Saturday, January 14, 2012

Doktor Mencabul Pesakit? - Antara Tugas dan Risiko

Assalamualaikum,

Baru-baru ni rakyat Malaysia amnya, dan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya,  dikejutkan dengan pendakwaan seorang doktor di Hospital Sungai Buloh. Doktor tersebut telah dituduh mencabul kehormatan pesakit beliau. Saya mengetahui kisah ini semasa menonton Buletin Utama TV3 pada malam beliau didakwa. Naik lagi nama Hospital Sungai Buloh!

Keesokan harinya, semasa membaca akhbar Berita Harian, kisah yang sama pun ada jugak, siap dengan nama doktor tu lagi. Saya benar2 terkejut. "Ya Allah, tak mungkin!"

Saya amat kenal doktor tersebut. Kami berkawan baik. Sejak 2002 lagi. Sama2 melalui housemanship di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Saya tidak pernah meragui kejujuran dan etika kerja beliau sepanjang perkenalan kami. Pada saya beliau berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab.

Mungkin nasib beliau kurang baik.

Memang tugas kita sebagai doktor ni amat mencabar. Kita membantu pesakit. Kita merawat penyakit mereka. Namun kawan saya ni rasanya lebih mencabar lagi tugasnya. Kenapa? Sebab, beliau merawat pesakit yang tidak sakit. Pelik tak?   

Sebahagian besar pesakit beliau ialah wanita-wanita yang mengandung. Adakah mengandung dikira sebagai satu penyakit?? *Smile* Baki pesakit beliau ialah wanita yang ada masalah sakit puan. Yerr tuan2 dan puan2, kawan saya ni seorang doktor sakit puan.

Disebabkan berlainan jantina, memang tugas beliau sebagai doktor di jabatan tersebut amat mencabar. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang beliau buat sampai wanita tersebut dakwa beliau mencabul kehormatannya. Televisyen dan akhbar tidak memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai perbuatan 'cabul' tersebut.

Tugas sebagai doktor memerlukan kami memeriksa pesakit. Sekiranya pesakit tidak diperiksa, maka risiko tersalah diagnosis amat lah tinggi. Salah diagnosis, salah rawatan; salah rawatan, pesakit boleh meninggal atau mengakibatkan kecacatan.

Tugas saya sendiri di bahagian Ortopedik memerlukan kami memeriksa tempat-tempat yang mungkin dianggap sensitif, contohnya di punggung, pinggul, pangkal paha, ketiak, leher dan sebagainya. Apatah lagi doktor bahagian bedah yang perlu memeriksa payudara pesakit sekiranya ada benjolan (mass), untuk memastikan benjolan tersebut bukannya cancer.

Saya pun kadang2 perlu memeriksa payudara pesakit untuk memastikan tiada ketumbuhan (primary tumour) yang mungkin merebak ke bahagian tulang pesakit (metastases).

Apatah lagi kawan saya tersebut yang perlu memeriksa kawasan sulit wanita setiap hari. Hmmm.... Apa kerja doktor sakitpuan? Antaranya...memeriksa bukaan rahim, memasukkan ubat ke pangkal rahim, memecahkan ketuban, memeriksa perut wanita mengandung, melakukan pembedahan dan sebagainya. Ini cuma sebahagian tugas dibahagian Obstetrik, belum disebut Gynaecology lagi. Dan, mungkin masalahnya disini ialah kerana beliau adalah seorang 'Lelaki'.

Rasanya lebih baik tugas di jabatan tersebut dikhususkan untuk doktor2 wanita sahaja.

Namun, pada pandangan saya, setiap doktor (dan sebelumnya pelajar perubatan) perlu ada asas merawat wanita mengandung dan melahirkan anak. Ini adalah satu kewajiban. This is what I think.

Apa akan jadi sekiranya ada kecemasan di dalam kapal terbang, dengan seorang wanita hendak bersalin dan hanya ada seorang doktor lelaki yang tidak tahu cara2 untuk membantu wanita tersebut untuk melahirkan anak? Kedua-dua ibu dan anak tersebut boleh meninggal.

Perkara asas yang perlu doktor2 ingat bagi mengatasi masalah ini ialah CHAPERONE.

Saya selalu mengingatkan kawan2 dan doktor2 houseman yang muda2 ni mengenai kepentingan Chaperone. WAAAJIBBB!! Berulang-kali saya ingatkan semasa klinik saya minggu lepas. Takut kalau2 terjadi lagi perkara yang tidak dingini. Kalau nasi dah jadi bubur, apa nak dikata lagi...Kadang2 kita tidak berniat apa2 pun, tapi pesakit dah fikir lain pulak..."Gatal betul doktor ni, aku saman baru tau! Adoii!"


Kesimpulannya...Always have a Chaperon by your side if you're examining patients with a different gender!!

11 comments:

  1. Owhh, kes DR. MSCN erkkk??
    Minda terbuka luas selepas membaca tulisan DR. kali ni. Mungkin berlaku salah faham pd hari kejadian. Pesakit menganggap rawatan / pemeriksaan itu tidak perlu tetapi mengikut ilmu kedoktoran, setiap faktor perlu diambil kira tuk menentukan jenis rawatan / preskripsi ubat.

