Friday, August 31, 2012

Suami Mithali yang tiada tolok-bandingnya!!

Assalamualaikum,

Hari ni 31 Ogos 2012, bersamaan 13 Syawal 1433H.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 yer!!!


Baru2 ni kami sekeluarga beraya sakan. Mana taknyer, cuti seminggu. Itu tak campur sekali Sabtu dan Ahad hehehe. First time dapat beraya kat dua2 kampung. Lepas beraya di Melaka/Kajang/KL, kami bertolak ke Kemaman pada Hari Raya ke-4. Sempat bakar sate sama2 dengan adik-adik. Raya ke-6 kami ke Kuala Terengganu untuk ziarah Tokma saya. Tokma saya ni, ibu kepada Aboh saya...Ki dah 10 tahun meninggal, tahun 2002 dulu. Masa tu saya baru aje mula bekerja...


Saya nak berkongsi dengan pembaca yg budiman mengenai satu kisah yg saya pernah tulis dalam blog saya pada awal tahun ni berkenaan seorang suami. Tajuk entry saya tu 'Pengorbanan Seorang Suami'. Para pembaca boleh baca entry tu nanti. Nama sebenar beliau ialah  Adnan tapi kami di Terengganu memanggilnya Ayahanang saje, senang ikut loghat Tranung.


Rumah beliau adalah tempat wajib utk kami bertandang setiap kali kami ke Kuala Terengganu. Beliau sebenarnya berpangkat ayah sepupu saya. Anaknya dan saya berkongsi moyang yang sama. Namun, beliau ibarat bapa kepada ku, bukan sahaja kerana saya pernah bermalam di rumah beliau sewaktu saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek (SHAMS) dahulu, tetapi juga kerana jasa beliau kepada ibu ku, menjaga ibuku sewaktu ibuku kanak2 dan juga semasa ibu ku bersekolah.


Penulis (kanan sekali) bergambar bersama Ayahanang (berbaju pagoda). Turut kelihatan Hasril (Adik ipar saya) dan Zaid (suami Nur, paling kiri)


Sewaktu kami tiba di kediaman beliau di Losong, beliau tiada di rumah. Jam menunjukkan jam 6 petang. Anak ketiga beliau, yang juga dua pupu saya, Nur ramah menyapa "Biasa la tu Abang Din, Ayoh petang2 ni ke kubur la dia"

Aku terpegun seketika. "Ke kubur?"

Selang 5 minit, Ayahanang muncul di pintu. Kami segera bersalaman. Beliau hanya berbaju pagoda. Itu memang baju kegemaran beliau. 

"Ayahanang gi ke kubur ke?" Saya memulakan perbualan.
"Ayahanang gi kubur hari2 Ding, dua kali sehari. Lepas Subuh sekali, lepas Asar sekali"

"Berapa lama dah Ayahanang gi ke kubur hari2 ni Ayahanang?"  Aku inginkan kepastian.
 "Berapa lama? Sejak arwah meninggal dulu la. Dia meninggal 21/01/2012, hari Sabtu (senang nak ingat, Dua puluh Satu haribulan, bulan Satu, Hari Sabtu). Kalu hari ni, kiranya dah 7 bulan 3 hari la arwah meninggal. Ayahanang dok pernah miss lagi, mesti pergi dua kali sehari. Bulan puasa pun ayahanang gi dua kali sehari!" Panjang lebar beliau menerangkan.


Saya kagum.

Hebatnya. Saya tak pernah tau sampai macam ni sekali kasihnya Ayahanang terhadap Cik Za. Mana ada suami boleh buat macam ayahanang ni. Kasih sayang beliau kepada arwah tiada tolok bandingnya. Semasa arwah terlantar sakit selama lebih 4 tahun, Ayahanang mengorbankan tenaga, masa dan kasih sayang beliau menjaga arwah. Beliau menjaga arwah ibarat menatang minyak yang penuh - buat susu, mandikan, bersihkan, tukar lampin, memberi ciuman dan kata2 perangsang (baca entry sebelum ni yer).

Selepas arwah meninggal, beliau masih begitu setia. Ke kubur setiap hari selepas solat Subuh dan Asar. Membersihkan kubur, membina bangsal dan bangku tempat berteduh di sebelah kubur arwah. Membaca Al-Quran di sana setiap hari tanpa jemu. Ada ke lelaki lain kat dunia ni mampu buat macam ni?

Rasa2 nya lelaki lain, yang ramainya, tanah kubur masih merah lagi pun dah cari pengganti...yer dak?


Kasih sayang Ayahanang tidak terbatas, sungguh suci murni....MasyaAllah!!!


"Ayahanang puas hati Ding, puas hati sangat dapat jaga arwah masa dia hidup dan dapat ke kubur hari2 macam sekarang. Rasanya takdok orang boleh buat mcm hok Ayahanang buat ni" Beliau meluahkan rasa hati beliau kepadaku.


Aku mengangguk, bertambah kagum. Tiap2 hari??? Dua kali sehari??? Dah 7 bulan, tiap-tiap hari??? Berulang-ulang kali soalan2 ini bermain di mindaku. Hebatnya sungguh....


Dalam diam aku mengakui kehebatan kasih sayang Ayahanang terhadap isterinya. Kasih sayang bukan sahaja semasa hidup, tetapi hingga membawa ke kubur. Mari kita sama2 doakan semoga mereka akan diketemukan di Syurga nanti, insyaAllah, aamiin.

4 comments:

  1. huhu..termenitis airmata baca post ni..

    ReplyDelete
  2. Serious....saya menangis...sedihnye hubby x de kat sebelah nk suruh dia baca....tp mesti cik za tu pn isteri yg mithali kn...sbb tu dpt suami cm ayahanang...kesimpulan kite kene jd yg terbaik dulu tak kira kite isteri or suami...smpikn slm kat doct shahnaz ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Maslina. Sy dah bg dia baca comment awak ni :)

      Delete
  3. Ameen ya rab....smg pasangan ini akn bertemu di syurga mu ya Allah.

    ReplyDelete