Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Idul Fitri 1433H!!

Assalamualaikum semua!

Hari ni 28 Ramadhan 1433H. Kami sekeluarga sedang bersiap2 nak balik kampung kami di Seremban. Giliran wife tahun ni. Setakat usia perkahwinan kami yg mencecah 14 tahun ni, kami beraya ikut  giliran dengan jayanya *hehehe*


7 orang adik-beradik saya yg kahwin lepas saya pun follow giliran raya yang kami mulakan...tinggal sorang lagi belum kahwin...adik saya yang bongsu. Tahun ni semua beraya sebelah mertua. yang tinggal dgn parents saya kat Terengganu cuma 4 famili yg memang kahwin sesama orang Terengganu - Famili Na, Iju, Ajib dan Ya. Saya ke Seremban, Ida ke Perak, Aki ke Sabah dan Wa beraya di KL. Adik beraya paling jauh tahun ni, kat Perth, Australia ehhh mate!


4 famili pun dah ramai, untung Ma dan Aboh ada anak ramai...kalau raya tahun depan, alamat penuh la rumah Ma dan Aboh....



Tag baju raya yang dah di potong
  
Baju raya anak2 kami beli in stages. Kalau nak beli sekali gus alamat pokai la. Kami beli sejak 6 bulan lalu, sebelum bulan puasa lagi. Niat kami, bulan puasa tak payah nak shopping2, tak payah nak bersesak2, boleh concentrate nak buat ibadah. Lagi satu tips, beli baju2 raya ni time perayaan2 lain, Chinese New Year ke, Thaipusam ke, Deepavali ke, Christmas ke, sebab time tu banyak offer. Boleh jimat!


Baju raya anak2 tahun ni
Okey, drive carefully masa di jalanraya. Don't speed, ikut speed limit. Bertimbang-rasa, jangan potong Q yerrr...kelak kita akan dipersoalkan. Lastly, saya nak mintak maaf zahir dan batin, tulus ikhlas kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Kita jumpa semula lepas beraya yer!


Selamat Hari Raya Idul Fitri!!!

No comments:

Post a Comment