Kaki Pendek dan Tempang Angkara Bomoh Patah
Kepatahan tulang peha (femur) yang telah pun bercantum, namun bertindih (overlapped) dalam 5-7cm mengakibatkan kependekkan kaki pesakit |
Pandangan depan (AP view) tulang peha kanan (Right femur) |
Seorang pesakit telah datang berjumpa dengan saya di Klinik Pakar Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada minggu lepas kerana mengalami kesakitan pada sendi pinggul dan lutut. Beliau adalah lelaki berusia lewat 30an. Beliau masuk ke bilik saya dengan terhincut-hincut, diiringi dengan anak perempuan beliau. Kaki beliau pendek sebelah.
"Encik, saya Doktor Mahyuddin, pakar Ortopedik yer. Apa masalah encik?"
"Sendi pinggul dan lutut saya ni sakit doktor, dah setahun. Kaki kanan saya ni pun pendek sebelah"
"Kenapa dengan kaki encik?"
"Tulang peha saya ni patah 20 tahun lepas, masa tu saya baru belasan tahun. Ayah bawak pergi jumpa bomoh patah. Saya budak lagi masa tu. Ikut aje apa yang ayah suruh." Saya hanya mengangguk. Nasi dah jadi bubur. Cakap pun tak guna.
"Apa bomoh tu buat?" Saya bertanya. Boleh jugak tambah ilmu kepatahan yang masyarakat kita sangat percaya ni.
"Bomoh tu ikat dengan buluh, pastu balut dengan kain. Ada letak daun-daun kat bahagian luar ni". Dia menunjukkan peha kanannya.
"Baik terus ke lepas tu? Boleh jalan terus?" Sinis aje saya bertanya.
"2 bulan jugak saya terbaring doktor. Lepas 2 bulan baru boleh berpijak. Tapi tempang la doktor"
"Memang la tempang encik. Cuma encik tengok xray ni. Tulang memang la dah bercantum, kalau tak buat apa-apa pun dia cantum. Sekarang ni, kalau kita ukur, dah pendek dalam 5 cm. Memang pendek sebelah. Sebab itu encik sakit lutut dan sendi pinggul. Berjalan dah tak balance. Tekanan berlebihan pada sendi.
"Apa kata ayah encik?" Saya suka nak tahu sikap ayah-ayah yang cerdik ni.
"Nak kata apa doktor. Tak kata apa-apa lah. Masa saya muda, boleh la saya kerja berat. Sekarang ni dah tak larat doktor. Semua sendi saya sakit". Kata beliau yang bekerja sebagai buruh binaan.
"Doktor boleh betulkan ke tulang saya ni?" Soalan cepu emas. Jawapannya tak perlu la saya kongsikan di sini.
Mahu aje saya kata ' Pergi la jumpa bomoh tulang yang hebat tu balik. Mintak dia panjangkan semula'. Namun, ia hanya kekal sebagai bisikan di hati saya. Saya masih menjaga tatasusila sebagai seorang doktor (walaupun penuh dengan rasa marah terhadap bomoh dan sikap masyarakat kita yang terlalu percayakan bomoh patah ni!)
PS. Gambar dan cerita ini disiarkan dengan izin beliau. Beliau berharap tiada lagi ibubapa yang membawa anak masing-masing berubat dengan bomoh patah. Kata beliau, "hanya ibubapa zaman dahulu aje yang bawa anak masing-masing berjumpa bomoh patah ni". Saya hanya tersenyum, kerana baru minggu lepas seorang bapa mengeluarkan anaknya yang berusia 10 tahun dari wad kami sehari sebelum pembedahan untuk dibawa berubat dengan bomoh patah.
Saya hanya perlu menunggu. Anak ini akan dibawa kembali ke klinik kami untuk dibetulkan tangannya yang bengkok, atau pendek atau keras sendinya tidak lama lagi. Ketika itu, yang membawa anak ini ialah ibu atau atuk neneknya kerana bapanya yang 'cerdik' malu alah untuk bertemu kami. Bukan ibubapa zaman dulu aje yang 'terlebih cerdik', ibubapa zaman sekarang ni pun sama.
