Assalamualaikum wbt,
Kita semua suka melihat bayi atau baby...lagi montel baby tu, lagi seronok kita tengok. Kalau boleh nak cubit-cubit pipi gebu baby tu. lagi tembam, lagi berisi dan lagi gebu baby, semakin seronok kita nak peluk gomol dan cium baby tu...betul tak?
Begitu juga kanak2 yang montel dan berisi. Nampak comel kan? Itulah hakikat kehidupan.
Gambar hiasan: Anak-anak saudara saya :)
Tapi TAHUKAH ANDA?
Baby yang gebu dan berisi ini merupakan satu mimpi ngeri bagi petugas hospital sekiranya dia dimasukkan ke hospital atas apa jua sebab? Nak tau kenapa...meh sini saya kongsikan apa yang kami risaukan tentang anak-anak anda yang gebu sekiranya dia terpaksa dimasukkan ke hospital. Antaranya:-
1. Perkara pertama ialah amat sukar nak mendapatkan intravenous access (IV access) seseorang bayi yang gebu. IV access ini ialah memasukkan branula bagi memasukkan cecair dan ubatan termasuk antibiotic ke dalam salur darah vena seseorang bayi. Kemontelan bayi ini akan menyebabkan vena tidak kelihatan dan kadang-kala menyebabkan anak anda perlu dicucuk beberapa kali sebelum ia berjaya dimasukkan. IV access ini amat penting bagi rawatan dan untuk sesetengah bayi, ia boleh menjadi penentu antara hidup dan mati di dalam usaha kita menyelamatkan (resuscitation) seseorang bayi/kanak-kanak.
2. Lebih sukar melakukan pembedahan ke atas seorang budak yang berisi berbanding yang bersaiz biasa. Di dalam kes-kes kepatahan yang memerlukan pembedahan dan memasukkan implan (contohnya plate), lapisan lemak yang tebal menyukarkan doktor untuk sampai ke lokasi tulang yang patah, dan luka yang perlu dibuat adalah lebih besar bagi memudahkan pembedahan. Hasilnya, anak anda mempunyai parut yang panjang.
3. Budak-budak yang gemuk atau montel biasanya lebih mudah mendapat kepatahan yang lebih teruk apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya, contohnya apabila terjatuh dari basikal atau motosikal. Ini disebabkan kesan inertia yang lebih tinggi disebabkan oleh saiz mereka yang lebih besar.
4. Pembedahan berkhatan bagi kanak-kanak yang bersaiz besar adalah jauh lebih sukar berbanding mereka yang lebih kurus. Ini adalah kerana kemaluan mereka akan sukar kelihatan dan biasanya 'tersembunyi' disebalik tisu lemak dikawasan tersebut. Bukan sedikit komplikasi yang terjadi disebabkan perkara ini.
5. Sekiranya anak anda perlu dibius, proses intubation atau memasukkan tiub pernafasan bagi kanak2 yang berisi adalah lebih berisiko dan sukar. Kadangkala ia memerlukan maneuver yang tertentu sebelum tiub berjaya dimasukkan. Kekuarangan oksigen ke otak boleh menyebabkan tahap intelektual anak-anak anda menjadi rendah. Kita tidak mahu anak kita terdedah kepada risiko ini.
6. Bayi atau kanak-kanak yang gemuk (overweight/obese) terdedah kepada risiko mendapat kencing manis pada usia yang amat muda (Type 1 Diabetes Mellitus). Kegemukan menyebabkan insulin receptor pada kulit pesakit menjadi resistan atau tidak sensitif.
7. Kanak-kanak yang gemuk (overweight/obese) terdedah kepada masalah psikologi apabila masuk ke alam persekolahan. Mereka sering diejek oleh rakan sebaya dan sesetengahnya menghadapi masalah imej diri dan inferiority complex.
Mendapat anak yang sihat adalah nikmat yang harus kita syukuri. Anak yang comel, montel dan gebu menjadi penyejuk dan penawar hati. Namun kegemukan (overweight/obesity) boleh membawa bahaya dan banyak keburukan. Saya amat berharap kita menjaga pemakanan anak-anak kita dan pastikan mereka beriadhah di petang hari.
Jom cegah sebelum terlambat.
I lοved as much аs уοu'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored subject matter stylish. nonetheless, you command get got an shakiness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again since exactly the same nearly a lot often inside case you shield this increase.
ReplyDeleteHere is my web-site - hemorrhoids