Saturday, May 30, 2015

Bengkel 'Training Of Trainer' Log Book Houseman di Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum semua :)

Minggu lepas saya berpeluang ke Hospital Sungai Buloh kerana menghadiri Bengkel Training Of Trainers (ToT) bagi Buku Log Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) atau kita lebih senang sebut sebagai Houseman/House Offiers (HO).

Bagi yang tidak tahu, Houseman ialah doktor yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan tempoh latihan housemanship ini, di Malaysia ialah 2 tahun. Selepas 2 tahun baru lah PPS ini diberi pendaftaran penuh sebagai Pegawai Perubatan bertauliah. Ini adalah supaya mereka mendapat cukup pendedahan mengenai setiap disiplin perubatan, dapat mengenalpasti masalah perubatan pesakit dan yang paling penting "to be a safe doctor" :)

Saya menghadiri bengkel ni bersama Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) yang saya hormati, Mr (Dr.) Muhamad Yusof Aziz.

Bengkel ini diadakan di Hospital Sungai Buloh pada 18-19 Mei 2015 dan dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Ortopedik seluruh Malaysia dan Pakar-pakar yang menjaga Houseman

Hospital Sungai Buloh (HSB) ni amat dekat di hati saya kerana saya pernah ditempatkan di sini selama 6 bulan pada awal tahun 2011 dahulu. Saya bersama-sama 3 lagi rakan yang lain di arahkan meninggalkan Pusat Perubatan UKM selepas gagal dalam Peperiksaan Akhir Kepakaran Bahagian 2 (kalau pass terus jadi Pakar Ortopedik dah). Boleh la nak baca cerita saya kat entry sebelum ni huhu

Dalam kesedihan dan kesukaran itupun, sentiasa tersirat rahsia. Rahsia yang hanya Allah tahu. Penempatan kami di sini lah yang menemukan kami dengan Dato' Dr. Zamyn Zuki, Ketua Jabatan Ortopedik HSB. Beliau mempunyai cara tersendiri mendidik doktor-doktor, paramedik dan staf dibawah seliaan beliau. Beliau banyak mencorakkan diri dan pemikiran saya, mengajar saya selok belok kehidupan dan bermacam teknik on how to deal with people' :) I owe him a lot.
Dr. Khalid, Pengarah Hospital Sungai Buloh menyampaikan ucapan alu-aluan

Dato' Dr. Zamyn Zuki, Ketua Jabatan Ortopedik HSB merangkap Ketua Penyelaras Program PPS Ortopedik 
Hasil bimbingan beliau, kami berempat (Saya, Kamarul, Sazali dan Sabarudin) yang ditempatkan di HSB berjaya lulus dan menjadi Pakar 6 bulan kemudian, pada hujung tahun 2011. Pembaca semua kena PM saya kalau nak tahu apa yang kami lalui. Betapa tough nyer kehidupan kami ketika itu sebagai registrar huhuhu (macam nak menangis pun ade masa tu...)

Terima kasih juga buat Ketua Jabatan Ortopedik PPUKM ketika itu, Prof. Sharaf Ibrahim yang menghantar kami ke HSB. I think he knows something that we don't hehe

Kini, kami berempat sudah pun berjaya alhamduliLah. Kamarul dan Sazali pula dah pun masuk program Sub-Kepakaran.

Ucapan Perasmian Bengkel oleh Dato' Dr. Azman Abu Bakar 

Datuk Dr. Azman menggunakan mesin pemotong POP bagi mengeluarkan LogBook terbaharu bagi Houseman Ortopedik daripada badan "Kapten Malaysia :)"  

Gimik yang mengalahkan Festival Filem Antarabangsa hehe... Dato' Zamyn memang hebat kalau bab-bab ni hehe (Gurau aje Dato' :)
Perasmian Bengkel ni memang hebat! Siap ada kertas-kertas berterbangan dan bunyi-bunyian lagi. Tu tak sebut lagi video klip houseman yang dihasilkan khusus buat Bengkel ni :)

Khusyuk mendengar perkongsian Dato' Zamyn mengenai pengalaman beliau mendidik housemen
Log Book baharu ni dipanggil 'The Blue Ocean Log Book'. Pandangan peribadi saya, ia amat bagus kerana ia lebih komprehensif. Ia juga membolehkan kompetensi HO yang periksa secara objektif. Saya tak dapat la nak dedah secara terperinci kat sini sebab Log Book ni belum dilancarkan lagi secara rasmi buat kegunaan hospital-hospital seluruh Malaysia :) Nnati kalau dah lancar saya boleh kongsi :)

Bengkel termasuk juga sesi praktikal yang dijalankan di Klinik Ortopedik HSB. Tahniah buat HO, MO dan Pakar Ortopedik HSB yang bertungkus-lumus menajyakan bengkel ni. Dr. Tan YinYing (kanan sekali) merupakan HO saya pada 2011 semasa saya bertugas di HSB. Kini beliau meruapak MO di Jabatan Ortopedik HSB.  

