Wednesday, January 25, 2012

Pengorbanan Seorang Suami

Assalamualaikum,

Ahad lepas aku menziarahi ayah sepupu ku, Ayahanang, yang tinggal di Kuala Terengganu. Beliau baru saje kehilangan isteri tercinta sehari sebelumnya. Isterinya, yang aku panggil Cik Za meninggal setengah jam sebelum azan subuh, Sabtu, 21 Januari 2012. Cik Za meninggal di hospital dalam usia 58 tahun. Kalau mengikut burial permit, sebab kematiannya ialah 'Septicaemic shock secondary to severe scalp infection'. Kalau bahasa mudahnya, ada jangkitan kuman yang serius daripada kulit kepala Cik Za yg menyebabkan kematian beliau.


Sebenarnya Cik Za sudah terlantar sakit selama lebih 4 tahun di rumahnya. Aku sendiri pun tidak berapa pasti sebab sebenarnya yg menyebabkan beliau terlantar. Kalau tak silap, Cik Za pernah diserang sawan (Epilepsy) sehingga pernah terjatuh semasa memasak dah menyebabkan kulit Cik Za melecur teruk (Burn injury).


Apa yang aku hendak kongsikan di sini ialah pengorbanan seorang lelaki yang dipanggil 'suami'. Entry kali ini aku dedicate khusus utk beliau.


Ayahanang (nama panggilan aku kepadanya, nama sebenar beliau ialah Adnan) bukan calang2 lelaki. Beliau seorang pesara guru. Pernikahan beliau dengan Cik Za dikurniakan 4 orang cahayamata, semuanya perempuan.


Aku amat terhutang budi kepadanya. Aku pernah tinggal dan bermalam di rumah beliau semasa aku belajar di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Beliau banyak berkongsi ilmu2 berkaitan perubatan tradisional dan falsafah2 kehidupan. Beliau seorang yang 'simple', lurus, amanah, jujur dan amat bertanggungjawab. Malah, lebih daripada itu, aku amat terhutang budi kerana beliau menjaga ibu ku semasa ibu ku masih kecil. Mereka ibarat adik beradik. Rapatnya keluarga kami sehingga aku dan anak2 Ayahanang pun amat rapat seperti adik-beradik.


Sepanjang tempoh terlantarnya Cik Za di katil, lebih kurang 4 tahun, beliau telah menjaga isterinya dengan penuh kasih sayang. Aku amat kagum dengan beliau. Semalam aku bertanya kepada beliau rutin harian beliau sepanjang tempoh Cik Za terlantar sakit. Aku memang amat curious.


"Ayahanang tidur awal Din, pukul 8 dah terlelap, kadang2 berita pun dok tengok, lepas bagi susu kat Cik Za, terus terlelap". "Pukul berapa Ayahanang bangun?" Soal aku. "Pukul 12 kena bagi susu seterusnya, sebab biasanya Cik Za cepat lapar, kadang2 tak sempat 4 jam dah lapar"


Ayahanang menerangkan kepada ku yang beliau akan memberi susu melalui tiub hidung Cik Za (NasoGastric tube). Beliau akan membancuh sendiri susu tersebut dan memasukkan melalui tiub hidung. "Kalau Cik Za lapar nanti dia menangis". Sambung Ayahanang lagi.


"Ayahanang biasanya tidur lepas tu sampai pukul pukul 2 pagi. Lepas tu ayahanang bangun dan dok tidor doh". Aku merasa sedikit pelik. "Ayahanang buat apa lepas pukul 2 pagi?"


"Hmmm....Ayahanang tukar pampers Cik Za, bersihkan badan dia, lap2 badan dia, belai2 dia....". Setiap hari, Ayahanang tidak pernah lupa mengucapkan betapa kasih dan sayangnya beliau terhadap isterinya. "Abang sayang Ha...., Ha tau dok, Abang sayang Ha..." Cik Za hanya mampu mengangguk. Kadang-kala, Cik Za hanya berkata "Ya..."


Setiap kali hendak meninggalkan Cik Za untuk keluar rumah, Ayahanang akan memberi tahu isterinya, "Abang nok keluor ni Ha...boleh?" Sekiranya Cik Za mengangguk, barulah Ayahanang akan keluar. Dan setiap kali hendak keluar jugalah, Ayahanang akan mengucup pipi dan dahi Cik Za....Setiap kali, dan setiap hari...tidak pernah tidak...kecuali sekali....kecuali...pada malam sebelum Cik Za menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ayahanang sedikit terkilan. Memang beliau mengakui, beliau merasa sedikit pelik malam itu semasa hendak meninggalkan Cik Za di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pelik kenapa beliau tidak mengucup isterinya seperti lazimnya. Kakinya melangkah keluar wad dalam keadaan fikirannya mengelamun memikirkan peristiwa tersebut. Dan, itulah detik terakhir mereka bertemu. Tiada kucupan yang beliau biasa berikan, tidak semasa nyawa dikandung badan. Namun Ianya sudah tertulis sebegitu di Luh Mahfuz.


Cik Za disemadikan pada petang Sabtu, lebih kurang jam 3 petang bagi memberi masa anak mereka yang kedua pulang dari Kuala Lumpur. Menurut bapa ku, selesai solat Asar, Ayahanang dah kembali semula ke tanah perkuburan isteri beliau....kasih suami...


"Ayahanang akan tetap bangun awal, pukul 2 pagi setiap hari Din" Kata beliau kepadaku. "Namun pengisiannya akan berbeza lah". Aku faham. Pastinya, malam beliau akan dipenuhi dengan solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat. Pasti beliau akan mendoakan isteri beliau...beruntungnya Cik Za.


Hebatnya Ayahanang. Besarnya pahala beliau. Beliau mendambakan dirinya bagi menjaga isterinya yang terlantar sakit, setiap hari, siang dan malam, selama lebih 4 tahun. Tidak pernah mengadu, apa lagi marah. Malah kasih sayangnya tetap utuh, malah bertambah kuat, SubhanalLah!


Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau bagi mengharungi hari2 yang mendatang. Somoga kita semua diberi taufiq dan hidayah, serta kebahagiaan rumahtangga dan keluarga, ameen.

5 comments:

  1. bos pun ade iras nk jadimcm tu..maksud saya sgt syg pd isteri...untung kak shanaz...
    pada arwah cik za kita titipkan al fatihah...

    ReplyDelete
  2. baik sungguh ayahanang orp a.di, adik rase 1 dlm sejuta tu..berutung sungguh cik za dpt suami setia dan baik sgt..semoga Allah akan tempat kan ayah anang dlm syurga esok2 insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah terharunya bc entry a.din kali ni... mmg arwah cik za sgt bertuah mendpt ayahanang sbg suami.... sm2 kita sedekahkn alFatihah utk cik za....

    ReplyDelete
  4. @Anonymous - Hmmm...insyaAllah, akan sentiasa cuba utk memperbaiki diri ni...btw...sape ni? Mimi ke?

    @Adik/Mar - Mmg ayahanang seorang suami yg hebat...abg din rasa dia tahu nilai pengorbanan dia disisi Allah swt. Mari kita sama2 berdoa mintak adik dapat suami yg soleh, dan suami mar yg bernama Ajib itu pun menjadi suami yg terhebat utk mar :)

    ReplyDelete
  5. nanges ya baca entry abg din sebab terharu sgt. ya rase dah lama cik za saket, lebih dari 4 thn. 4 thn tu yg terok sgt dah saket nya.

    insyaAllah besar ganjaran utk ayahanang.. semoga cik za pon ditempatkan di kalangan hamba Allah yg beriman. amin.

    ReplyDelete