Tuesday, June 7, 2011

Biasiswa JPA

Assalamualaikum,

Utusan hari ni melaporkan 500 pelajar tajaan JPA gagal pulang untuk berkhidmat di Malaysia selepas tamat pengajian sepanjang 10 tahun lepas.


355 kes berjaya di selesaikan dan masing2 pulang. Baki 145 lagi masih berdegil. Kebanyakkannya di UK. Kebanyakkan kes melibatkan lulusan Perubatan dan Kejuruteraan.


Sebelum saya berangkat ke University of Otago, New Zealand dulu memang ada perjanjian dengan JPA dan Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia akan menaja pengajian saya dan sebagai balasannya, saya kena berkhidmat selama 10 tahun. Jumlah tajaan tu saya difahamkan, mencecah RM500,000 setiap pelajar (maklumat ni tidak diberitahu semasa taklimat, saya cari sendiri di internet). Kalau saya break the contract, saya kena bayar RM160,000. Tahun ni tamat la kontrak 10 tahun ni *yeay!!*


Biasanya alasan yg diberi ialah gaji di sana lebih tinggi. Ada jugak yg takut nak buat housemanship kat Malaysia. Apa punya alasan da...


Pada saya, ini soal amanah, jujur dan tanggungjawab. Tak kira la apa alasan yg diberi, mereka2 yg refuse untuk balik ni sebenarnya tidak bertanggungjawab, amanah dan jujur. Bukan kah kita dah menandatangani perjanjian (JANJI!). Janji mesti ditepati. Ini amanah rakyat Malaysia untuk melihat kita berbakti kepada tanahair. Tidak jujur dengan diri sendiri, mementingkan diri sendiri...Selfish! *marah ni!*


Daripada membazirkan duit rakyat hantar mereka2 yg tak bertanggungjawab ni keluar negara, baik guna wang sebanyak RM500,000 tu untuk taja 3 - 4 orang di IPTA dalam negara, lagi berbaloi. Sekarang ni semua orang mahukan biasiswa. Semua pihak push kerajaan - sama ada ni pihak kerajaan sendiri mahu pun pembangkang.


Saya setuju sangat kalau tindakan tegas diambil ke atas mereka2 yg tidak bertanggungjawab ni. Patut nya dah lama dah kerajaan ambil tindakan...

1 comment:

  1. ye adik sokong a.din, hehe. org2 yg x balik msia sbb pikir kat luar negara lg tinggi gaji compared to msia, selfish. pikir die je nak gaji tinggi. sebelum tu pakai duit rakyat tak dok plok die nak pikir.

    ReplyDelete