Gambar kenangan kami - Ketua Jabatan dan Pakar yg menjaga PPS Ortopedik seluruh Malaysia yang menghadiri Bengkel ToT ini
Ramai antara doktor-doktor MO saya dahulu di HSB sekarang sudah pun berada dalam program kepakaran termasuk Dr. Khairul, Dr. Saifuddin dan Dr. Murali. Tahniah buat korang semua. Gambar-gambar ni semua pun, Saifuddin yang kongsikan. Thanks Din :)

Setiap PPS, MO dan Pakar HSB serta mereka yang sudah menjalani latihan bersama Dato' Zamyn diberi gelaran OrthoLifers!!! and I am proud to announce that, I am one of them :)

Bengkel ToT ini berjaya memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai Buku Log yang bakal dilancarkan kelak. Buku Log PPS/HO ini lebih khusus dan objektif berbanding yang ada sekarang. Tahniah buat Jabatan Ortopedik HSB yang berjaya menganjurkan bengkel ni dengan jayanya :)

OrthoLifers FOREVER!

Saturday, April 25, 2015

Bayi Bomoh Kembali Lagi

Assalamualaikum,

Maka sebagaimana yang telah saya jangka, bayi kecil comel berusia 1 tahun yang saya ceritakan dalam cerita sebelum ini (dalam page facebook saya www.facebook.com/TintaMahyuddin) dimasukkan kembali ke wad saya malam tadi, syukur AlhamdulilLah.

Syukur saya kerana ibubapa bayi ini cepat bawa bayi ni bagi dapatkan rawatan. Syukur kerana kepatahan peha bayi ni masih tidak beralih (fracture displaced). Syukur kerana kaki bayi ini tidak pendek atau bengkok.

Bayi comel ini dibawa kembali oleh ibubapanya dengan peha yang berbalut buluh. Kulit putih gebu bayi ini sudah kemerah-merahan. Ada bahagian yang tercalar akibat geseran dengan buluh. Nasib baik belum bernanah.

Pada tahun lepas, saya pernah lihat satu kes lelaki dewasa tahun lepas yang datang selepas seminggu berubat kampung. Beliau patah tulang keting. Masa datang betis beliau berbalut daun yang dilayurkan dan diikat dengan buluh di kedua sisi betis. Beliau datang dengan penuh kesakitan, menjerit hingga keluar air mata. Demam yang sangat tinggi. Apabila kami buka buluh dan balutan daun, sudah ada ulat (maggot) yang meliuk-lentok di dalam luka pada betis pesakit. Nanah meleleh keluar. Kepatahan yang sepatutnya boleh disimen, terpaksa kami lakukan pembedahan bagi mencuci luka, membuang nanah dan memasang besi luar aerial (External Fixation) bagi menstabilkan kepatahan. Kuman telah pun masuk ke dalam peredaran darah pesakit ini akibat luka yang dijangkiti (Sepsis)

Bayi ini bernasib baik kerana ibubapa bayi ini sanggup datang kembali ke hospital. Ada ibubapa yang malu nak berhadapan kembali dengan doktor selepas berkeras mahu berubat kampung sebelumnya. Mereka berkeras mahu keluar pun kerana taat kepada kedua ibubapa mereka (dan mentua mereka). Dan seperti biasa, mak dan bapak, serta mertua mereka memang tak nampak batang hidung.

Dalam kes-kes sebegini, kalau jadi masalah, yang susah ialah bayi ini dan kedua ibubapanya, bukannya mak sedara, pak sedara, datuk, nenek atau jiran mereka.

Biasanya orang-orang inilah yang lebih sudu dari kuah, lebih doktor dari doktor, lebih pakar dari pakar. Kononnya nak menolong, tapi yang sebenarnya akan menimbulkan lebih masalah. Bila masalah sebenar benar-benar terjadi, dia orang ni akan kunci mulut, bayang pun tak nampak. Tinggal lah anda untuk selesaikan masalah anda sendiri.

Orang-orang ini menyusahkan kami merawat pesakit. Sikap dan kebiasaan kita yang suka mendengar semua sedara-mara juga menyukarkan kami. Ia menyukarkan keputusan dibuat kerana banyak pendapat, dan ia melambatkan keputusan boleh dibuat kerana menunggu abang long datang, tunggu mak long dapat cuti, tunggu nenek dapat flight atau tunggu datuk di kampung datang. Saya ada pesakit di wad sekarang yang sedang 'menunggu masa' akibat menunggu keputusan anak sulung yang belum sampai dari Johor.