    Sy setuju kalau hal² sakit puan dirujuk pada DR. wanita kerana masih ramai lagi wanita di luar sana mempunyai rasa malu yg menebal tuk bercerita pjg lebar ttg simptom penyakitnya kepada DR. yg berlainan jantina. Apatah lg, jika bahagian tertentu terutamanya sulit perlu diperiksa. Akan tetapi, cukupkah bilangan DR wanita yg berpengalaman tuk mengisi kekosongan tersebut??

    Justeru, penerangan jelas perlu diberi oleh para DR dan pesakit itu sendiri perlu faham prosedur yg perlu mereka ikuti. Sebaiknya biarlah ada sekurang²nya sorang saksi samada jururawat atau keluarga pesakit agar sessi pemeriksaan berjalan lancar tanpa 'gangguan seksual' yg sebenarnya adalah proses biasa perubatan.

    DR, apa benda CHAPERONE tu??

    ReplyDelete
  2. Saye x tau ape y DR tu buat sampai dia dituduh 'melakukan kekerasan jenayah' terhadap pesakit. That is wat ia written in Berita Harian. Rata2 staff y bekerja di bwh DR tersebut sedih dan x percaya dgn tuduhan yang dilemparkan. Org2 di luar sane, jgn cpt melatah. Ade y kate, "ape kes ni DR pun buat bende terkutuk mcm ni." Pesakit ni pun macam2 ragam. Sorry to say but for me, for someone who has to examine hundreds of women's private part everyday, there's no reason for him to cabul the candidiasis pt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg Hanim, kadang2 ramai yg cepat sgt buat tuduhan melulu. Periksa pun kena, kalau tak periksa lagi la salah. PS..Patient tu ada candidiasis ke? Yakkk...

      Delete
  3. @Eryza - Chaperone tu maksudnya kena ada orang lain yg menemani masa membuat pemeriksaan/prosedur tu. Chaperone tu kena sama jantina dengan pesakit tu. Maknanya, kalau pt perempuan dan doktor lelaki, chaperone kena perempuan dan sebaliknya. Biasanya kalau di hospital, staff nurse la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh, baru tau.
      Ingatkan sejenis istilah perubatan. ["_"]

      Delete
  4. dah dengar kes cabul di hoshas? hahha lagi best

    ReplyDelete
  5. Kes cabul di HoSHAS tu pelik sikit...nak kena buat investigation utk tahu cerita sebenarnya

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum Dr, juz nak tanya (takde kena mengena ngan citer doktor mencabul), kalau nak buat pemeriksaan payudara, macam ada ketulan tu, saya kena pegi klinik kesihatan sg buloh dulu ke, atau terus je pegi hospital sg buloh? hari tu sy dah call kksb, tapi dia cadangkan saya buat pap smear skali, tapi kena tunggu hari ke-14 selepas period, mcm lambat lagi, sy risau pasal ketulan tu, kalau boleh sy nak pegi cepat, tapi tak tau prosedur macam mana, atau ada hari2 tertentu ke nak pegi check?

    maaf ya dr kalau soalan saya tak kena tempat, juz bertanya. terima kasih.

    boleh juga email saya: kojiwami@yahoo.com. TQ

    ReplyDelete
  7. Kepada Doktor Mahyuddin, memang semua doktor lelaki dan perempuan kena belajar mengenai O&G tapi kenapa ada yang berminat jadi pakar sakit puan?? bidang lain dah terlebih doktor ke?? saya tak salahkan doktor lelaki 100% yang memasuki bidang O&G sbb pihak kerajaan patut mengasingkan dan menambah bilangan doktor perempuan dlm bidang O&G..doktor O&G memglah dah tak kisah sbb hari2 tgok kemaluan wanita tp doktor lelaki tu bukannya mati pucuk! ini bukan soal dah biasa atau agama semata-mata tp ni soal maruah dan kehormatan wanita...ini negara islam tp bidang kesihatan ikut barat...kita boleh ubah tp para doktorlah kena sokong yang hanya doktor perempuan dlm bidang O&G...takde yg mustahil...negara kita bukan darurat.

    ReplyDelete
  8. soal kes kecemasan dalam kapal terbang tu special kes sama seperti kemalangan kerana itulah DARURAT sebenar...memglah semua doktor akan belajar mengenai O&G tp kenapa tp kenapa ramai jadikan bidang O&G sebagai bidang kepakaran?? antara alasannya yang popular ialah "doktor perempuan x minat sbb xnak buzy dgn on call dan keluarga terabai"..kadang terpikir jugak kenapa doktor lelaki tak minat jadi pakar sakit tuan?? agaknya semua lelaki kt malaysia ni sihat2 kot berkaitan hal "kelakian" (bersangka baik)

    ReplyDelete
  9. Negara malaysia terkenal dgn negara Islam. Jangan jadikan negara barat sebagai ikutan. Kita perlu ubah kearah budaya islam. Bukan susah sebenarnya untuk mewujudkan scene islamic di kalangan hospital. Kadang2 patient terpaksa bayar mahal sebab nk dapatkan dr wanita biasanya di hospital sakit puan. Kalau hospital kerajaan tk blh tetapkan. Ramai je dr wanita yg masih menganggur. Utk para student medic please belajarlh utk agama ya..terbuku di hati..andai ad yg terasa mohon maaf..

    ReplyDelete