*This entry will be mainly in Malay*
Hmmm...rasanya sebelum ni hanya 2 kali saya menulis mengenai perkara yang related dengan kerja saya. Pertama mengenai Elastofibroma Dorsi dan kali kedia mengenai CPT ataupun Pseudoarthrosis of Tibia. Kali ni rasanya saya nak berkongsi mengenai satu perkara yang semakin kerap berlaku di Hospital Sungai Buloh ni...
Dalam tempoh 1 bulan ni saya telah 2 kali terlibat dalam merawat pesakit yg terlibat dalam pergaduhan...kebanyakkan kes melibatkan kena tetak dengan parang. Hari rabu lepas pun ada 1 kes...lelaki Melayu kena tetak dek Indonesian...katanya lelaki melayu tu kacau awek Indon tu...aduyaii...takde kerja lain ke??...*sigh*
So, apa lagi, boyfriend minah tu tetak la si lelaki ni...luka kat belakang badan ada la dalam 20cm panjang, dalamnya sampai ke paru2...yang kat tangan kanan pulak dalam 10cm, sampai terputus otot, nadi dan urat saraf (ulnar nerve dan ulnar artery).
Memang rezeki halal betul aku oncall hari tu dengan Abu Hurairah...antara houseman paling glamer kat Ortho department sekarang (yang kebetulan graduate dari University of Otago jugak). Sebelum kes ni sampai, memang dah sehari suntuk buat kes kat bilik bedah, dari 9 pagi sampai 1 pagi, siap ada plating femur lagi pukul 12 malam. Keluar aje OT (operating theatre) terus ke bilik oncall untuk letak kepala...
"Doktor Mahyuddin, ada satu kes yer, baru masuk dari Resus terus ke OT, assaulted with profused bleeding from his back and right forearm". Suara Dr. Norafida, houseman ortho yang oncall di Emergency department terngiang2 kat telinga aku yang dah kuyu ni...
"Patient dah hantar ke OT dah...combined dengan surgical team, tapi diaorang nak buat dulu"...mahu tak mahu...aku bangun, basuh muka dan terus kembali ke OT... "bertuah betul la...yang kau pergi kacau awek orang tu apahal??"
Combined case: Surgical + Ortho team |
Jam menunjukkan pukul 2:30 pagi...masuk aje OT, surgical MO, Dr. Ashok sedang menjahit bahagian belakang pesakit...."boleh tahan jugak lukanya ni, mahu satu jam baru siap". Aku pergi bukak balutan tangan kanan pesakit...apa lagi...memancut-mancut darah keluar, "Ni artery ni!!"
Darah penuh atas lantai...(ni dah lap separuh ni...) |
Aku balut kembali dan apply firm compression. Nasib baik berhenti. Doktor bius (anaesthetist) dah mula transfuse blood. "Kena cepat ni..."
Aku pergi ke pantri..."Ni kalau tak makan sekarang ni, alamat tak sahur la aku ni". Aku berbisik dalam hati. Nasib baik ada bubur yang aku terlebih beli untuk berbuka. "Bubur pun bubur lah". So, bersahur dengan bubur lah aku pagi tu...
Pukul 4:30 pagi baru aku dapat mulakan pembedahan bahagian aku. Repair balik ulnar artery dan ulnar nerve serta semua otot2 yang dah putus. Masa aku buat exploration, mencari kat mana hujung2 ulnar artery dan nerve (proximal and distal ends) tersengguk-sengguk si Abu. Kesian betul aku tengok. Yer la, kitaorang langsung tak tidur malam tu. Lepas aku bagi dia jahit kulit pesakit tu baru la dia segar sikit hehehe...Siap2 semuanya pukul 7 pagi. "AlhamdulilLah, rezeki halal". Apa yang jadi lepas tu tak payah tanyer...
Abu Hurairah sedang menaip operation note |
So, pengajarannya...jangan la memandai-mandai kacau awek orang kalau tak tahu self-defence....hehehe. Kesian kat doktor2 dan nurse2 ni...kesian jugak kat pesakit2 lain kat wad yang menunggu pembedahan tu...elok2 boleh buat kes2 lain, kena pulak buat kes2 manusia gatal ni...
Dah la tu...dah melalut dah....wassalam.
salam honey, my call pun rezeki halal weekend tu.it was my 3rd weekend back-to-back call and there came my 3rd intra-ab injury - liver laceration. agaknya mmg all intra-ab nak dtg during my call kut, wallahualam.. but it was never without His mercy.. these pts survived the battles.. well done, dear.as His humble servants, we'r chosen to serve the ummat in this specialised way.. so let's do the noble job to our best ability, insyaAllah.. luv all ur entries!! by u know who!
ReplyDelete*like* :)
ReplyDelete