Kesimpulan saya, kita sebagai ibubapa pesakit yang perlu ambil tanggungjawab membuat keputusan. Orang lain perlu hormat keputusan kita kerana apa pun yang terjadi, kita yang akan bertanggungjawab nanti. Kita perlu suarakan dan bincang dengan  sedara-mara yang tidak sependapat dengan berhemah dan hormat. Saya yakin mereka boleh terima.

Terima kasih kerana membaca bebelan saya yer :)

Monday, March 30, 2015

Sidin Cafe, Temerloh, Pahang - My Review

Assalamualaikum,

Korang pernah tak datang Temerloh? Temerloh di memang terkenal dengan masakan Patin Tempoyak Kalau nak pekena Patin Tempoyak atau Patin Goreng, boleh pergi Restoren GoBang Maju atau Restoren Patin Koi. Tapi kali ni saya tak mau cerita pasal Patin. Saya nak cerita pasal satu restoren baru kat Bandar Temerloh ni... SIDIN CAFE. Kalau mari ke Temerloh ni, korang mesti makan kat sini, HIGHLY RECOMENDED!

Sidin Cafe di letaknya di kawasan pembangunan baru Dynatown, 2 minit aje dari roundabout Temerloh. Ia berada di tingkat 1, belakang bangunan kedai yang ada kedai PappaRich dan Ben Salem Bokk Store tu. Berkonsepkan Outback, teringat zaman saya masa belajar kat New Zealand dulu. Banyak jugak restoren yang berkonsep macam ni. Memang best!

Ruang depan Sidin Cafe
Makanan dan minuman memang best-best dan banyak pilihan. Majoritinya Western Food. Cara masakan dan presentation makanan pun tip-top. Ni saya share beberapa menu yang saya sempat snap hari tu...

Anak-anak saya paling suka Cheesy Nachos ni. Kalau dah makan sekali, pasti datang lagi, Guaranteed! 


Daging bakar yang paling bawah ni pun saya dah try. Best!

Hmmm... saya sempat jugak snap harga makanan dan minuman kat sini. Saya rasa berpatutan dah. Ni harga minggu lepas, kalau minggu depan harga naik, saya tak bertanggungjawab heee











Cuba teka ni air apa? Haa... ni air Coco Lava. Nampak tak lava yang meleleh keluar tu? Memang tangkap leleh punya... hehe

Spagetti Cabonara...licin saya bedal malam tu...



Grille Checken Chop, yummy!


Ni Cheesy Nachos yang saya cakap tadi tu...ni WAJIB try tau!

Grille Lamb...very tasty!



Okay...cukup tak untuk buat korang semua terliur? hehe... Oh yer, lupa plak nak bagitau, restoren ni bukak petang ke malam aje, lepas jam 6 petang. Kalau datang tengahari memang tutup la jawabnya. nanti datang tau Sidin Cafe ni. Kalau tak try memang rugi.

Bye, wassalam :)

Thursday, March 26, 2015

Kaki Pendek Angkara Bomoh Patah

Kaki Pendek dan Tempang Angkara Bomoh Patah


Kepatahan tulang peha (femur) yang telah pun bercantum, namun bertindih (overlapped) dalam 5-7cm mengakibatkan kependekkan kaki pesakit

Pandangan depan (AP view) tulang peha kanan (Right femur)

Seorang pesakit telah datang berjumpa dengan saya di Klinik Pakar Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada minggu lepas kerana mengalami kesakitan pada sendi pinggul dan lutut. Beliau adalah lelaki berusia lewat 30an. Beliau masuk ke bilik saya dengan terhincut-hincut, diiringi dengan anak perempuan beliau. Kaki beliau pendek sebelah.

"Encik, saya Doktor Mahyuddin, pakar Ortopedik yer. Apa masalah encik?"

"Sendi pinggul dan lutut saya ni sakit doktor, dah setahun. Kaki kanan saya ni pun pendek sebelah"

"Kenapa dengan kaki encik?"

"Tulang peha saya ni patah 20 tahun lepas, masa tu saya baru belasan tahun. Ayah bawak pergi jumpa bomoh patah. Saya budak lagi masa tu. Ikut aje apa yang ayah suruh." Saya hanya mengangguk. Nasi dah jadi bubur. Cakap pun tak guna.

"Apa bomoh tu buat?" Saya bertanya. Boleh jugak tambah ilmu kepatahan yang masyarakat kita sangat percaya ni.

"Bomoh tu ikat dengan buluh, pastu balut dengan kain. Ada letak daun-daun kat bahagian luar ni". Dia menunjukkan peha kanannya.

"Baik terus ke lepas tu? Boleh jalan terus?" Sinis aje saya bertanya.

