkan anak ke-4, sedang memboyot. Dengan perut yg besar tu pun beliau masih lincah dan ringan tulang semasa kenduri. Anak ke-3, Dr. Mohd Zahir Amin (nama manja=Amin) pula berulang setiap hari dari Cheras ke Seremban bagi membantu. Isteri beliau, Dr Nurul Sazmi pula cuma dapat mula bercuti mulai hari Jumaat, iaitu hari pernikahan itu sendiri!

Itulah dia, 3 daripada 4 adik-beradik isteriku bertugas sebagai doktor perubatan, kahwin pun dengan doktor jugak. Akibatnya, sibuk memanjang, cuti memang tidak mudah nak dapat. Aku pun hanya mula bercuti pada hari Jumaat (hari pernikahan). Petang khamis, habis aje punch card, terus balik rumah untuk mandi, kemas2 beg bertolak ke Seremban. Jam 11 malam aku sampai di rumah mertua ku.


Rumah Opah 'hanyar-banar' mcm tongkang pecah. Percaya atau tidak, goody-bag yg sebanyak 1400 beg tu, 70% nya disiapkan oleh anak2 ku yg 3 org tu berserta 2 org anak jiran sebelah rumah.. dengan penuh sabar selama 4 hari...

Kerjasama dan gurau-senda merapatkan ukhuwwah antara ahli keluarga

Zikry dan Hasif - sekejap baik, sekejap gaduh

Aisy akan join the rumble tak lama lagi

The boyz - poning kepalo opah eh

Pelamin dalam proses pembikinan


Khatam Al-Quran

Majlis khatam Al-Quran diadakan pada pagi Jumaat 7/12/12 oleh Kumpulan Usrah dan Dhuha Ustazah Salbiah (KUDUS). Ibu mertuaku merupakan ahli kumpulan usrah ni. Aku bersyukur sangat2 kerana ia banyak memberi pengisian rohani serta menerapkan sunnah RasululLah SAW dalam kehidupan harian keluarga besar kami.

Aku menjadi bidan terjun untuk ganti Mak baca juzuk ke-15 pagi tu. AlhamdulilLah sempat jugak habis. Selesai solat dhuha dan khatam Al-Quran, Ustazah Salbiah memberi sedikit tazkirah serta menyampaikan hadiah perkahwinan dari KUDUS buat Ijah dan Erhan. Hadiahnya ialah sebuah Al-Quran besar yg dilengkapi dengan 'stand' nya. Senang untuk dibaca sambil bersolat nanti. Terima kasih KUDUS!
  

KUDUS sedang mengadakan majlis khatam Al-Quran

Ustazah Salbiah (tudung putih) mengetuai KUDUS

Makcik Maria, ibu mertua Amin, (tudung hitam) banyak membantu persiapan majlis


Majlis Akad Nikah

Majlis akad nikah ni memang meninggalkan seribu kenangan kepadaku.

Rombongan pengantin lelaki tiba tepat jam 9:00 malam diikuti dengan ketibaan Tok Kadi dan pegawai2 masjid. Setelah keadaan reda dan semua orang mengambil tempat duduk, pengantin perempuan turun ke ruang utama bagi sama2 menyaksikan upacara tersebut.


Melhan (Adik Erhan) khuyuk dengan kamera pink nya
Tepak sireh dan wang mas kahwin

Bacaan khutbah nikah

Erhan mendengar dengan teliti khutbah yg disampaikan...pengantin2 lama pun kena dengar jgk betul2 khutbah ni, konpem dah lupa...

Upacara dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh pegawai masjid. Semua orang mendengar dengan teliti, termasuk pengantin2 yang dah lama ni. Kemudian, Tok Kadi mintak Abah dan Erhan buat rehearsal akad dulu. Dalam keriuhan tetamu yg hadir, aku rasa sebutan abah seperti sedikit pelik. Rasa macam tak percaya apa yg telingaku dengar. Tapi aku buat tak endah je. Silap dengar kut. Erhan pula lancar menjawab, laksana peluru dimuntahkan.

