Sunday, May 22, 2011

Special tribute to Dr. Yazid Bajuri

Assalamualaikum,

Semua calon2 yg gagal dalam peperiksaan final baru2 ni telah dimaklumkan bahawa kami akan bertugas di Hospital Kuala Lumpur sementara menunggu peperiksaan yang seterusnya, yang dijadualkan pada November 2011. Sebelum saya ke HKL, saya nak buat special entry sebagai tanda terima kasih kepada pensyarah2 tertentu yg byk mengajar kami semasa di PPUKM.


So, entry ni saya tujukan khas buat sahabat dan mentor saya Dr. (Mr) Yazid Bajuri. Saya mengenali beliau sejak tahun 1995 lagi iaitu semasa sama2 belajar di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau mmg baik orangnya, beriman, rajin ke surau dan terpilih sebagai salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar PMKP waktu itu. Kemudian kami berpisah apabila saya melanjutkan pelajaran ke University of Otago, New Zealand.


Kami berjumpa kembali di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) pada tahun lepas 2010 semasa sama2 bertugas sebagai registrar (residen) ortopedik. Beliau berjaya menamatkan pengajian pada November 2010 dan menjadi Pakar Klinikal dan Pensyarah Ortopedik di PPUKM.


Saya tujukan entry ini untuk beliau kerana saya amat menghargai usaha beliau yg amat mengambil-berat, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam membantu registrar ortopedik di PPUKM dalam mempersiapkan diri untuk final CBO exam. Dalam peperiksaan yg aku lalui baru2 ini, kebanyakan calon UKM gagal di komponen klinikal, iaitu clerking, physical examination dan discussion mengenai kes2 yg diberi.


Mr. Yazid telah memperkenalkan CBS (Chief Brushing Session) iaitu satu2 nya sesi dimana pakar dapat menilai tahap persediaan calon2 UKM. Sesi ni cuma seminggu sekali aje. Pakar2 yg biasanya hadir tepat pada waktunya ialah Professor Sharaf Ibrahim (Ketua Jabatan Ortopedik PPUKM) dan Mr. Jamari Sapuan (Naib ketua jabatan). Tahniah kepada mereka berdua kerana menjalankan amanah yg diberikan. Cadangan saya ialah adakan jadual yang tetap dengan nama registrar yg appointed supaya tidak perlu mencari2 registrar di pagi hari Khamis, ramai registrar yang cuba mengelak CBS ni...attitude problem.


Mr. Yazid juga telah mengadakan special session pada hari Selasa (10 Mei 2011) iaitu 5 hari sebelum final exam (15 Mei 2011). Beliau telah bersusah payah mencari pesakit (yang dibayar oleh calon) dan berulangkali menelefon rakan2 pakar beliau utk memastikan rakan2 beliau datang memberi tunjukajar pada hari tersebut dan menunjukkan cara2 yg betul, tepat dan 'expected from a candidate in the final CBO exam' . Sesi ni tak pernah ada sebelum ni. Alangkah bagusnya kalau sesi ini boleh diadakan sekali atau dua kali sebulan. Saya yakin, pencapaian calon2 UKM akan bertambah baik sekiranya ia dilaksanakan.


Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Prof Hassan Shukor yang banyak mengajar semasa round di wad setiap pagi. Beliau seperti bapa kepada kami semua. Beliau adalah Professor PPUKM terhebat dengan ilmu yg amat tinggi. Setiap hari ada sahaja perkara baru yg kami pelajari semasa round dgn beliau. Beliau amat berdedikasi dan amat ikhlas dalam menyampaikan ilmu, cuma kadang2 beliau amat menakutkan tetapi pada masa yg sama, banyak lawak beliau yg amat lucu. Beliau sememangnya amat mengagumkan. Terima kasih Prof.


Terima kasih Mr. Yazid Bajuri. Saya doakan beliau tabah meruskan perjuangan bersama2 Prof. Hassan Shukor dan Mr. Jamari Sapuan dalam memajukan Jabatan Ortopedik PPUKM. Saya yakin, kalian bersama2 Assoc. Prof Shalimar, Prof. Amara dan Dr. Rashidah akan berjaya memartabatkan Jabatan Ortopedik PPUKM sebagai Pusat Latihan Ortopedik Nombor 1 di Malaysia, InsyaAllah. Jabatan Ortopedik PPUKM memerlukan lebih ramai pensyarah yg berdedidaki, bertanggungjawab dan amanah seperti kalian. Saya doakan keluarga kalian kebahagian dan kesihatan, anak2 yang cerdik pandai yg berpunca daripada rezeki yg halal. Ameen.


Harapan kami agar kami direstui dan doakan kejayaan kami dalam peperiksaan yang akan datang. Ameen.

3 comments:

  1. insyaAllah, semoga selepas ini dr pula dlm barisan menerajui ortopedik ppukm..amin

    ReplyDelete
  2. totally agree with u din.. hanya Allah yand dapat balas jasa2 mereka..

    ReplyDelete
  3. terima kasih doktor2 yg telah membimbing abg sayeee :) Allah sahaja yg dpt membalas keikhlasan doktor2 sume

    ReplyDelete