"2 bulan jugak saya terbaring doktor. Lepas 2 bulan baru boleh berpijak. Tapi tempang la doktor"

"Memang la tempang encik. Cuma encik tengok xray ni. Tulang memang la dah bercantum, kalau tak buat apa-apa pun dia cantum. Sekarang ni, kalau kita ukur, dah pendek dalam 5 cm. Memang pendek sebelah. Sebab itu encik sakit lutut dan sendi pinggul. Berjalan dah tak balance. Tekanan berlebihan pada sendi.

"Apa kata ayah encik?" Saya suka nak tahu sikap ayah-ayah yang cerdik ni.

"Nak kata apa doktor. Tak kata apa-apa lah. Masa saya muda, boleh la saya kerja berat. Sekarang ni dah tak larat doktor. Semua sendi saya sakit". Kata beliau yang bekerja sebagai buruh binaan.

"Doktor boleh betulkan ke tulang saya ni?" Soalan cepu emas. Jawapannya tak perlu la saya kongsikan di sini.

Mahu aje saya kata ' Pergi la jumpa bomoh tulang yang hebat tu balik. Mintak dia panjangkan semula'. Namun, ia hanya kekal sebagai bisikan di hati saya. Saya masih menjaga tatasusila sebagai seorang doktor (walaupun penuh dengan rasa marah terhadap bomoh dan sikap masyarakat kita yang terlalu percayakan bomoh patah ni!)

PS. Gambar dan cerita ini disiarkan dengan izin beliau. Beliau berharap tiada lagi ibubapa yang membawa anak masing-masing berubat dengan bomoh patah. Kata beliau, "hanya ibubapa zaman dahulu aje yang bawa anak masing-masing berjumpa bomoh patah ni". Saya hanya tersenyum, kerana baru minggu lepas seorang bapa mengeluarkan anaknya yang berusia 10 tahun dari wad kami sehari sebelum pembedahan untuk dibawa berubat dengan bomoh patah.

Saya hanya perlu menunggu. Anak ini akan dibawa kembali ke klinik kami untuk dibetulkan tangannya yang bengkok, atau pendek atau keras sendinya tidak lama lagi. Ketika itu, yang membawa anak ini ialah ibu atau atuk neneknya kerana bapanya yang 'cerdik' malu alah untuk bertemu kami. Bukan ibubapa zaman dulu aje yang 'terlebih cerdik', ibubapa zaman sekarang ni pun sama.

Saturday, March 14, 2015

My Family Trip Ho Chi Minh City, Vietnam


Assalamualaikum,

Baru-baru ni kami sekeluarga dimurahkan rezeki, dapat bercuti ke Bandaraya Ho Chi Minh (HCM), Vietnam. Kami ke sana 10 sekeluarga. Kami berlima, Hana dan Adik (adik2 saya), Sofea (anak Hana), Ma dan Cumat (Mak sedara bongsu).Tak tahu nak expect apa.Yang saya tahu, memang ramai orang Malaysia yang bercuti ke sana. Dengar cerita ramai yang pergi beli kain untuk buat bisnes. Beli kain kat sana, jual balik kat Malaysia. Dapat untung 2-3 kali ganda...boleh la kalau sapa-sapa nak buat bisnes.

Kali ni nak share pengalaman saya sekeluarga kat Vietnam. At least dapat bagi idea kat kawan-kawan yang merancang nak ke sana nanti :) 

Ho Chi Minh City ni bandaraya terbesar di Vietnam. Dulu ia dikenali sebagai Saigon. Sebab tu masih ada banyak kedai dan hotel yang masih menggunakan nama Saigon di sini. Penduduk HCMC ni sekarang berjumlah dalam 9 juta orang.


Trip kami pendek aje, 3 hari 2 malam. Bertolak dari KLIA2 naik Airasia Flight AK520 direct ke Bandaraya HCM. Kami bertolak pagi Khamis 5/3/2015 dan balik semula ke Malaysia hari Sabtu 7/3/2015.

Proses nak board flight quite straightforward. Cuma lepas menunggu dalam setengah jam dalam kapalterbang tu, tiba-tiba kapten buat announcement "Kami ingin maklumkan bahawa jurutera telah mengesahkan bahawa pesawat ini tidak boleh berlepas dan kita perlu menaiki pesawat yang lain. Penumpang2 diminta keluar dengan tenang dan menunggu arahan lanjut di lobi menunggu" begitu lah lebih kurang bunyinya,,, huhu...cuak la jugak...

Hasif kata "AlhamdulilLah Hasif dah doa tadi. Jadi kita boleh nak pesawat yang selamat!" Wah, positifnya anak aku ni, masyaALlah :)

Berborak di boarding lobby sementara menuggu kapalterbang baru

Orait... ready to board the new plane!

