Petang tadi aku telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Temerloh berkenaan kehilangan pembantu rumah saya. Yer tuan2, pembantu rumah aku yang baru bekerja 2 bulan setengah itu telah lari dari rumah!
Kalau nak difikirkan balik, memang majikan2 kat Malaysia ni tidak ada perlindungan langsung. Aku telah mengambil maid ni daripada sebuat agensi yang berdaftar di Kuantan dengan bayaran RM7900. Bukan sikit jumlah tu, sebulan gaji aku pun tak dapat sebanyak tu...
Kalau ikut agensi tu, ada warranty 3 bulan... macam beli peti sejuk pulak ada warranty. Warranty 3 bulan tu maksudnya, kalau maid tu lari dalam tempoh 3 bulan, agensi akan carikan pengganti, tapi bukan percuma, nak kena bayar RM2500+ untuk bayaran 3 bulan gaji maid baru + levi + lain2 bayaran utk bawak maid baru tu masuk. Kalau maid baru tu lari jugak, nak kena bayar lagi RM2500+ kalau nak replacement....banyak cantik betul, ingat kita ni tempat chop duit ke??
Kalau maid kita lari selepas dah lebih dari 3 bulan dia kerja dengan kita, nak kena bayar full amount, RM7900 untuk replacement. Kesian betul laa kat rakyat Malaysia ni.... dah la Kerajaan Indon demand macam2 untuk maid dia, kita pulak menurut ajer, naik gaji la, cuti la every week, nak pegang passport la bla, bla, bla... Tapi kalau maid2 Indon ni lari apa kita dapat?? Takde perlindungan langsung!! So UNFAIR!!! *Bengang*
Rasanya nak kena buat movement baru kat Malaysia ni: * SAY NO TO MAID!!*
Pada pandangan aku, salah satu cara untuk tackle masalah ni ialah dengan kuatkan struktur Taman Asuhan Kanak2 (TASKA) kat Malaysia ni untuk bagi alternatif kepada ibubapa yang berkerja. Taska2 perlu berdaftar, selamat dan professional. Perlu ada taska yang offer nite service untuk parents yang kerja malam, contohnya doktor2 yang oncall, nurses yang kerja shift malam, pekerja2 kilang yang buat overtime dll. Pekerja2 taska perlu terlatih dalam khidmat penjagaan kanak2 dan bayi serta tahu serba sedikit berkenaan masalah kesihatan. Kes kematian bayi akibat tersedak susu baru2 ni memang menimbulkan ketakutan dan kerisauan dikalangan ibubapa yang menghantar anak2 ke taska.
Seminggu tanpa maid memang meletihkan. Nak update blog pun tak sempat dah. Kejap lagi nak kena sidai kain, jam dah pukul 11.55 malam ni hehehe.... tadi baru siang ikan dan bersihkan ayam2 yang baru dibeli kat Tunas Manja Temerloh. Pagi tadi sapu dan mop satu rumah, tukar air akuarium ikan dan teman anak main kat luar rumah... semuanya yang maid buat sebelum ni.
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya masa yang menentukan. Buat masa ni, aku dan isteri memang bertekad untuk tidak ambil maid lagi. Cukup2 lah pengalaman yang dah dirasai dengan maid2 Indon ni...(sakit hati jugak sebenarnya ni).
SAY NO TO MAID!!!
Memang sakit hati bila maid lari, tapi Allah maha mengetahui... Memang bagus takde maid... Kalau ada maid kita pun lalai gak... Anak anak pun maid yang suapkan nanti anak pun keras hati n bebal mcm maid...
ReplyDeleteMaid saya pun lari gak... Bg mcm2 alasan... Dah layan sebaik mungkin bg hp supaya tak boring, ptg boleh gi berbual ngan kawan kat rumah jiran dsb still not appreciating...
Pastu masa lari buat2 mcm nak balik je sekali check almari dia dh dikosongkan selipar jepun yang kita belikan pun dia hangkut....
So for me maid ni memang boleh blah... I dont even watch any indonesian cinetron at all...
Banyak sangat dah pengalaman majikan kat Malaysia ni. Saya mmg setuju sangat, kalau takde maid mmg lebih baik secara umumnya. Cuma untuk sesetengah ibubapa, terutamanya yg tidak bekerja mengikut 'office hour' yg biasa, mmg hampir mustahil kalau takde maid, terutamanya yg tiada sanak saudara yg berdekatan.
ReplyDeletebang din...kalau boleh berpendapat kat sini...
ReplyDeletesebagai orang indonesia...susah juga nak cakap pasal nie...n to be honest, masalah maid ini, bukan kat malaysia sahaja mereka buat pasal...kat indonesia pun mungkin 80% maid bermasalah...time saya masih kat sana, tak ada yang lebih dari 1 tahun...padahal kita dah buat elok2...anggap mereka macam family...
awal mula saya bawa family kat sini juga bawa sekali gan maid, tapi lepas hampir satu tahun dapat proper visa (student x boleh bawa maid)..
basically kat sana pun macam sini problemnya...agent bawa maid, 2-3 bulan pergi lepas warranty habis...maid pun katanya balik lagi kat agent tu...
kenapa biaya maid mahal...itu yang i rasa x masuk akal and u all pun jadi target agen...sebab memang perlukan maid...
kalau mengenai kerajaan indonesia banyak minta macam2...kerana banyak juga majikan buat hal macam x bagi gaji, physical and sexual tortion,etc...kerajaan just try to protect their own citizen...i think kerajaan malaysia pun akan macam tu juga kan bang...
i pun setuju kalau ada kempen SAY NO TO MAID ...sebab, maid2 bermasalah ini membuat secara general nama indonesia x elok...sedangkan orang yang betul2 nak kerja dengan baik, jadi korban juga...jadi kalau kempen tu jalan, x orang dirugikan...orang malaysiapun x paya merasa di tipu orang indonesia...betul x bang?? :)
salam bang...(fredy-ukm)
the way u write it..just like the way u talk fredy
Deletemahyuddin, aku pun nak bagi pengalaman aku...aku dah ada 7 maid so far (dlm tempoh 5 tahun)..yg first memang superb bab jaga anak. lepas dia, mcm2 perangai.. menangis tak mo makan, lari dari rumah sbb tak boleh kena marah, ada yg buat mcm dia bos (aku masak dia baca majalah, nak cuti suka hati), tdo most of the time...alhamdulillah yg current ni baru nak masuk 3 bulan, so far so good tapi tak tau lah.
ReplyDeleteso, to me masalah maid ni ada beberapa sebab; first maid itu punya perangai.. klu nak kerja, nak cari duit, kerja elok2. aku tgk bila kerja teruk, kena dera, tak pulak lari.. yg kita jaga elok2 ni, lari...so, base on niat diorang.
second: majikan..esp isteri...(termasuk aku)..sometimes perempuan dgn perempuan tak boleh get along. tapi bila kita tutup mata, naik tocang la plak....
aku pun sebenarnya dah serik nak ambik maid. ramai betul kawan2 yg maid lari..so, masalah majikan ke semua tu? husb aku sampai fobia ngan indon, waiter indon amik order salah pun kena marah.
to fredy:kami majikan malaysia ni walaupun dah byk kena tipu, byk habis duit, tak de la macam org indon yg buat kempen anti-malaysia tu..
Abg din , sabar la. Gagal dengan maid indon ni bukan beerti gagal selamanya to maid dari negara lain. Say no to maid indon. Say yes to others...kita try filipino plak.
ReplyDeleteAbang din, lepas sebulan buat kerja jangan lupa bayar gaji on time. Oleh kerana kerja dibuat dgn kak sanaz gaji kena bagi dua lah. Lepas tu jangan lupa cuti pun kena beri juga , kak sanaz pun kena beri juga, dan kalu nak ambil cuti sama2 ajak budak2 tu sekali. Baru best. Satu lagi peringatan abang Din tak boleh marah budak2 tu semasa wat kerja..
ReplyDeleteSelamat maju jaya dlm kerjaya baru Ang Din....
Adik Mat Tanjong.
@Fredy - Thanks for your comment and input. Mmg kerajaan yg bertanggungjawab akan buat apa yg kerajaan Indonesia buat utk rakyatnya. Persoalan skrg, apa yg kerajaan Malaysia buat utk lindungi majikan2 di Malaysia?? Untuk elakkan masalah ni, elok tak payah ambil maid selagi takde regulation utk protect majikan juga.
ReplyDelete@Adik Mat Tanjong - Terima kasih byk2 atas komen. Mmg komen dan cadangan yg amat baik! Baik kita bayar diri kita sendiri kan!?
@Zu - aku setuju dgn pendapat awk tu. Mmg byk faktor yg menyumbang kpd masalah ni. Cuma perlu ada regulation utk protect both parties. Masalah lebih prominent dgn maid dari Indonesia sbb ramai rakyat Indonesia yg tinggal di Malaysia ni (terlampau ramai) jadi diaorg ni ada strong support system kalau diaorg lari.
ReplyDeleteHmmm... ada bibik susah, takde bibik pun susah gak bg
ReplyDeleteorg yg berkerjaya suami isteri mcm Doktor ni. Apa kata
try amik maid robot plak, gerenti tak lari. :)
Din, aku takder pengalaman la maid lari ni, 2 maid aku yg mula2 dulu, satu aku hantar balik sebab tak meyakinkan, satu tu nak balik lepas setahun sebab katanya dah cukup duit.
ReplyDeleteYg skrg ni dah masuk tahun ke6, alhamdulillah. tapi memang tak adil utk majikan la, sebab takder perlindungan. patutnya kalau lari je memang kena ganti la, at least kasik warranty setahun. or kontrak 2 tahun.
kalau lari dlm masa tu, semua gaji takyah bagi....lepas 2 tahun baru boleh pegang duit gaji, mcm aku buat dgn maid aku la ni...
wah ada blog dr... good job bro... keep update ya...
ReplyDeletefrom: mahadzir