Saturday, May 30, 2015

Bengkel 'Training Of Trainer' Log Book Houseman di Hospital Sungai Buloh

Assalamualaikum semua :)

Minggu lepas saya berpeluang ke Hospital Sungai Buloh kerana menghadiri Bengkel Training Of Trainers (ToT) bagi Buku Log Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) atau kita lebih senang sebut sebagai Houseman/House Offiers (HO).

Bagi yang tidak tahu, Houseman ialah doktor yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan dan tempoh latihan housemanship ini, di Malaysia ialah 2 tahun. Selepas 2 tahun baru lah PPS ini diberi pendaftaran penuh sebagai Pegawai Perubatan bertauliah. Ini adalah supaya mereka mendapat cukup pendedahan mengenai setiap disiplin perubatan, dapat mengenalpasti masalah perubatan pesakit dan yang paling penting "to be a safe doctor" :)

Saya menghadiri bengkel ni bersama Ketua Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) yang saya hormati, Mr (Dr.) Muhamad Yusof Aziz.

Bengkel ini diadakan di Hospital Sungai Buloh pada 18-19 Mei 2015 dan dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan Ortopedik seluruh Malaysia dan Pakar-pakar yang menjaga Houseman

Hospital Sungai Buloh (HSB) ni amat dekat di hati saya kerana saya pernah ditempatkan di sini selama 6 bulan pada awal tahun 2011 dahulu. Saya bersama-sama 3 lagi rakan yang lain di arahkan meninggalkan Pusat Perubatan UKM selepas gagal dalam Peperiksaan Akhir Kepakaran Bahagian 2 (kalau pass terus jadi Pakar Ortopedik dah). Boleh la nak baca cerita saya kat entry sebelum ni huhu

Dalam kesedihan dan kesukaran itupun, sentiasa tersirat rahsia. Rahsia yang hanya Allah tahu. Penempatan kami di sini lah yang menemukan kami dengan Dato' Dr. Zamyn Zuki, Ketua Jabatan Ortopedik HSB. Beliau mempunyai cara tersendiri mendidik doktor-doktor, paramedik dan staf dibawah seliaan beliau. Beliau banyak mencorakkan diri dan pemikiran saya, mengajar saya selok belok kehidupan dan bermacam teknik on how to deal with people' :) I owe him a lot.
Dr. Khalid, Pengarah Hospital Sungai Buloh menyampaikan ucapan alu-aluan

Dato' Dr. Zamyn Zuki, Ketua Jabatan Ortopedik HSB merangkap Ketua Penyelaras Program PPS Ortopedik 
Hasil bimbingan beliau, kami berempat (Saya, Kamarul, Sazali dan Sabarudin) yang ditempatkan di HSB berjaya lulus dan menjadi Pakar 6 bulan kemudian, pada hujung tahun 2011. Pembaca semua kena PM saya kalau nak tahu apa yang kami lalui. Betapa tough nyer kehidupan kami ketika itu sebagai registrar huhuhu (macam nak menangis pun ade masa tu...)

Terima kasih juga buat Ketua Jabatan Ortopedik PPUKM ketika itu, Prof. Sharaf Ibrahim yang menghantar kami ke HSB. I think he knows something that we don't hehe

Kini, kami berempat sudah pun berjaya alhamduliLah. Kamarul dan Sazali pula dah pun masuk program Sub-Kepakaran.

Ucapan Perasmian Bengkel oleh Dato' Dr. Azman Abu Bakar 

Datuk Dr. Azman menggunakan mesin pemotong POP bagi mengeluarkan LogBook terbaharu bagi Houseman Ortopedik daripada badan "Kapten Malaysia :)"  

Gimik yang mengalahkan Festival Filem Antarabangsa hehe... Dato' Zamyn memang hebat kalau bab-bab ni hehe (Gurau aje Dato' :)
Perasmian Bengkel ni memang hebat! Siap ada kertas-kertas berterbangan dan bunyi-bunyian lagi. Tu tak sebut lagi video klip houseman yang dihasilkan khusus buat Bengkel ni :)

Khusyuk mendengar perkongsian Dato' Zamyn mengenai pengalaman beliau mendidik housemen
Log Book baharu ni dipanggil 'The Blue Ocean Log Book'. Pandangan peribadi saya, ia amat bagus kerana ia lebih komprehensif. Ia juga membolehkan kompetensi HO yang periksa secara objektif. Saya tak dapat la nak dedah secara terperinci kat sini sebab Log Book ni belum dilancarkan lagi secara rasmi buat kegunaan hospital-hospital seluruh Malaysia :) Nnati kalau dah lancar saya boleh kongsi :)

Bengkel termasuk juga sesi praktikal yang dijalankan di Klinik Ortopedik HSB. Tahniah buat HO, MO dan Pakar Ortopedik HSB yang bertungkus-lumus menajyakan bengkel ni. Dr. Tan YinYing (kanan sekali) merupakan HO saya pada 2011 semasa saya bertugas di HSB. Kini beliau meruapak MO di Jabatan Ortopedik HSB.  