Penerbangan KLIA ke HCM City ambil masa dalam 2 jam sahaja. AlhamdulilLah semuanya lancar. Sampai di airport HCM, pemeriksaan imigresen kat situ agak lama jugak. Kena menunggu lebih hampir sejam sebelum passport diperiksa.


Tukar duit
Kalau tanya2 member, ramai yang nasihatkan tukar duit kat Vietnam, lagi untung. Jadi, apa yang kita boleh buat, tukar la sikit dulu duit RM ke Vietnam Dong (VND) masa kat Malaysia dalam RM300 gitu. Kalau tak sempat pun takpe, immediately lepas kauter imigresen aje kat airport HCM tu, terus ada kaunter Currency Exchange dan kaunter teksi, sebelah-menyebelah aje. Boleh tukar duit dan book teksi airport kat sini. (tapi teksi ni mahal sikit la eh...). Kami book aje sebab nak memudahkan urusan.

Kalau tukar kat airport HCM ni, RM300 kita akan dapat VND 1,680,000 (dah jadi jutawan segera dah hehehe). Kalau kat Bandaraya HCM lepas tu, saya tukar RM300, boleh dapat VND 1,749,000.

Kalau nak tahu tukaran wang online, boleh guna website ni aje: klik sini

Kami tinggal di Hong Hac Hotel yang kami dah book online sebulan sebelum trip kami ni. Hotel ni bagus sebab fairly murah dan dekat dengan tempat beli-belah orang Malaysia. Kalau dari hotel ni ke Ben Thanh Market yang terkenal tu, cuma perlu jalan kaki dalam 5 minit aje. Tempat makan pun dekat yang amat!

Ni info hotel tu kalau kawan2 nak cuba: Boleh klik di sini.

Kat sebelah hotel Hong Hac ni ada kedai Circle K (macam 7 Eleven kat Malaysia), jadi senang nak beli air mineral dan sebagainya.


Makan
Makan dan minum yang HALAL di Bandaraya HCM agak mudah sebenarnya, terutamanya di sekitar Ben Thanh Market tempat orang Malaysia membeli-belah. Ada banyak restoren HALAL, restoren khusus untuk rakyat Malaysia pun ada. Kami makan lunch di Restoren Kampung Pandan. Menu restoren ni sama macam makanan kat Malaysia. Extra ada Coffee susu Vietnam yang terkenal tu (yang ni korang kena try kalau pergi sana nanti...)

Boleh try makan kat Restoren Kampung Pandan ni. Bukan kat Malaysia tau, kat Bandaraya HCM. Berhadapan dengan Hotel Hong Hac yang kami duduk masa trip ni. 

Makan memang best, paling best sebab ada orang belanja hehe 'wink' 'wink'

Kopi Susu Vietnam memang best. Secawan pun tak cukup.

Perut dah kenyang, kami meneruskan misi kami yang seterusnya. Apa lagi, shopping ler...


Shopping
Kalau sebut shopping, tak sah kalau tak sebut Ben Thanh market. Orang Malaysia ramai shopping kat sini. Tengok kiri orang Malaysia, tengok kanan orang Malaysia. Tengok depan dan belakang pun orang Malaysia. Ramainya Melayu yang cari kain nak buat baju kat sini. Malaysian Chinese dan Indian pun ada. Time makan, lepak sama-sama kat Warong 1 Malaysia.

Untuk memudahkan kawan-kawan semua nak shopping dan makan-minum, meh la saya share bahasa perbualan mudah Vietnam (ni adik ipar saya yang selalu ke sana share):-

Bangunan Ben Thanh Market (sumber wikipedia)


Simple Vietnam
1. Hello - Xin Chao (Sin chow)
2. Good bye - Tam Biet
3. How are you? - Ban co khoe khong (ban co kwe khome?) or Ban the nao
4. I'm fine, thank you! - Cam on ban toi khoe (gahm un ban thoy kew)
5. And you? - Ban thi sao? (ban ty sao)
6. What's your name? - Ban ten gi (ban thane zee)
7. My name is... - Toi la... (thoy la...)
8. Thank you - Xin cam on (sin gahm un)
9. You're welcome - Khong co' gi (khom go zee)
10. Yes - Vang (vung)
11. No - Khong (khome)
12. Excuse me / sorry - Xin loi (seen loy)
13. Can you help me? - Ban giup toi duoc khong? (ban zoop thoy duc khom?)
14. I'd like to eat - Toi muon an (thoy moowan un)
15. I'd like to drink - Toi muon uong (thoy moowan oowanh)
16. Good - Tot (thote)
17. Bad - Khong tot (khome thote)
18. What is this? - Cai nay la gi (guy nai la zee)
19. How much? - Bao nhieu (bow nyew)?
20. Too expensive - Mac qua (mahk qwa)
21. Where is the nearest internet shop? - Cho internet o dau (choh internet uh doh)?
22. Where is the nearest bank? - Nha bang o dau (nya bung uh doh)?
23. Hotel - khach san
24. Hot - Nong (nom)
25. Cold - Lanh (lang)
26. Coffee - Ca phe (cah feh)
27. Hot black coffee - Ca phe nong (cah feh nom)
28. Hot coffee with milk - Ca phe sua nong (cah phe sua nom)
29. Tea - Tra (chah)
30. I like - Toi thich (thoy tick)
31. I am happy - Toi vui (thoy vuoy)
32. I am tired - Toi met (thoy mate)