"Okay, sekarang kita buat betul2", Tok Kadi mengarahkan.



Kejutan

Suasana sepi. Semua orang menumpukan perhatian kepada bapa mertuaku dan Erhan.

Bapa mertua ku memandang pengantin lelaki. Suaranya aku dengar dengan teliti...

"Aku nikahkan dikau, Erhan Rahimi bin Abdul Rahman, dengan anak ku Nazatul Shahnaz binti..."

Eh, apa Abah cakap ni?!....darah ku tersirap...

"Abah, salah tu. Yang itu saya punya tu. Saya bangkang!" Aku melaungkan suara secara tiba2. Suasana hening seketika, kemudian diikuti dengan derai ketawa..hahahaha!

"Tenang, tenang...Tok kadi bersuara. Bapa pengantin kena tarik nafas ni...." Sekali lagi hadirin ketawa. Suasana kembali tenang, abah hanya tersenyum.

Aku faham, hakikatnya, sebagai anak yang sulung, memang nama isteriku lah yang paling dahulu disebut, sudah 36 tahun dah. Cuma aku rasa, salah satu sebab perkara ni berlaku ialah kerana nama semua adik-beradik perempuan isteriku dimulai dengan Nazatul...Oh, apakan daya...kan dah tersasul.



Erhan menumpukan sepenuh perhatian semasa akad

Aku menumpukan sepenuh perhatian juga. Nasib baik...

Gelak besar nampak...apa ceritanya ni?



 
Ijah tersenyum lega selesai akad nikah
Dengan sekali lafaz, Ijah selamat bergelar isteri yang sah kepada Erhan. Terungkai sudah pertunangan mereka selama 4 tahun. Selamat diijabkabulkan, selamat bergelar suami isteri, Selamat Pengantin Baru!


"Inilah wang mas kahwin untuk sayang dari abang"

Ijah di samping sahabat2 rapatnya - Dr. Ain, Dr. Nazihah dan Dr. Adila. Dr Ain dan Dr Adila merupakan bekas pelajarku semasa mereka belajar di HUKM dahulu.

Erhan memakaikan gelang

"Ijah akan sentiasa taat kpd Abang"

Ciuman pertama di dahi isteri tercinta

Aik, sekali tengok macam P.Ramlee la pulak Si Erhan ni...

Kenduri Perkahwinan

Kenduri perkahwinan diadakan pada Sabtu 8/12/12 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban. Tempat yg sama aku dan keluarga tinggal semasa perkahwinanku pada 1998 dulu. Cuma sekarang tempatnya dah 100% berubah. Lebih ceria, bersih, dan dilengkapi dengan surau yg selesa, Ballroom yg luas, tandas yg bersih, parking yang banyak serta dilengkapi dengan kemudahan padang bola dan futsal.

Aku boleh rekomen tempat ni kepada sesiapa yang nak buat majlis kenduri. Rating: 9.0

Makanan disediakan secara katering. AlhamdulilLah sedap. Kakitangan katering juga efisien dan professional. Cepat aja meja dibersihkan. Makanan pun memang lazat!


Makan dulu sebelum jemputan mula datang

Ballroom yang luas dan selesa. Penataaan cahaya yang baik dan susunan meja yg kreatif.

Meja santapan pengantin

Pelamin yang dihias indah

Kawan rapat kami, Dr. Rosmala, pun datang bersama Dr. Azlan dan anak2

My wife dengan flower gerlzz - Zara (Anak Amin, kanan sekali), Nabila (tengah) dan Maisarah

Perarakan masuk pengantin, didahui oleh flower gerlz yang kiut

Perarakan masuk pengantin diiringi oleh bacaan selawat ke atas RasululuLah SAW oleh Amin, diselang-seli dengan paluan kompang. 3 'flower girls' - Anak2 ku Maisarah dan Nabila, serta anak Amin, Zara mendahului kedua mempelai masuk ke dewan.