Hebat Macam mana kita atas Dunia Kita xboleh lawan ketentuan Allah. Wahai Manusia bernama Dr. Jangan Kamu Bongkak sangat.. Jangan nak menyindir orang sahaja. Sbb sy anak kepada seorg yg berubat secara tradisional.. Alhamdulillah dah Ramai yg Sembuh dan Baik Semula. Sebab Yg Datang Umah Sy bukan yg Patah Satu atau dua Tmpat ada yg smpai 4-6 tmpat patah. Dr. Pernah pikir dak patah tmpat kawasan yang xboleh masuk besi.. Contohnya Tulang Rusuk...? Tu MCm mana... Sy Tau sbb pesakit datang umah sy ada yg bru balik dri hospital. Sbb Kat Hospital xboleh buat apa.. Dr rasa dr. dah hebat sgt ka..? Jangan Sebab Sedikit Ilmu kita nak mendabik dada.. Dr. ada cara Dr. Perubatan Tradisional ada caranya sndri. Tujuannya sama.. Yang nak bagi Sembuh bukan kamu wahai Hamba Allah. Dia yang Menciptakan Kamu. Mohon Maaf, Terima Kasik. JGN SUKA MELEBEL ORANG.. ( Luahan Hati )
ReplyDeleteKalau tak pergi rawat kt mana2 pun pun tulang tetap tumbuh. Cuma tak tau senget sebelah ke sakit sendi ke haha. Klu melibatkan kaki sy rasa better rujuk doc kot sebab kaki bawak beban. Slalu kes bomoh patah buat tempang kt kaki je. Klu nak jumpa bomoh sbb patah rusuk jumpa la. Pendapat org masing2 sbb sy juga patah peha :)
Deletebetul tu betul..ade jgk baiknya perawatan tradisional ni.. psl kluarga kami dah mengalaminya sendiri..kaki dia patah 2..oprate msk besi..dah beberapa bln slps itu xboleh bengkok kaki..pegi xray dc ckp nk kna mskkan skru dekat dengan sendi dia..tp family xbg n bwk pegi jmpa bomoh patah..skrg alhamdulillah dengan izin Allah kaki tu semakin membaik dan dah boleh berjalan seperti sediakala..xsalah kita nak bagi pendapat tuan dc..sy tau kamu golongan cerdik pandai..jagalah bahasa kita..bercakap jangan sampai menghina..jangan merendahkan orang lain..dan jangan lupa tuan hanya mahluk yang diutuskan oleh Allah..untuk membantu..bukan untuk menggantinya..sekian..maaf jika ada yang terguris dan terkasar bahasa..
DeleteKetentuan Allah pun ada la asbabnya..kamu nak debat bagitaula sebab apa makcik tu tak boleh bengkok kaki dia? Ini duk sibuk nak cakap orang bongkak la apa la. Gi duduk dalam gua supaya tak susahkan orang..
Deleteade pendapat yang boleh diterima ade yang tidak,,kita sebagai manusia jangan cepat melatah..saya tahu apa maksud doktor tu sbb family saya pn penah terjadi..bkn ape yang maksud doktor tu kalu apa yang terjadi sila lah rujuk di hospital kerana kita tahu apa sakit kita sebelum membuat sesuatu perkara ..teknologi sekarang semakin canggih apa kata x-ray dahulu and then mntak nasihat daripada yang pakar..terima kasih dr.ma sebab rawat kakak saya,,sekarang dia sudah hampir boleh berjalan tanpa mengunakan tongkat walaupun ibu jari die dah tiada. saya tau amat susah untuk berjalan jikalau tiada ibu jari kaki kerana dia banyak menampung badan kita tambahan pula badan kakak saya yang besar..insha Allah
ReplyDeleteLain pulak kisah ank saya ni... Prgi hosp sbb patah peha. Ank umur 4 thn 8 bln ms tu. Doc bgtahu bdk2 tulangnya cepat tumbuh jd x perlu risau.. Dalm seminggu boleh tumbuh dh... Tp dia x simen lg dlm 3 mgu br dia nk simen.. Katanya lgi byk tulang tumbuh lagi cantik cntuman dia.. Mslhnya bila x ray 1 mgu dh nmpk tulang mcm nk melekat.. Doc just tambah pemberat.. Seminggu lg x ray ttp di kedudukan yg sama... Doc kata mcm biasa tgu lg semingu ckp 3 mgu boleh simen.. Sebelum simen tak x ray pon tgk keaadan tulang ank... Bila dh x ray tgk tulang dh beselisih..doc just ckp x boleh tarik dh.. Makanya jd pendek sebelah... Yang tak tahan nya bila sy tnya bengkok nmpk paha ank doc.. Dia kata apa, nk cantik kna operate la.. Mcm tu ke cara melayan pesakit... Skrg ni melibatkan ank yg nk kna tggung sakit 2 kali jika operate.. Kalu x buat.. Mlibatkan ms depan dia nti.. Mcm mn? Mohon tolong terima pakai sikit segala permintaan pesakit.. Rs mcm ank ni jd bhn kajian je.. Ye lah.. Tgh ramai doktor pelatih..
ReplyDeleteDoktor ni ikhlas nak fahamkan masyarakat dengan ilmu pun dikatanya bongkak? Sikit punya gila..
ReplyDeleteDoktor kat hospital buat rawatan menggunakan latest medical technology kan? Bomoh buat rawatan menggunakan cara zaman tok kadok dulu-dulu kan? Mana lagi bagus? Mestilah yang latest! Weyh, ko nak beli handphone pun mesti ko cari yang latest...ke ko memang guna telefon antik aje?
ReplyDeleteSaya patah tulang pinggul..saya jumpa doktor.tapi kenapa kaki saya pendek sebelah jugak.
ReplyDelete