Haa...rasa boleh tak nak cakap Vietnam ni?

Antara kedai kain yang kami pergi. Kalau tempah baju kurung atau jubah, boleh siap dalam masa sehari aje. Ma dan Shahnaz bukan main lagi kalau beli kain, expert betul tawar-menawar.  

Sofea, Adik dan CuMat masa shopping kat Ben Thanh Market. Pasar ni seolah-olah memang menjual barang-barang untuk pelancong, especially pelancong dari Malaysia. Cenderahati pun banyak.

Happy Sofea boleh ikut gi Vietnam...

Hasif keletihan sampai menganga mulut tido. Takpe la Hasif, belajar la tunggu kaum Hawa ni shopping. Nanti Hasif dah kawin nanti, Hasif tau la... Nasib baik la kedai-kedai kat sini pandai, setiap kedai siap offer kerusi bagi suami-suami, abang-abang duduk sementara tunggu pasangan masing2 shopping.

Kalau rasa-rasa tak boleh cakap Vietnam, atau lidah terbelit ke apa, kawan-kawan boleh la cakap simple English. Kebanyakan pekedai dan pekerja hotel boleh cakap simple English. Majoriti penduduk awam Vietnam yang kami jumpa tak boleh nak berbahasa Inggeris, polis yang kami tanya arah pun tak boleh...huhuhu..,

Okay la, jangan risau. Kalau susah nak sebut perkataan2 Vietnam tu, boleh la cakap Simple Malay aje hehe...penjual2 ni rupa-rupanya dah pandai dah cakap cakap Bahasa Melayu, menunjukkan betapa ramainya orang Melayu Malaysia yang datang beli barang2 kat sini...


Tawar-menawar
Satu lagi, kalau beli barang2 kat sini - kain ke, baju, seluar, cenderahati, kopi atau apa2 saje, kena pandai tawar-menawar. Kalau langsung tak tawar, memang kena 'makan' habis la dengan pekedai kat sini. Nak mudah, bawak satu kalkulator. Senang nak bagi harga dan berkomunikasi. Biasanya penjual tu dah siap ada kalkulator dah pun.

Contohnya, masa saya nak beli baju T-shirt lengan pendek berkolar, penjual tu letak harga VND500,000 (dalam RM85). Kalau harga macam ni, baik beli kat Malaysia aje. Lepas tawar punya tawar, turun VND400,000 (RM68), pastu VND300,000 (RM52)... saya masih tak puas hati lagi. Bila kita acah nak keluar dari kedai dia, penjual tu (perempuan muda) siap pegang tangan kita lagi huhu... "VND150,000 abang, VND150,000 (RM26) abang", dia jerit

"Don't touch him!" Apa lagi, orang rumah kat sebelah terus mengeluarkan suara tegas dia hehehe. (saya rasa amat disayanggi ketika itu *chewah* - tolong jangan jeles kih kih)

Yang saya nak bagitau bukan bab pegang tangan tu (walaupun itu pun kena hati-hati jugak sebab diaorang ni boleh jadi aggresive). Kita kena tawar betul2 sebab harga baju yang RM26 ni pun boleh dinaikkan ke RM85. Entah berapa la harga kos baju ni sebenarnya...


Jalan-Jalan
Hari Jumaat kami khususkan untuk bawa anak-anak kami melawat tempat-tempat menarik di HCM ni. Oleh kerana trip kami ni pendek, kami terpaksa buat pilihan sama ada nak ke Terowong Cu Chi atau ke Sungai Mekong.

Trip ni kawan-kawan sebenarnya boleh book dengan pihak hotel. Tour company memang dah bagi pakej siap dengan harga kat lobi hotel.

Kami pilih untuk ke Terowong Cu Chi kerana memikirkan:

1) Trip ke terowong ni cuma separuh hari aje (kalau Sungai Mekong sampai ke 6 petang)
2) Terowong Ci Chi ni dapat bagi lebih maklumat berkaitan sejarah kepada anak-anak kami berbanding kalau kami ke Sungai Mekong
3) Risiko lebih tinggi kalau naik bot atau perahu di Sungai Mekong. Almaklum la, saya ni tak reti berenang huhu


Bergambar di Taman Ben Than semasa menunggu bas ke Cu Chi Tunnel. Cuaca memang best sepanjang kami bercuti kat Bandaraya HCM.
Pemandangan biasa di HCM. Pengangkutan utama di sini ialah motorsikal. Yang bagusnya, semua penunggang memakai helmet. Takde seorang pun yang tak pakai. Mereka bawak motorsikal pun perlahan aje.


Bengkel ni Kerajaan Vietnam (yang baru terbentuk lepas menang perang masa tu - tahun 1975) buat khusus untuk rakyat dia yang cacat akibat peperangan. Juga buat mangsa serangan bom kimia Amerika. Jadi mereka yang bekerja kat sini dapat cari pendapatan dengan menjual hasil Kraftangan masing2.

Pekerja-pekerja pakai baju biru. Hampir semua cacat kaki mereka. Tapi mereka masih mempunyai tangan dan akal yang cerdas dan kreatif untuk menghasilkan kraftangan yang unik.

Lukisan tangan yang dihasilkan

Shahnazmemang tak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri.

Kulit telur ayam yang dipecah-pecahkan ditampal membuat corak yang menarik

Wallaaa... dah siap dah.

Gambar atas tu dibuat menggunakan tampalan cengkeram telur ayam. Kalau nak buat hasil sebesar ni akan ambil masa selama 6 bulan.


Hasif tak appreciate sangat kraftangan yang dihasilkan. Hasif interested in motorsikal roda 3 yang pekerja-pekerja ni guna untuk datang kerja. "Papa, Hasif nak ambil gambar!"

Macam-macam model ada

Yang ni warna hijau pulak

Daripada Bengkel Kraftangan tu, kami naik semula bas dan bergerak ke Cu Chi Tunnel yang terletak dalam 30 minit perjalanan lagi. Sempat la nak pejam mata. Cuma duduk kat seat belakang bas tu, kadang-kadang melambung kami bila bas lalu ikut jalan yang tak berapa elok.

Okay..dah sampai dah.


Cu Chi Tunnel (Terowong Cu Chi - disebut "Kuci")
Terowong ini dibina oleh Gerila Cu Chi (dipanggil Vietcong atau VC oleh Amerika) sepanjang perang Amerika-Vietnam selama 20 tahun (1955-1975). Panjang keseluruhan terowong ini dianggarkan 250km. Semasa perang tersebut, Amerika menggunakan bom yang dijatuhkan dari pesawat pengebom bagi memusnahkan jaringan terowong ini namun hanya mampu memusnahkan 70km sahaja. Ini menjadi antara kejatuhan dan kekalahan Amerika di Vietnam.

Mengikut cerita pemandu pelancong kami, sepanjang peperangan tu, ramai gerila VC yang terkena penyakit tulang (rasanya Osteoporosis atau Osteomalacia) akibat kekurangan cahaya matahari akibat terlalu lama berada dalam terowong. Ada juga yang meninggal akibat Malaria.

Papan tanda Peta Terowong Cu Chi di depan pintu masuk utama. Ramai betul pelancong kat sini. Dianggarkan lebih 1000 orang pelancong datang ke sini setiap hari.

Saya bersama pemandu pelancong kami, Tam. Warga Vietnam yang fasih dan yakin berbahasa Inggeris (kena dengar betul2 sebab dia cakap English ikut slang Vietnam :))
Lubang asal yang ditemui selepas tamatnya perang Amerika-Vietnam. Lubang ini telah dibersihkan dan dibesarkan sedikit bagi memudahkan pelancong merasai sendiri keadaan apabila berada di dalam lubang tersebut.

Seorang pelancong mencuba sendiri masuk ke dalam lubang terowong 
Sebuah kereta kebal yang tersadai akibat terpijak periuk api Gerila Cu Chi. Rantai kereta kebal ni dah hilang. 

Pengorek yang digunakan oleh gerila untuk membuat terowong semasa perang tersebut.
Bergambar bersama staf Terowong Cu Chi yang berpakaian Gerila VC

Replika patung gerila VC - Tipikal mereka berbaju hijau, berselipar sandal dan mempunyai kain lilit di tengkuk bewarna hitam-putih

Tiger-trap - antara perangkap yang gerila VC sediakan untuk tentera Amerika yang datang menceroboh tanahair mereka
 Kami diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam terowong Cu Chi. Pihak pengurusan terowong ni telah membuka sepanjang 100 meter terowong bagi pelancong dengan pintu keluar setiap 20 meter sekiranya kita tak tahan duduk lama-lama kat dalam tu.

