Thursday, September 20, 2012

Kami akan Mengerjakan Fardu Haji!

Assalamualaikum semua!!!

Excited nyer!

Kami baru aje dapat surat confirmation mengenai tarikh penerbangan kami ke Tanah suci untuk menunaikan haji di Mekah petang semalam, 19/09/2012, pukul 4 petang. AlhamdulilLah.


Surat Jadual Penerbangan Haji dari Lembaga Tabunh Haji

InsyaAllah kami akan berangkat pada 4 Oktober 2012, jam 9:50 malam melalui KLIA. penerbangan KT63. Kalau nak bye-bye, kena jumpa kat Kompleks Tabung Haji (TH) Klana Jaya la. Terus ke Jeddah, Arab Saudi.

Ambil niat di Miqat Qarnul Manazil. So kena siap2 pakai kain Ihram la masa kat Klana Jaya nanti. InsyaAllah kami rancang nak buat Haji Tamattu'.


Beg Haji dah raedy dah since last week





Beg nak gi haji dah kemas2 since last week. TH kata tarikh kadang2 seminggu sebelum bertolak baru tau. AlhamdulilLah kami tahu 2 minggu sebelum bertolak. Sempat la nak buat final preparation. 


  • Kain Ihram 2 pasang
  • Tali pinggang ihram
  • Kain pelikat 3 helai
  • Baju pagoda 4 helai
  • Seluar panjang 2 helai
  • Tuala
  • Beg untuk letak selipar
  • Selipar (yg menampakkan semua jari kaki)
  • Toiletries
  • Sabun basuh
  • Berus
  • Hanger
  • Sejadah 
  • Alas tidur/selimut kecil
  • Ubat2 kecemasan - tahan sakit, demam, selsema etc
  • Seluar dalam ehem ehem (tak boleh cakap berapa...)



Barang2 wajib dari Tabung Haji pun semua dah dapat. Very effiecient!


Name tag. Ni wajib dipakai sepanjang mengerjakan haji nanti. Kalau ada apa2 senang nak identify jemaah dari Malaysia.



Buku rekod rawatan kesihatan. Yang ni dah lama buat, since bulan Jun lagi. Kena make sure kesihatan tip-top!

Pelbagai Buku panduan haji yang diberikan percuma oleh Tabung Haji

Sim kad Mobily bernilai SR10 pun diberi sorang satu. Nanti nak kena top-up kat sana.

Toiletries sumbangan Colgate dan badan korporat lain. masing2 berlumba-lumba nak buat kebajikan. 

Sabun basuh jangan lupa bawak yea..

Hand luggage bag sumbangan Tabung Haji untuk tahun 1433H.


Beg galas dan passport nanti TH bagi masa kat Klana Jaya. Seronoknya nak pergi haji. Tak sabar dah rasanya!!!

Kalau ada apa2 yang nak kami doakan, boleh sms atau message kat FB saya.Harapan saya cuma tidak dipesan supaya membeli barang2 atau souvenir yang spesifik. Kami ke sana untuk beribadah dan bukan bershopping.  I'll be more than happy untuk mendoakan apa2 doa yang dipesan.


Menunaikan haji tidak sama dengan umrah yang lebih santai dan kurang jemaahnya. Dianggarkan 3-4juta orang akan berada di Tanah Suci nanti pada masa yang sama. kalau nak pesan barang, insyaAllah tahun depan boleh pesan kat kami. Ada rezeki tahun depan nak pergi umrah lagi, aamiin!!!


InsyaAllah kami akan pulang ke Tanahair pada 17 November 2012, 9:10 malam. Semoga Allah memberikan haji yang mabrur kepada kami dan jemaah yang lain. Doakan keselamatan  sepanjang perjalanan kami yer.

Persiapan Ilmu, Persiapan Hati, Persiapan Iman, Persiapan Barang2 dan Persiapan Kesihatan. Semuanya perlu diambil kira.


Semoga bergelar Ad-Duyuuffur-Rahmaan...aamiin.




Wassalam.

4 comments:

  1. Semoga Abg.Din & isteri serta Hana & Shahrul mendapat haji Mabrur dan dipermudahkan segala urusan semasa mengerjakan ibadah Haji. Selamat pergi ke Tanah Suci & selamat pulang ke Tanahair. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aAMIIN, TERIMA KASIH mAZITA. Semoga doa dimakbulkan Allah swt.

      Delete
  2. Salam sejahtera,

    Allahummaj'alhum hajjan mabruro wa sa'yan masykuro wa dzanban maghfuro wa tijarotan lan tabuur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. WaalaikumusSalam Ya ukhti, aamiin. JazakilLah 'ala du'aiha. Syukran.

      Delete