AlhamdulilLah, selesai satu minggu pertama tahun 2012. Selamat lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang pada 3 Januari lepas (Isnin) dan petangnya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, Pahang. Bermula lah tugas aku sebagai pakar ortopedik di Negeri Pahang ni.
Minggu ni juga sibuk dengan anak2 yang masuk sekolah. Kak Long Maisarah dah masuk darjah 3, Nabila (6 tahun) dan Hasif (4 tahun) pergi Tadika Islam Al-Fathirah. Tak tahu la mcmana ustazah nak faham cakap Hasih yang pelat tu, nasib baik ada kakak nya, boleh tolong translate kat ustazah.
Kaklong Maisarah dgn uniform pengawasnya. |
Nabila & Hasif ready nak gi Tadika Agama Al-Fatirah. |
Dalam Jabatan Ortopedik HoSHAS sekarang ni, ada seorang Pakar Perunding Ortopedik, Mr. Muhammad Yusof Aziz, 4 Pakar Ortopedik -aku, Nur Rahimawati, Han Chung Sing dan Mazlina Awang, 8 Medical Officers dan lebih 30 House Officers..."Ramainyer houseman...!!"
Aku ditugaskan untuk membantu Ms Nur dalam menguruskan houseman2 ni. Han dan Mazlina kena monitor medical officers. Berat jugak tanggungajawab ni, tapi insyaAllah boleh dilaksanakan.
okay...nanti sambung...
boleh la practice Dato' regime to HO in Temerloh ;)
ReplyDelete