My wife and I membaca biografi kedua mempelai

Majlis Makan Beradap

Dah tukar baju dah...Upacara memotong kek perkahwinan

Suap Han, jangan tak suap...

Kedua ibubapaku turut hadir memeriahkan majlis


Budak2 la yang paling seronok. Tak sabar nak naik pelamin yer...giliran kome kena tunggu 15 tahun lagi. Sofea (anak susuan kami, berbaju kuning) pun datang dari Kemaman

Keluarga besar ku di Seremban

Bergambar kenangan dengan kedua mempelai

Yeay!! Berjaya!

"4 beradik yang ceria, semuanya dah berpunya!"

Mak dan Abah tersenyum girang. Semuanya berjalan lancar, alhamdulilLah. Terlaksana sudah tanggungjawab rasmi membesarkan dan mendidik 3 orang anak perempuan. Baton dah diserahkan kepada suami masing2. Namun Mak dan Abah tetap menjadi Tuan Penasihat Tetap kami semua sepanjang hayat. 



Pesanan

Ijah, pesan Abg Din buat Ijah, "Taat lah kepada Erhan dalam apa perkara sekali pun, selagi tidak bertentangan dengan agama Islam. Jadilah isteri, kawan dan teman buat suami. Jadilah pendengar yang setia, pemberi semangat ketika duka. Pastikan perut dan tempat tidur suami dijaga seistimewanya, kerana disitulah antara rahsia kebahagian rumahtangga. Tanggungjawab terhadap suami melebihi tanggungjawab Ijah kepada Mak dan Abah sendiri, namun hak Mak dan Abah tetap perlu dipelihara". Ingat tu...


Mari kita fikirkan...

Aku nak berkongsi secara umum beberapa perkara mengenai majlis perkahwinan.

  1. Amat jelas betapa mudahnya solat fardu diremehkan, secara sengaja atau tidak sengaja semasa majlis dan kenduri perkahwinan. Contohnya tidak kira lah pengantin sendiri, ibubapa pengantin, saudara-mara, mak andam, pekerja katering, dan lain2. Ada yang nak menjaga make-up hingga tidak bersolat kerana tak mahu terpaksa memakai make-up sekali lagi. Betapa nipisnya iman, dan kurangnya ilmu kita. Aku bersyukur kerana Ijah menjaga solat beliau. 
  2. Sesetengah mak andam mungkin akan menekan atau memaksa pengantin perempuan untuk membuka aurat, mendedahkan rambut, leher atau bahagian2 aurat yang lain, atau memakai pakaian yang sendat sekiranya pihak pengantin perempuan atau keluarga tidak bertegas dalam soal ni. "Ala, sekali ni aje, kahwin ni sekali, biar la nampak cantik". "Tutup leher tu nanti tak nampak la rantai!". 
  3. Begitu juga sekiranya nak diambil kira isu 'ikhtilat'. Ikhtilat ni ialah percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, termasuk ipar-duai, sepupu sepapat. Semasa kenduri dan majlis keramaian, perkara inilah yang paling sukar dijaga sekiranya kita tidak berhati-hati. Aurat kelihatan dengan mudah, leher, lengan dan kaki terutamanya. Pandangan mata dan gelak tawa tak terjaga.
  4. Bersalaman antara lelaki dan perempuan antara bukan mahram begitu berleluasa sekali. Terutamanya antara sepupu, mak sedara sabit, pak sedara sabit dll, haram tau. Nak ditegur kat situ, nanti malu pulak, tak tegur dosa. Tersalah cakap nanti melenting pulak ehmmm. Elok kita tambah ilmu masing2. Kalau tak tahu tu, tanya la...

Bagaimana hendak mendapat perkahwinan yang diberkati Allah sekiranya ianya dimulai dengan pelbagai dosa dan perkara yang dimurkainya??


Sama2 kita fikirkan.