Gambar kenangan kami - Ketua Jabatan dan Pakar yg menjaga PPS Ortopedik seluruh Malaysia yang menghadiri Bengkel ToT ini
Ramai antara doktor-doktor MO saya dahulu di HSB sekarang sudah pun berada dalam program kepakaran termasuk Dr. Khairul, Dr. Saifuddin dan Dr. Murali. Tahniah buat korang semua. Gambar-gambar ni semua pun, Saifuddin yang kongsikan. Thanks Din :)

Setiap PPS, MO dan Pakar HSB serta mereka yang sudah menjalani latihan bersama Dato' Zamyn diberi gelaran OrthoLifers!!! and I am proud to announce that, I am one of them :)

Bengkel ToT ini berjaya memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai Buku Log yang bakal dilancarkan kelak. Buku Log PPS/HO ini lebih khusus dan objektif berbanding yang ada sekarang. Tahniah buat Jabatan Ortopedik HSB yang berjaya menganjurkan bengkel ni dengan jayanya :)

OrthoLifers FOREVER!

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. As'salam doktor..saya ingin minta pndangan doktor mengenai penyakit ibu saya..saya ad terbaca artikel doktor mengenai kuman pemakan daging manusia..saya risau jika ibu saya ad kena mengena dengan penyakit ini..bulan 12 yang lepas ibu saya dimasukkan kehspital disebabkan kaki bengkak..2 mnggu masuk doktor pakar sarankan 2 jnis antibiotik diberi kepada ibu saya..tp lpas 2 mnggu ubat diberi bngkak kaki ibu saya semakin surut n makin mengecik..lpas dibenarkan kluar ibu saya hilang selera makan n muntah2.. 3 hari lpas discharge ibu saya dirujuk semula ke hospital ipoh n doktor dapati ad cecair dibahagian peha ibu saya hingga ke lutut..selepas pmbedahan dibuat ibu saya dibenarkan kluar..tp lpas kluar ibu saya hilang selera makan n muntah2..n x smpai sebulan ibu saya discharge kedua dua belah kaki ibu saya membngkak semula until now..bile dibawa checkup doktor pakar n doktor pakar memberi tahu tidak mengetahui punca tersebut n membenarkan ibu saya pulang..saya risau keadaan ibu saya yang semakin melarat n hope doktor dpat bntu saya untuk tip2 cegah dri jd semakin teruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.

      Terima kasih kerana bertanya. Saya sebenarnya tak dapat nak menjawab soalan tuan dgn sempurna tanpa melihat dan memeriksa sendiri Ibu tuan. Namun, menurut tuan, ibu tuan telah dilihat oleh doktor dan pakar, sy berpendapat, yang terbaik ialah bertanya pakar yang melihat itu sendiri apa masalah sebenarnya.

      Kebengkakan pada kaki boleh disebabkan oleh beberapa perkara termasuk:
      1. Jangkitan Kuman

      2. Nanah

      3. Oedema - Pengumpulan cecair akibat masalah paru-paru, hati atau ginjal

      4. Saluran limfa tersumbat akibat jangkitan kuman atau pembedahan

      5. Darah beku

      Dan sebab2 lain. Memang perlu doktor periksa untuk tahu apa masalah sebenarnya. Sebaiknya Tuan bertanya doktor yang merawat. Terima kasih

      Delete
  3. Question: Is this Dato Zamyn the sex predator they are all talking about in The Star newspaper :O

    ReplyDelete
  4. Lol..no wonder it is a hard catch. Son of Tan Sri close to UMNO. Thanks God on the change government.

    Regardless how many you've contributed to the society, it is not a license for to be a sex predator. Shame on you. Wasting your talent.

    I wonder how your wife, your children gonna feel about to have a sex maniac in the family.

    ReplyDelete
  5. Kalau aku, aku buang je blog ni, glorify a serial rapist and heinous sexual predator!

    ReplyDelete