Semalam saya bersama2 beberapa sahabat melakukan ziarah ke rumah Dr. Sabaruddin, atau pun sekarang dah bergelar Abang Haji Dr. Sabaruddin *smile* :)
Kami tiba di kediaman beliau di Sunway Kayangan lebih kurang 8:30 malam. MasyaAllah, kami disambut dengan senyuman manis beliau. Dengan kepada yang hampir botak (ada la sikit rambut sepanjang 3mm), berjambang dan bermisai, beliau nampak seperti seorang alim ulama tersohor. Nampak macam sahabat2 dari jemaah tabligh pun ada jugak. Terlihat ketenangan dan cahaya keimanan di wajah beliau. Kami berpelukan. Sudah sebulan lebih tak berjumpa.
Banyak cerita yang dikongsi. Abang Haji menayangkan gambar2 dan video2 clip yang beliau ambil masa di tanah suci. MasyaAllah, ramainya manusia!
Saya sama2 berkongsi cerita dan pengalaman di Makkah dan Madinah. Saya pun baru sahaja pulang daripada melakukan ibadat umrah tempoh hari. Masih segar diingatan.
Bestnya dapat makan Kurma Ajwa, kismis, gajus dan minum air zam zam. Chocolate cake dan air 100 plus pun ada gak...
Kami spend sampai pukul 10:30 malam sebelum pulang. Dapat buku amalan dan sejadah kecik tanda ingatan dari tanah suci hehehe. Terima kasih Abang Haji.
Very happy to have you back Abang Haji! |
Back Row: Mr. Hazrin (Hosp Sungai Buloh), Abang Haji Sabaruddin and Mr. Razak Hussin (HTAR, Klang)
Front Row: Mr Sazali (HTAA Kuantan), Mr Fairudz (UiTM Orthopaedic Surgeon) and The Blogger
May ALlah gives strength to Abang Haji in facing the upcoming exam in May 2012. InsyaAllah you will pass with flying colours!!
No comments:
Post a Comment