Kami anak beranak keluar di pintu pertama (20 meter). Keadaan kat dalam terowong tu begitu sempit, lembab dan gelap. Itu pun dah ada beberapa mentol diletakkan dan ruang sudah pun dibesarkan. Tak boleh berdiri kat dalam tu, cuma boleh membongkok dan di sesetengah tempat perlu merangkak.
KakLong Maisarah (kiri), Sofea (tengah) dan Hasif seronok dapat mencuba sendiri terowong Cu Chi

Saya dan Nabila pun tak lepaskan peluang. Sakit pinggang membongkok dan merangkak kat dalam terowong.

Kami luangkan masa dalam sejam setengah di Terowong Cu Chi. Memang amat bermanfaat terutamanya bagi kawan-kawan yang minat sejarah. Sambil jalan-jalan tu, kami tanam semangat patriotik di dalam jiwa anak-anak kami, pentingnya perjuangan mempertahankan tanahair, perlunya strategi licik semas peperangan, betapa perlunya kesabaran dan kecekalan semasa dalam kesusahan.

Semasa berjalan balik ke bas, Nabila bagitau "ini antara lawatan sambil belajar yang paaaling Na suka!" AlhamdulilLah.

Malam tu anak-anak collapse, keletihan. Saya dan wife keluar jalan-jalan hirup udara malam Bandaraya HCM. Sambil-sambil tu, wife window shopping dan real-shopping lagi. Sukanya orang perempuan kalau bab-bab shopping ni...

Kopi Champa ni wajib korang pekena kalau ke Vietnam. Sedap wooo. Harga VND20,000 (dalam RM3.40 aje). Pemuda Champa ni bernama Faizal dan pernah kerja di Johor Bahru selama 7 tahun. Beliau fasih berbahasa Melayu.

Suasana di Pasar Malam di luar Pasar Ben Thanh (Ben Than market - yang tertulis 'Cua_Tay' tu). Memang sibuk. Ramai betul orang Malaysia kat situ. Kebanyakkan peniaga boleh bercakap Bahasa Melayu. Kena hati-hati masa berjalan sebab motorsikal masih bersimpang-siur kat situ.

Kedai kasut pun kami masuk...

Anak-anak gadis bertiga dapat kasut baru sepasang seorang :)
Kalau perut lapar, boleh cuba makan Popia Vietnam. Popia Vietnam ni tak digoreng., berintikan sayur. Akan ada peniaga Champa bermotorsikal macam "Rohimah Halal Food" ni kat pasar malam tu. Popia goreng dan Karipap pun ada jugak. 

Teksi
Sebut pasal teksi, ada macam-macam jenis teksi kat Vietnam. Masa kami jalan-jalan kat Bandaraya HCM, at least kami nampak 3 jenis teksi ni.

Apa yang saya boleh nasihat, (nasihat ni pun orang lain yang kasi kat saya), kalau nak teksi, pakai Teksi VINASUN sebab teksi ni memang ikut meter. Teksi lain ada risiko pemandu tu tak ikut meter dan ada risiko dia pusing-pusing ikut jalan jauh untuk maksimumkan charge. Takut nanti kena pau lebih pulak. Dah ler tak berapa expert tukar-tukar duit Ringgit ke Dong... jalan kat situ pun kita tak tau.

Melainkan kalau memang kita pakai teksi yang dah siap berbayar. Contohnya saya bergerak dari Hotel Hong Hac ke Airport naik teksi yang dah siap berbayar VND200,000 (RM34) sehala (muat 5 orang dalam teksi tu). So, takde la kena tipu. Perjalanan dari hotel Hong Hac ke Airport ambil masa setengah jam.

Masa mula-mula sampai airport nak ke hotel, kami naik teksi airport yang kami book kat lapangan terbang tu. Kami kena VND230,000 (RM39) sehala.



VINASUN TAXI - Teksi ni yang saya rekomen la kalau nak bergerak dalam bandaraya HCM


Ohh.. satu lagi, kena berhati-hati juga dengan pencuci kasut. Kadang2, sedang kita berdiri kat tepi jalan, datang lelaki muda dengan alatan pencuci kasut. Dia akan berus kasut kita dan kadang2 letak gam (sambil kita berdiri tu) untuk baiki bahagian yang terkoyak (kalau ada). Kena cepat2 jauhkan diri dari dia sebab kalau dibiarkan dia akan mintak wang dari kita...

Secara keseluruhannya, trip ke Vietnam ni memang amat bermanfaat buat kami sekeluarga. Kalau ada peluang insyaALlah boleh pergi lagi. Belum sempat nak menyusuri Sungai Mekong :)
 
Okay, tu aje nak share, semoga bermanfaat. Babai dan Wassalam :)