Tuesday, September 4, 2012

Warkah buat Isteri Tercinta




Warkah Buat Isteri Tercinta


Terima kasih Sayang...
kerana menjadi isteri yang solehah,
yang taat kepada Abang,
semenjak saat kita diijabkabulkan;


Terima kasih Sayang...
kerana melahirkan anak2 kita yang comel,
Abang akan sentiasa ingat saat Ayang bersabung nyawa melahirkan zuriat,
kesakitan yang ditanggung,
keringat yang menitis,
air mata yang mengalir; 
  

 Terima kasih Sayang,
kerana sama2 melalui bahtera rumahtangga,
gelak ketawa, bermasam muka, adat perkahwinan,
tetap sabar mengharungi kehidupan sebagai isteri dan ibu,
pahit getir membesarkan anak2,
juga sebagai anak dan menantu yang taat,
tambahan pula mencurah khidmat bakti kepada masyarakat,
pastinya tidak mudah sekiranya tiada hati yang cekal dan bersemangat waja...


Ketahuilah, Abang menghargai Ayang yang...
memasak sewaktu Abang sedang berbaring di katil atau membaca suratkabar;
membasuh pinggan semasa Abang sedang melayan anak bermain game komputer;
melipat pakaian di kala Abang sedang bersorak tengok bola;
datang mengurut tanpa dipinta di kala Abang mengadu lenguh2 belakang;
segera cari Panadol bila Abang mengadu pening kepala;
mungkin Abang tidak melafazkan,
atau kelihatan sambil lewa,
namun itu memang kelemahan seseorang yang bernama lelaki,
tapi ketahuilah, Abang menghargai...



Harap Ayang akan memahami ketika Abang...  
menegur kesilapan Ayang;
tidak sehaluan dengan pemikiran dan kehendak Ayang;
begitu tegas dalam menjaga aurat dan cara berpakaian;
bersifat cemburu dalam pergaulan,
kerana sesungguhnya tanggungjawab seorang suami itu amat berat di sisi Tuhan...



Maafkan salah-silap Abang...
Tiada suami yang sempurna,
Abang hanya manusia biasa,
tidak lepas daripada melakukan dosa dan angkara;
Selagi nyawa dikandung badan,
semoga bahtera perkahwinan kita,
berada dalam rahmah dan lindungan Allah sentiasa,
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin

Selamat menyambut hari kelahiran mu Sayang...


Nukilan:

(c) Dr. Mahyuddin M.
4/09/2012
(Dedicated to my beloved wife, Dr. Nazatul Shahnaz Mohd. Nazri,
in conjunction with her 36th birthday on 6/09/2012)


10 comments:

  1. Happy becoming birthday kak Shahnaz! (^_^)

    ReplyDelete
  2. happy birthday in advance kak shahnaz!

    terharu ya bace coretan abg din. huhu semoga ya pon jd istri solehah. insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Hepi besday Shahnaz....dan all the to both of u and ur family...

    ReplyDelete
  4. aku bayangkan laki aku yang bagi kat aku.. (berangan, hakikatnya, time aku sakit mengandung kesussahan atas kesusahan, dia main cinta dengan pempuan lain :( dah nasib..)

    ReplyDelete
  5. Suami saya pun sgt baik...tapi tak pernah bimbing kami isteri dan anak2 trg solat, aurat....

    ReplyDelete
  6. With the rise of social media, blogs and articles can reach a vast audience, banned from bumble enabling individuals and businesses to share their expertise and perspectives with people from all walks of life.

    ReplyDelete
  7. Tinta Mahyuddin brings up so many thought-provoking points in this piece. It reminds me of my recent visit to the https://amritkrishi.shop/ to pick up fresh, pesticide-free produce. Supporting local organic farms through our purchases is one small way we can make a difference, just as Tinta describes. Our individual actions join together to create change.

    ReplyDelete
  8. Tinta Mahyuddin raises numerous thought-provoking ideas in this article. It reminds me of my recent trip to the Organic Store to stock up on fresh, pesticide-free fruit. Supporting local organic farmers with our purchases is one little way we can help, as Tinta describes. Our individual activities combine to effect change.

    ReplyDelete
  9. "Letter to my Beloved Wife" is a touching sentiment. Expressing love transcends language barriers. As you pen heartfelt messages, don't forget to share genuine smiles. For a naturally bright smile, consider Remove Black Stains From Teeth Naturally using activated charcoal or oil pulling. May your words and radiant smiles continue to strengthen the bond with your cherished wife.

    ReplyDelete