Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum,

Hari ni, 8 Mei 2011 adalah hari ibu. Aku nak berkongsi 2 hadis dari Sahih Bukhari berkenaan insan yang kita panggil 'IBU' :


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1690.
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw dan bertanya: "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab beliau: "Ibumu!" Tanya: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab beliau: "Ibumu". Tanya: "Siapa lagi?" Jawab beliau: "Kemudian itu bapamu."


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0299.
Abdullah r.a. bercerita, katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw., " Apakah amal yang paling disukai Allah?" Jawab beliau, "Solat pada waktunya. " Tanya Abdullah' "Sesudah itu apa?" Jawab beliau, "Berbuat baik kepada ibu bapa." Tanya Abdullah, "Sesudah itu apa?" Jawab Nabi saw., "Jihad (berjuang) di jalan Allah." Kata Abdullah,": Nabi saw. mengatakannya semua kepada ku. Dan kalau ku minta lagi, nescaya beliau akan menambahnya pula."

http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Pagi tadi pagi2 aku menelefon ibu aku (yang aku panggil Ma), Aku ucapkan Selamat Hari Ibu. Aku harap aku boleh ada kat depan Ma hari ni. I love you so much. Terima kasih kerana mengandungkan aku (walaupun tak cukup 9 bulan...), melahirkan aku, membesarkan aku yang nakal ni (masa kecik macam2 binatang terkorban ditangan aku ni....), memberi didikan yang sempurna, memberi nasihat sampai aku dewasa sekarang ni...dah besar macam sekarang pun masih tak putus2 mintak nasihat hehehe


Ma sekarang amat sibuk menguruskan majlis perkahwinan 3 orang adik2 aku - Nadia, Naqi dan Najwa (3N). Majlis resepsi kawen 3N dibuat serentak. Naqi dah selamat bernikah di Sabah 3 minggu yag lepas. Masih belajar lagi tapi jodoh ringan, dapat kawen awal, baru 23 tahun huhuhu. Sibuk dengki dgn Abg Din...


Beberapa hari yang lalu Ma ke Bandung untuk ambil kad2 jemputan majlis perkahwinan yang akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada hujung bulan Jun nanti. Sempat la Ma buat majlis makan2 untuk kawan2 si Naqi dan Rafahiah....(Nadia,Naqi dan Najwa... jgn lupa segala jasa baik dan kesusahan yang Ma lalui utk menjayakan pernikahan korang 3N ni yer)



Malam semalam aku sekeluarga ke Seremban. Pergi rumah Amin sempena majlis birthday anak sulungnya, Zara yang ke-3. Kebetulan ramai pulak yang sambut birthday bulan 5 ni. Birthday Naqi (3 Mei), Zara (7 Mei), Nabila (17 Mei), Abah (28 Mei) dan paling penting, my birthday on 30 May hehehe. Ramai jugak sedara mara datang, makanan pun banyak, siap dengan pizza lagi hehehe...burrp, kenyang perut. Budak2 seronok dapat mainan dan hadiah. Terima kasih Pak Min dan Cik Nurul. Tahun depan buat lagi yer...


Apa ni? Naget dan Sosej...aku tak sempat rasa pun

Kek Birthday Azzahra Raihana...Happy birthday Zara!

Hasif enjoying himself...

Na pun dapat hadiah besday!

Apa tali ni buat? Tersangkut kat hidung Kak Long la pulak...

Zara ready nak tiup lilin...

Adib Zikry...adik birthday girl...

Selamat Hari Ibu Mak...

Abah pulak yang terlebih seronok...takpe, nanti kita sambut Hari Bapak pulak ye Bah..

Thanks PakMin, Maksu Ijah sibuk menyelit dalam setiap gambar,,,

Amin sibuk melayan budak2...

Semuanya bulat...pipi bulat, mata bulat, hidung bulat, mulut bulat....emmm Maksu pun bulat...

My darling wife, Shahnaz, Amin dan Ijah pun ambik kesempatan utk bagi surprise present kat Mak sempena Hari Ibu. Mak sampai sudah tak nak bukak kad tu...nak baca sorang2 kat atas katil katanya...fusshhh...jiwang la pulak Ibu mertuaku ni...


Okay la...lastly, untuk semua ibu2, Selamat Hari Ibu. To my darling wife, Shahnaz, terima kasih kerana menjadi ibu yang hebat kepada anak2 kita yer sayang! Ibu yang mendidik dengan penuh kasih sayang, diselangi dengan rotan, tangan dan leteran hehehe...I luv you so much!!

1 comment: