Kita dikejutkan lagi dengan kemalangan maut di Jalan Kuala Lipis-Merapoh2 hari yang lalu (Jumaat 15/03/2013). Ini bukanlah kali pertama kemalangan maut berlaku di sini. Dan pastinya ia bukannya yang terakhir.
Rakan saya, Zahafiz Zakaria, merupakan seorang Pembantu Pegawai Perubatan (Medical Assistant - MA) yang bertugas malam itu menceritakan suasana di tempat kejadian.
"Jale jem 2 kilometer bos, jem teruk, bas berjujuk". Katanya dalam loghat Kelate.
"Orang penuh, habis penumpang bas turun. Susoh kito nok wak kejo. Penuh kemurun kawasan tu. Pakat berdiri ambik gambar pakai handphone" Katanya lagi.
Sikap rakyat kita inilah yang menyukarkan kerja-kerja menyelamat dilakukan. Mereka bukannya membantu pun, sekadar berdiri, melihat sambil bersilang tangan, dan ramai yang mengambil gambar untuk di upload di facebook/tweeter/instagram.
Kehadiran mereka ini menyukarkan kerja-kerja menyelamat dilakukan.Suasana yang sesak menyukarkan pergerakan, pemberian rawatan kepada mangsa, pemindahan mangsa dan proses keluar-masuk kenderaan bomba/polis/ambulan.
Sikap yang amat mengecewakan!
Saya amat berharap agar perkara ini tidak berulang. Biarlah pihak berwajib menjalankan tugas mereka. Tak perlu lah kita turut sama memenuhi kawasan kemalangan tersebut melainkan kalau kita ada kemampuan dan kemahiran untuk sama-sama membantu. Cuba bayangkan sekiranya mangsa kemalangan itu saudara-mara kita!
Wassalam
Salam dr, saya ingin pohon jasa baik dr untuk buangkan post blog ini kerana ini melibatkan keluarga saya. Kami sekeluarga sedang cuba untuk cope with our loss jadi kami akan appreciate jila dr tidak letak gambar2 accident ini dan tidak menyiarkan cerita sebegini kerana kes ini masih dlm siasatan polis. Kita masih tidak tahu pihak mana yg bertanggungjawab
ReplyDeleteWsalam saudara/i, terima kasih kerana beri feedback. Saya dah edit post ni.
DeleteIa tidak lagi menyentuh berkenaan bagaimana kemalangan itu berlaku tetapi kesukaran anggota keselamatan dan hospital melakukan kerja menyelamatkan mangsa.
Saya harap ianya lebih dapat diterima keluarga saudara/i. Maafkan saya sekiranya ianya mengganggu keluarga saudara/i sebelum ni. Kalau ada apa2 lagi boleh bagitahu saya. Terima kasih