Assalamualaikum,
Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433. Selamat tahun baru! Semestinya ia bukan hanya sekadar ungkapan dibibir. Ia perlu disertai dengan penghayatan, dari segi makna dan sejarah hijrah itu sendiri.
Dalam konteks yang lebih luas, kita perlu terapkan hijrah didalam kehidupan kita sekarang. Berhijrah ke mana? Mungkin itu soalan yang timbul.
Matlamat kita perlu jelas. Tanpa matlamat yang jelas kita tidak akan ke mana. Saya secara peribadi meletakkan matlamat secara umum dan juga secara khusus, juga mengikut tempoh masa yang saya sasarkan. Sekadar untuk berkongsi, matlamat umum saya untuk tahun 1433 H ini, antaranya:-
1. Meningkatkan amalan kerohanian
2. Meningkatkan taraf ekonomi keluarga
3. Menambahkan ilmu pengetahuan dari segi perubatan dan agama
Daripada matlamat umum tersebut, saya khususkan lagi dengan memperincikan setiap satu, contohnya:-
1. Mesti solat pada awal waktu, sebaik sahaja masuk waktu solat fardhu
2. Melakukan solat sunat dhuha dan witir setiap hari
3. Melakukan QiamulLail
4. Menunaikan Fardu Haji tahun depan, InsyaAllah
5. Saya nak berkorban seekor lembu tahun depan
6. Saya mahu menjadi seorang penulis dan akan menghasilkan sebuah buku pada tahun hadapan
7. Saya akan pastikan proses pengajaran dan pembelajaran houseman dan pegawai perubatan di hospital tempat saya akan bertugas nanti akan berjalan dengan lancar
Ini adalah contoh2 yang saya buat untuk diri sendiri. Banyak lagi sebenarnya, tetapi cukuplah senarai di atas untuk perkongsian. Semoga Allah mempermudahkan dan mengizinkan saya melakukannya semua. Ameen. Kalau ada apa2 feedback boleh reply kepada saya yer.
bestnya baca wishlist tu..semoga dipermudahkan semuanya :) abg din nak buat buku utk para doctor ke?boleh la dpt special price nanti :P
ReplyDeletebagusnya azam abg din. ya x fikir lagi azam tahun depan wuwuwu
ReplyDeleteabg din nk jadi penulis, nk buat buku psl mende? kalo buat psl perubatan, x fhm la ya kekgi. buat la psl motivasi diri. hehehe
@Yah dan Ya - insyaAllah, abg din akan hasilkan 2 karya tahun depan, itu niat di hati. Semoga Allah permudahkan. Pasal apa tu, tak boleh la bgtau sekarang, biar siap dulu, baru bgtau. Doakan yer.
ReplyDelete