Friday, August 10, 2012

Terima kasih Petronas!


First time menang hadiah Petronas hehehe! Terima kasih Petronas!
"Kring, Kring!"

"Encik Mahyuddin ke?" Kedengaran suara lembut di hujung gagang telefon.

"Yer saya, siapa tu?" Pelik nombor yg timbul kat skrin handphone.

"Saya dari Petronas Kuala Lipis, nama encik keluar masa cabutan bertuah tadi. Encik dapat nombor 2". Lancar suara itu menjelaskan kepadaku.

"AlhamdulilLah" kataku spontan

"Encik, encik dapat nombor 2, bukan nombor 1, nombor 1 dapat hadiah basikal Fixie" Suara itu kedengaran macam sedikit 'confuse'

"Yer la, nombor 2 pun alhamdulilLah la hahaha!" Saya tergelak. Takpe la tak dapat nombor satu pun. Dah dapat cabutan bertuah pun saya rasa dah bertuah sangat2. Sebelum ni tak pernah menang pun *Smile*

"Apa hadiah nyer?" Aku curious

"Rahsia encik. Kalau nak tau kena datang esok jam 10 pagi. Kita nak ambik gambar" Aik, main rahsia2 pulak cik adik ni...


Esoknya aku dan isteri ke Petronas Kuala Lipis. Tepat jam 10 kami sampai. Kelihatan seorang lelaki separuh umur sedang mengayuh basikal Fixie. "Pemenang nombor 1 la tu" Hati ku bersuara. Rezeki dia, bagus la.


Wowww! Rupa2nya dapat water dispenser, bestnyer!! Kalau nak beli sendiri ni, kucing bertanduk pun belum tentu aku beli *hehehe* Bukannya apa, bukannya satu keperluan. Kehendak semata-mata.


Terima kasih Petronas! Kena isi minyak kat Petronas agi, banyak2...untung2 menang lagi yeayyy!!
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment