Assalamualaikum,
Saya termenung seketika. Entah kenapa, tiba2 saya teringat saat2 getir tempoh hari sewaktu peperiksaan akhir Master menjelang.
Betapa saya bersama-sama rakan rapat, Dr. Sazali dan Dr. Kamarul bertungkus lumus membaca dan melakukan latihan praktikal keatas pesakit di wad dan di klinik Ortopedik Hospital Sungai Buloh.
Seminggu sebelum peperiksaan, saya dan Sazali melakukan 'viva', atau oral examination pada setiap masa yang terluang. Sewaktu berjalan ke hospital dari kuarters pun kami praktis, semasa makan dan minum dan pada sesi rondaan pagi. Pendek kata, setiap detik digunakan sepenuhnya, tolak time tidur dan toilet aje. Kalau boleh dalam toilet pun nak praktis *Smile* :)
Semuanya untuk final exam. Serik menghadapi kegagalan. Begitu dahagakan kejayaan. Mahu bergelar Pakar Ortopedik!
Sekarang, semuanya sudah tercapai. AlhamdulilLah.
Namun, hari ini hati terdetik. Hmmm...bagaimana pula viva di dalam kubur nanti. Dah bersediakah saya? Apa persiapan yang sudah saya buat? Kalau nak dibandingkan dengan persiapan untuk final exam baru2 ni, memang ibarat langit dengan bumi.
Sabda Nabi Muhammad saw:
Kubur itu boleh menjadi sebagai taman syurga dan boleh menjadi sebagai lubang neraka
(Riwayat At-Tirmidzi;2591)
Saya insaf.
Saya berazam untuk memperbaiki amalan diri, isteri dan anak2, menyempurnakan yang wajib, menambahkan yang sunat. Membersihkan hati dari sifat mazmumah, menambahkan sifat mahmudah. Mengutamakan ikhlas, melontar riak dan takabbur jauh2.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
Apa ertinya kalau berjaya didalam viva dunia ini, sekiranya gagal semasa viva di dalam kubur kelak.
No comments:
Post a Comment