Saturday, May 7, 2011

Pasrah...kejayaan atau kegagalan?

Assalamualaikum,

Seminggu sahaja lagi menjelang final clinical examination aku yg akan diadakan di HUSM. Aku akan fly dengan MAS ke Kota Bharu pada pagi Jumaat, 13 May 2011 dengan rakan2 seperjuangan Dr. Sabarudin, Dr.Azrin dan Dr. Nino. Tekanan semakin terasa. Aku benar-benar berharap kami semua akan lulus dengan cemerlangnya...Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk menempuh peperiksaan ini, dan berilah kejayaan kepada kami.


Aku benar2 berharap Allah tidak menguji ku sekali lagi dengan kegagalan...walaupun aku tahu, sekiranya itu yang tersurat sebagai Qada dan Qadar Nya, insyaAllah, aku mampu menanggungnya...Aku pasrah. Kalau direnungkan, memang telah banyak dugaan dan kegagalan yang menimpa diri aku ni. Namun, disebalik semua kesusahan yang menimpa, sebenarnya, banyak lagi  dan tak terkira rahmat yang Allah kurniakan kepada diri aku....Ibubapa yang penyayang, isteri yang taat, anak2 yang sihat, cerdik dan good-looking, rumah yang besar, kenderaan yang mewah, tubuh badan yang sihat dan sempurna, perut yang tak pernah lapar, kerjaya yang dihormati....dan yang paling utama, nikmat Iman dan Islam.


Maisarah yang cantik dan cerdik

Nabila yang gedik dan fotogenik...koddek, koddek!

Hasif yang tak pernah letih memporak perandakan rumah

Dah tido....baru senyap....

Pemanduan yang selesa...for me, my darling wife and my kids...AlhamdulilLah.

Aku teringat seorang rakan wanita sekerja yang baru sahaja kehilangan kedua ibubapanya kerana dibunuh dengan kejam di Bentong, Pahang 4 hari yang lalu. Besarnya dugaan yang menimpa diri beliau. Aku doakan beliau tabah. Apalah sangat kesusahan yang aku hadapi ni berbanding dugaan yang beliau hadapi...


Ya Allah, berilah kekuatan kepada aku dan jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur kepada Mu. Ameen ya rabba 'alameen.

No comments:

Post a Comment